Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, June 21, 2011

SBDK : UPDATE YANG TAK DE KENA MENGENA DENGAN AMBIK GAMBOR

Adoi, sorry ler sebab lambat sangat nak post gambor perojek akuarium tu.

Tak cukup masa nak buat semua aktiviti. Sekarang ni aku dah start joging balik sebab perut ngan badan aku dah naik balik. Sapa yang tak tau citer, dulu aku gomuk, 104 kg, complete mler dengan perut boroi menggelebeh, boyak 1st class dengan tetek besor boleh pakai bra semua cukup. Penyakit pun semua borderline, darah tinggi, kolesterol tinggi, kecing manih borderline, gout ataih pagor, semua cukup. Sebab aku tinggi, tak ler nampak sangat. Hehe. Peh tu aku jumpa kawan doktor aku, kena WARNING giler. Aku pun eksais ler.

Setaun eksais aku kuruih, berat badan turun sampai 80 kg dari 104 kg tadi tu, Selain dari lari, aku naik beskal. Main endurance sebab ikut kata doktor, tu yang sesuai untuk orang yang dah masuk keategori veteran. Tahun lepeh sebab winter, aku jadi malaih skit. So berat dah hinggap balik, sekarang kat 94 kg. Tu yang aku kena start balik eksais dengan kerap.

Nak tengok gambor aku gomuk? 

Buruk ooo!. Jangan ada termuntah lak udah. Ni link dia.

Jangan kata aku tak bagi amaran awal ya.

Okeh, sorry sekali lagi, Jap lagi kang aku try upload gambor projek akuarium tu..

No comments:

Post a Comment