Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, June 15, 2011

SBDK : MICROSTOCK PHOTO AGENCY : GRAPHIC DESIGNER AND IMAGE SUGGESTIONS

Actually sapa yang beli gambor kita kat Microstock Photo Agency ni?

Weh, banyak jenih. Pereka grafik ada, editor majalah, suratkhabor, bloggers, website designer, publisher, macam -macam. Ada gak yang beli gambor tu sebab dia suka jer.

Masa memula aku start join dulu, aku banyak upload gamor landscape tu yang aku suka ambik, tapi sale lembab sangat, so aku buat research sikit, apa ke benda gambor yang depa nak. Rata-rata depa beli gambor yang boleh dimasukkan dalam kerja design diorang macam product, background, ngan gambor orang tengah buat aktiviti. Banyak yang depa pakai untuk buat iklan.Tu sebab gambor jenih landscape tak berapa laju sale dia.

Satu lagi yang aku perasan depa ni banyak gak yang suka gambor-gambor exotic, (bukan erotic haaa), so kekamu yang kat Malaysia tu ada advantage dari segi ni, Kat sini hapalah yang aku nak exotickan. Anyway ambik jer gambor yang pada kita biasa tiap-tiap hari punya benda yang takde kat tempat diorang. Macam gambor buluh ke, wau ke, makanan ke, ais kepal ke, nasi daun pisang ke, etc, etc. Gambor pantai kita kat sana pun boleh dapat banyak sale gak.

Kalau ler aku balik cuti, for sure kena spare 2-3 2 TB hard disk. kepala aku ni penuh dengan idea apa nak ambik.

Ni satu lagi.

Ari ni ada orang beli aku punya gambor permukaan jalan tar. Saiz Large.

Background camni pun banyak gak yang depa cari. Background ni boleh dari macam-macam benda. Dinding bata ke, pasir, ke, batang pokok ker, api ke, haih bermacam ler. Selalunya sebab udah hari-hari kita tempoh, kita tak perasan ler benda tu sebenornya ada karekter, boleh buat background. Samala macam permukaan jalan tar ni, depan rumah aku jer pun tempat nya.


Semalam aku baru upload gambor telor ayam.

Ia, tak syak lagi dan tak salah lagi,the ever poplar, telor ayam. Macam yang aku dah sembang dalam post dulu, benda hari-hari depa minat. Ni boleh jadi imej untuk sabjek bab kesihatan, eksais, makanan, kehidupan (life), alam semulajadi, etc, etc.

Cer ambik satu benda, katalah payung ker, cer tenung sikt, apa yang terlintas kat kepala kita? Cabaran kat sini  ialah untuk mengkreatifkan imej tu supaya dapat hasilkan apa yang kita pikior tadi tu. Jangan orang tegor kamu, :"oi yeop pase menung tu, tebiat ke hapa,"  dah ler. Idak ler aku ni kerja menenung benda jer, cuma bagi pikiran kita tu run wild skit. hehehe



Pengabihnya, bila nak ambik gambor untuk jual kat Microstock Photo Agency, kena pikir apa yang depa-depa yang aku sebut kat ataih tu nak. Ni bukan bab ambik gamor yang kita suka, tapi ambik gambor apa yang depa suka. Sebabnya, kalau depa berkenan, depa beli. Depa beli, kita dapat komisen. Ujung tahun boleh sambag 1D satu.

:)

No comments:

Post a Comment