Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, June 2, 2011

TIPS MICROSTOCK PHOTO AGENCY : SILA BUANG LAMBANG

Tips ni aku dah test.

Gambor keter kawan aku kat bawah ni aku dah photoshopkan buang lambang dengan nombor plet, peh tu aku submit kat microstock photo agensi. 

Hasilnya 4 agensi approved, satu dak. Aku email kat agensi tu Bigstockphoto, pehal tak terima, yang lain takde masalah pun. Dia jawab, sebab body keter terutamanya yang kat depan tu pun ada copyright so depa tak mau ambik risiko. Aku pun maleh ler nak layan lebih-lebih, tapi sekarang ni tau dah la mana yang boleh terima gambor keter lepas buang lambang ngan no plet tu. Agensi lain, Fotolia, Depositphoto, Canstockphoto, Photokore, semua approved. Ok la dari tak terima langsung.

So kesimpulan dia boleh submit gambor keter memasing (he, he) dengan syarat buang lambang ngan nombor plet atau apa-apa benda kat keter tu yang boleh identify jenis keter tu. Ni termasuk ler kapchai 50 kupang dan kenderaan lain, dengan apa segala benda yang ada lambang, botol air mineral pun tergolong sama.

Gambar macam ni tak perlu ada Property Release, maknanya aku tak yah mintak, pujuk, belanja makan kat kawan aku untuk dia sign release gambor keter dia. 

BELASAH!





Kat tengah-tengah rim tayar tu pun ada lambang, punya lah siksa mata aku nak touch up!

2 comments:

  1. edit gambar dengan hdr ke??mcm hdr je

    ReplyDelete
  2. Shafiq: Tak pun, nak buat HDR renyah. Aku proses pakai lightroom jer.

    ReplyDelete