Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Friday, June 17, 2011

MICROSTOCK PHOTO AGENCY : REFERRAL LINKS

Hokeh

Ni aku nak ucap timakasih kat sesiapa yang dah join kat Microstock Stock Photo Agency melalui link referral yang aku boh kat sini. 

Seriously TIMAKASIH BANYAK.

Ni pun salah satu cara untuk tambahkan KAAA CHING gak kat Microstock Photo Agency ni. 

Bagi sesapa yang belum tau lagi, caranya, klik kat sebelah kanan tu link porfotlio aku, then dia akan bukak webpage agensi yang berkenaan. Kalau komer daftar and join sebagai Photographer atau Buyer, aku dapat komisen dari agensi tu. Tapi komisen ni aku hanya dapat kalau (Photographer) gambor kamu orang beli or (Buyer) kamu beli gambor.

Bila dah register cer bubuh kat website ker atau blog memasing, macam aku buat ni, tengok kat ruang dalam akaun kamu tu bawah AFFILIATION ATAU REFERRAL PROGRAM. Depa ada sedia bermacam jenih banner untuk dipromotekan dalam website/ blog memasing, so kopipeskan kod html atau java tu and masukkan kat website/ blog sendiri ikut sesedap rasa mata memandang.

Aku ni maleh nak bubuh banyak sangat, sebab nanti blog ni jadi macam pemandangan malam gelap disinari cahaya lampu panjut malam 27 likur jer nanti. Semak sangat, tapi tu ler, setakat mana sesimple boleh jer  udah.

Microstock Photo Agency ni ada jugak yang bayar USD 10.00 ke USD 20.00 kalau kita promotekan site depa melalui website/ blog kita. Kalau website/ blog dalam bahasa Melayu, Urdu, pun boleh, tapi salah satu syarat dia kena ada kena mengena dengan Fotografi.

Kalau website/ blog kita tu tak de kena mengena dengan Fotografi pulak, (contohnya blog citer UDA dan DARA ke, UPIN dan IPIN ke, boleh pilih yang ni). Lain dengan tadi tu sebab ni kita boleh jadi partner, maksudnya, dari website/ blog kita tu kita jual terus gambor-gambor dalam database depa (jadi macam sales depa ler). Kadar dan sharing rate dia ikut masing-masing.

Baca dulu mana yang sesuai dengan cita rasa memasing, peh tu decide ler. Aku ada baca kat mana ntah tak ingat, ada sorang mamat ni website dia dok man link sales jer. Tapi tu lah macam biasa nak kena banyak buat promotion website/ blog kita tu sendiri untuk jadikan poplar.

Aku rasa dah citer kot pasal FB dengan Twitter ni, tapi tak per, aku sembang lain. Kebanyakan Microstock Photo Agency ni pakai FB dengan Twitter, (TIPS) so eksploitkan jugak akaun FB dengan Twitter memasing. Tang Fb tu lah, kalau banyak friend kamu, banyak ler potential buyer, tapi cer jangan dok dalam kelompok sendiri, cari friend yang kamu tak kenal pun tak pe. Cumanya aku concentrate kat orang atau page yang ada kena mengena dengan grpahic design. Dengan Twitter pun sama gak, search untuk katalah graphic design atau buyer stock photoraphy, peh tu follow, belasah jer, Tapi kena update selalu. Function update status kedua-dua FB ngan Twitter ni sesetengah Microstock Photo Agency ada sediakan, so automatik jer, boleh update terus status dari site depa

(TIPS) Kalau join dah Agensi-agensi ni, exploitkan referral/ promotion/ affiliation program ni supaya dapat tambah faktor keKAAAAA CHINGngan tu.

Ok roger, all the best to all.

2 comments: