Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, September 4, 2012

KENA PERGI JAUH KE NAK DAPAT GAMBOR BEST?

Tak payah kot.

Kengkadang kena bukak mata sikit tengok tempat keliling.

Ada makcik ni pernah sembang ngan aku, kat rumah dia tak de tempat best ambik gambor. So aku tanya la, apa ada keliling rumah? Dia kata, kebun getah banyak, tak de apa menarik. Isk kata aku, banyak benda giler buleh shoot. Ray of light dalam kebun getah, line pokok getah, susu getah, pucuk pokok getah, bijik getah, mesin getah, orang proses susu getah, burung, serangga, memacam lah.

Kalau aku ler.......

Banyak gambor-gambor menarik aku pun, aku ambik keliling tempat aku.

Of course, kena usaha sikit, kena bangun subuh-subuh, kena keluar waktu senja kengkadang, waktu malam, kena jalan lebih sikit, mana nak dapat gambor best kalau tak usaha?

Yelah, kalu ada duit lebih tu, buleh la travel pergi tempat yang esotik sikit.

Yang pentingnyer, tak perlu sangat kena pegi tempat jauh-jauh, cantik bagai, untuk dapatkan gambor best.

Bukak mata bagi celik sikit jer lagi, adalah potensi tu keliling tempat kita sendiri.



 

Thursday, August 23, 2012

CINQUE TERRE, LIGURIA ITALY

Baru-baru ni aku pergi melepak kat Cnque Terre, Liguria, Italy.

Tempat ni termasuk dalam UNESCO World Heritage site macam Penang, Tasik, Cini, dan Melaka la kalau kat Malaysia tu.

Gambor travel macam ni, setting aku guna Aperture Priority mode, so kita tak yah nak setkan berapa lama nak exposekan shutter tu. Cuma adjust aperture secukup rasa nagn kengkadang tambah ISO sikit kalau tempat-tempat yang agak teduh. Kalau tempat cerah, bior auto jer tak per. 

Aperture kengkadang aku pakai yang paling kecik F22 ke contohnya, sebab nak kan semua sharp and in details. Kengkadang pakai F4, F8, tengoklah kesesuaian gambor yang nak ambik tu.

Kenapa tak pakai manual?

Tengah travel, so nak kena cepat, kalau pakai manual kengkadang tak dan nak adjust, moment tu dah abih, macam gambor nombor 1 tu, bot tengah laju, kalau pakai manual, baru terkial-kial nak carik correct exposure, bot pun dah hilang. So tips yang aku dapat, pakai aperture priority masa-masa cam nih.

Tips untuk travel:-

Gear :

1. Memory kad formatkan dulu siap-siap, jangan delete jer, nanti korup memori kad tu.
2. Polarizing filter - untuk saturatekan kaler dan naikkan details, hilangkan kilau air, etc-etc.
3. Lens: kalau buleh yang buleh cover semua range. aku bawak 24-105, 17-40 wide angle, dengan 8-15 fisheye (takde pun tak pe fisheye ni)
4. Tripod yang ringan sikit dari biasa. 
5. Cable release.
6. Bateri spare, charger
7. Kain lap lens anti statik.

Dah.







Sunday, June 24, 2012

AM@RT IMAGES AND PHOTOGRAPHY

Okeh, lama giler tak update blog aku nih.

Actually nyer ada beberapa sebab.

Nombor satunya aku tengah sibuk develop site jual gambor aku sendiri. 

Yup sendiri punya, join ngan member-member photog lain. 

Sebabnya masalah utama photogs kiter yang aku observe ialah camna nak jual gambor. Ada yang dok simpan dalam hard drive jer tak buat apa. 

Cam aku pulak, masalah aku ialah tak pueh hati dengan bayaran komisyen yang aku dapat jual gambor aku dalam Microstock site. Ciput jer komisen depa bayor. 

So dek sebab musabab dua ataih tu, aku ngan member aku The Hitman Snr cuba la beranikan diri untuk built satu website jual gambor untuk member-member photogs

Link nyer kat sini : amartimages.photodeck.com

Kat site ni, aku letak semua gambor aku, ngan gambor teman-teman seperjuangan lain untuk jual. Ni projek jangka panjang, selain dari jual hasil kerja kami, gunanya untuk dedahkan portfolio member photogs yang join.

Selain dari tu, ahli-ahli kat sini terima assignment sendiri, contohnya kot ler ada pembaca yang nak carik photographer untuk ambik gambor wedding ke event ke, anak bersunat masuk jawi ke, tak yah susah -susah, kontek aku kat :-

amartimage@gmail.com.

Banyak benda lagi yang aku ngan team am@rt ni nak buat dalam site ni. 

Insya Allah.

Hokeh

Rajin-rajin ler melawat kalau sempat.


Sunday, May 13, 2012

TIME LAPSE PHOTOGRAPHY

Adeiii.

2-3 menjak ni aku sibuk skit dengan satu projek Photography.

Malu nak citer. Sapa yang tau, tau ler. Sapa yang belom tau tunggu ler, bla aku udah tak segan malu, nanti aku citer kat SBDK nih.

Okeh, satu lagi benda yang buat aku busy skit ialah time lapse photography.

Tengah giat praktis nak bagi terer. Hasilnyer buleh la. Idak la baguih sangat, sebab tu kena praktis banyak.

http://youtu.be/k1ewaI9Xntk



Lama jugak nak buat benda satu clip nih.

Nak kumpul footage jer ada dekat 7 jam, hari berlainan shoot.

Nak edit kejap jer dalam sejam dua.

Hasilnyer cam tulah ataih tu. 

Macam aku taip ataih nu. Kena banyak praktis lagi.

Hokeh, nak pergi praktis.

Saturday, April 28, 2012

TIME LAPSE PHOTOGRAPHY

video

Hokeh, ni hasil pertama kalinya aku buat time lapse. Nak buat benda ni lama sangat dah, tapi ayik tunda-tunda jer.

Bahan-bahan

1. Tripod.
2. Intervalometer

Dah tu jer.

Yelah kamera la sekali ngan lens, kalau dak nak ambik camna la pulak.

Cara:

1. Setting semua manual. Kalau aku tu, manual mode, IS0 100, aperture F8, Shutter speed 1/1250. Hari tu mendung so aku switchkan White Balance dari Auto ke Cloudy.
2. Gambor aku ambik dalam sRAW, Raw file kecik sekali yang kamera aku boleh set. Now, ada orang kata pakai JPEG, sebab boleh dapat banyak gambor dalam memori kad (saiz kecik dari RAW) tapi aku suka pakai RAW sebab details banyak and aku nak kontrol saturation, color, etc, semualah. Ikut suka komer.
3. Proses pakai Lightroom 4.

Aku belajor buat timelapse ni dari youtube video mamat Gavin Hoey. So details cara nak buat camna boleh study ngan dia, cara nak proses dalam Lightroom pun ada dia tunjuk.

Senang jer.

Berapa keping aku ambik? 693 keping dalam sejam lebih cam tu untuk 29 saat nyer video. Nasik boleh masak 2 -3 kali pakai periuk nasik letrik. 


Intervalometer tu gunanya nak set berapa saat kita nak sengkang lepaih gambor pertama di rakam sebelum abik gambor kedua.

Kalau ori mahai nak mapoih, yang tak ori boleh mampu milik.

Kalau ada sesapa buat, cer share link, boleh sesama nengok.

video

Thursday, April 19, 2012

FOLLOW ME : ZARA

Timakasih Zara follow blog mengarut tah hapa-hapa nih.

Aku dah pollow pun blog kamu yer.

Zaranyer blog kat sini