Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, June 2, 2011

TIPS MICROSTOCK PHOTO AGENCY : KEYWORD

Salah satu benda penting untuk submit gambor kat Microstock Photo Agency ni ialah bubuh keyword. 

Memang giler!

Sebab aku bukanya pandai sangat omputih. Bahasa sendiri pun tunggang langgang, ni nak cari perkataan yang seakan sama dalam bahasa lain. Adoi!

Memula dulu memang jenuh kepala hotak mikior hapa ke jadahnya perkataan lain yang melambangkan perkataan sunrise contohnya. Siap ler bukak kamus, tapi yelah kamus tu tebal benor, berat pulak, lelama give up le aku pun.

So pikior punya pikior macam mana nak menyenangkan keghojer, jumpa satu cara:-

TIPS

Macam ni.

1. Submit gambor kat Canstockphoto.
2. Peh tu tang Unfinished File tu, (tempat yang kita nak masukkan maklumat gambor tu, termasuklah keyword) ada keyword helper. Klik, keluar satu window lain.
3. Taip kat window tu perkataan yang kita nak, dia akan generate semua perkataan lain yang berkaitan.
4. Kalau untuk submit gambor kat Canstockphoto jugak, klik jer kat ruang kosong semua perkataan yang kita nak, peh tu abih, last sekali enter. Automatik terus menjelma kat ruang keyword gambor kita tu.
5. Untuk keyword gambor sama kat agensi lain, copy jer keyword dari Canstockphoto, kemudian pastekan jer kat ruang keyword agensi lain tu. Senang. Dah settle.

Link keyword helper Canstockphoto kat sini.

Senang, tak yah nak taip banyak-banyak. 

Proses kerja aku, first sekali aku upload and submit kat Canstockphoto, peh tu copy paste tajuk, description dengan keyword bubuh kat agensi lain. 

No comments:

Post a Comment