Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, June 12, 2011

SBDK: MENGARANG GAMBOR - MINYAK ZAITUN CAMPOR AYOR

Hokeh, ni aku amik gambor macro minyak zaitun campor ngan ayor. 

Aku ada tengok depa buat dalam you tube, so apa depa boleh buat, aku pun boleh gak. 

BAHAN-BAHAN.

1. Sebotol minyak zaitun.
2. Balang kaca
3. Ayor
4. Kertas kaler
5. Flash
6. Tripod
7. Lens macro, kalau tak de lens biasa pun boleh, tapi ambik dengan RAW, peh tu cropped untuk nampak close up sikit masa proses.
8. Meja kopi kaca

CARA-CARA AMBIK GAMBOR

1. Flash letak kat bawah meja dalam softbox, kalau tak de softbox ambik kain putih atau kertas A4, jarak kan sikit atas flash supaya cahaya flash boleh diserakkan.

2, Kertas kaler letak atas softbox, Kalau tak pakai softbox, letak kertas kaler tadi terus atas flash pun tak pe, yang penting kena jarakkan dengan flash tu sikit. Tujuan, aku ulang balik, untuk serakkan cahaya. Permukaan luas, cahaya lembut, permukaan kecik, cahaya keras and harsh.

3. Tuang ayor dalam balang, setakat untuk cover dasar balang tu jer dah cukup, jangan banyak sangat, nanti problem nak fokus.

4. Tuang minyak zaitun bagi campor dengan ayor, sikit dah.

5. KOCAK BALANG. Hehehhe, ni nak bagi minyak zaitun jadi bulat-bulat.
6. Fokus secukup rasa, ambik la gambor.

TIPS

1. Kalau payah benor lens nak fokus, tukar autofocus pergi manual fokus.

2. Bila pakai tripod ni, kalau ada image stabilizer kat lens tu, off kan, sebab kamera dah stabil. Kalau dak nanti, stabilizer tu dok kacau bagi goyang kamera (walaupun efek dia micro sangat tapi tetap bagi kesan kat imej).

3. Macam biasa bila pakai tripod, pakai cable release untuk releasekan shutter, minimakan kegoyangan kamera.

4. Kertas kaler tu boleh gak tukor guna cover CD atau DVD untuk bagi gambor minyak zaitun tu jadi kaler bermacam-macam, lagi cantik.


Ataih tu gambor aku set peralatan. So hangpa tau dapat ler the basic idea nak set camna.

Ni hasilnya

Kertas kaler pink sebagai background. Setting: 1/13 saat, F 3.5, ISO 100.

 DVD Cover sebagai background. Setting : 1/10 saat, F 2.8, ISO 100

DVD Cover sebagai background. Setting: 1/10 saat, F 2.8, ISO 100

Hangpa try ler kalau minat.

No comments:

Post a Comment