Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, June 9, 2011

SBDK: PAGEVIEWS HIT 1,200

Tak sedor dah sampai 1,200 pageviews hit.

Terimakasih banyak-banyak kepada semua pembaca blog ni yang datang jengok.

Aku terharu giler! (Apa? Aku tak boleh rasa terharu sebab aku selalu taip BELASAH?) Hehhe BELASAH!

On a serious note, seriously masa memula start blog ni, tak sure ada orang ke yang nak datang jengok.Tapi tu ler, syukur sebab ada, dah sampai ribuan pageviews pun.

Just nak ulang balik tujuan aku buat blog ni.

Kat sini aku nak share experience, tips, apa yang aku belajor pasal ambik gambor, sebab pada pendapat aku ler, benda ni tak de payah mana, semua orang buleh buat. Dan jugak sebab member-member aku mintak aku share apa yang aku tau, sebab depa tak de masa nak masuk kelas belajor ambik gambor. Yelah, semua kerojer, memang ler tak de masa. Samping tu jugak, ada member aku kat Malaysia komplen, tak berapa nak upaya abih duit beratuih untuk masuk kelas sebab kat Malaysia rega barang semua naik, lepas tolak duit untuk susu anak, minyak keter, beli barang dapor, tak de dah balance untuk bayor yuran kelas. Nak lepak sembang ngan aku jauh pulak. Ni kira kes kongsi pengetahuan dengan member pun jugak la ni. So harap-harapnya, bila depa dah jadi dasat, boleh ler cari duit lebih dengan ambik gambor besorkan anak-anak. Hehe Aku tumpang GUMBIRA!

Udah pakai argument cam tu, aku tak boleh ler kata apa lagi dah ler.  

Sekali lagi elok aku clearkan satu benda ni. Aku memang bukan sorang PRO. Citer-citer jer nak jadi PRO, Entah biler tercapai tak tau ler.  Aku sendiri ni masih banyak giler nak kena belajor. Tapi apa yang aku tau aku share kat sini. Bukan apa, tak mau ada salah sangka. Nanti kot ler kalau ada benda aku silap kongsi, aku kena BELASAH lak.:)

Semua ni belajor sendiri jer, aku tak ada bayor apa pun masuk mana-mana kelas rasmi, kecuali masuk kelab Kelby Training.Maknanya, ya kita boleh belajor sendiri. Tapi seriously, kena rajin. Rajin tanya, rajin cuba, rajin buat Latihan Amali. PASTI KITA BERJAYA (statement poyo belia 4B)

Hokeh, terima kasih sekali lagi pada semua pembaca. (Kamu-kamu citer ler kat orang lain pulak pasal blog aku ni, kalau sembang tu ye).

Orait!


Nota Kaki: Semua aksesori and benda-benda ambik gambor dalam blog ni sama sekali tak di endorse oleh syarikat jenama berkenaan, dan aku tak dapat bayaran hapa pun citer pasal barang diorang (kalau depa bayor kan ke best!). 

Semuanya pendapat aku jer. Kalau depa tak suka, lantak ler, apa aku kisah. ;)

No comments:

Post a Comment