Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, September 4, 2012

KENA PERGI JAUH KE NAK DAPAT GAMBOR BEST?

Tak payah kot.

Kengkadang kena bukak mata sikit tengok tempat keliling.

Ada makcik ni pernah sembang ngan aku, kat rumah dia tak de tempat best ambik gambor. So aku tanya la, apa ada keliling rumah? Dia kata, kebun getah banyak, tak de apa menarik. Isk kata aku, banyak benda giler buleh shoot. Ray of light dalam kebun getah, line pokok getah, susu getah, pucuk pokok getah, bijik getah, mesin getah, orang proses susu getah, burung, serangga, memacam lah.

Kalau aku ler.......

Banyak gambor-gambor menarik aku pun, aku ambik keliling tempat aku.

Of course, kena usaha sikit, kena bangun subuh-subuh, kena keluar waktu senja kengkadang, waktu malam, kena jalan lebih sikit, mana nak dapat gambor best kalau tak usaha?

Yelah, kalu ada duit lebih tu, buleh la travel pergi tempat yang esotik sikit.

Yang pentingnyer, tak perlu sangat kena pegi tempat jauh-jauh, cantik bagai, untuk dapatkan gambor best.

Bukak mata bagi celik sikit jer lagi, adalah potensi tu keliling tempat kita sendiri.



 

Thursday, August 23, 2012

CINQUE TERRE, LIGURIA ITALY

Baru-baru ni aku pergi melepak kat Cnque Terre, Liguria, Italy.

Tempat ni termasuk dalam UNESCO World Heritage site macam Penang, Tasik, Cini, dan Melaka la kalau kat Malaysia tu.

Gambor travel macam ni, setting aku guna Aperture Priority mode, so kita tak yah nak setkan berapa lama nak exposekan shutter tu. Cuma adjust aperture secukup rasa nagn kengkadang tambah ISO sikit kalau tempat-tempat yang agak teduh. Kalau tempat cerah, bior auto jer tak per. 

Aperture kengkadang aku pakai yang paling kecik F22 ke contohnya, sebab nak kan semua sharp and in details. Kengkadang pakai F4, F8, tengoklah kesesuaian gambor yang nak ambik tu.

Kenapa tak pakai manual?

Tengah travel, so nak kena cepat, kalau pakai manual kengkadang tak dan nak adjust, moment tu dah abih, macam gambor nombor 1 tu, bot tengah laju, kalau pakai manual, baru terkial-kial nak carik correct exposure, bot pun dah hilang. So tips yang aku dapat, pakai aperture priority masa-masa cam nih.

Tips untuk travel:-

Gear :

1. Memory kad formatkan dulu siap-siap, jangan delete jer, nanti korup memori kad tu.
2. Polarizing filter - untuk saturatekan kaler dan naikkan details, hilangkan kilau air, etc-etc.
3. Lens: kalau buleh yang buleh cover semua range. aku bawak 24-105, 17-40 wide angle, dengan 8-15 fisheye (takde pun tak pe fisheye ni)
4. Tripod yang ringan sikit dari biasa. 
5. Cable release.
6. Bateri spare, charger
7. Kain lap lens anti statik.

Dah.







Sunday, June 24, 2012

AM@RT IMAGES AND PHOTOGRAPHY

Okeh, lama giler tak update blog aku nih.

Actually nyer ada beberapa sebab.

Nombor satunya aku tengah sibuk develop site jual gambor aku sendiri. 

Yup sendiri punya, join ngan member-member photog lain. 

Sebabnya masalah utama photogs kiter yang aku observe ialah camna nak jual gambor. Ada yang dok simpan dalam hard drive jer tak buat apa. 

Cam aku pulak, masalah aku ialah tak pueh hati dengan bayaran komisyen yang aku dapat jual gambor aku dalam Microstock site. Ciput jer komisen depa bayor. 

So dek sebab musabab dua ataih tu, aku ngan member aku The Hitman Snr cuba la beranikan diri untuk built satu website jual gambor untuk member-member photogs

Link nyer kat sini : amartimages.photodeck.com

Kat site ni, aku letak semua gambor aku, ngan gambor teman-teman seperjuangan lain untuk jual. Ni projek jangka panjang, selain dari jual hasil kerja kami, gunanya untuk dedahkan portfolio member photogs yang join.

Selain dari tu, ahli-ahli kat sini terima assignment sendiri, contohnya kot ler ada pembaca yang nak carik photographer untuk ambik gambor wedding ke event ke, anak bersunat masuk jawi ke, tak yah susah -susah, kontek aku kat :-

amartimage@gmail.com.

Banyak benda lagi yang aku ngan team am@rt ni nak buat dalam site ni. 

Insya Allah.

Hokeh

Rajin-rajin ler melawat kalau sempat.


Sunday, May 13, 2012

TIME LAPSE PHOTOGRAPHY

Adeiii.

2-3 menjak ni aku sibuk skit dengan satu projek Photography.

Malu nak citer. Sapa yang tau, tau ler. Sapa yang belom tau tunggu ler, bla aku udah tak segan malu, nanti aku citer kat SBDK nih.

Okeh, satu lagi benda yang buat aku busy skit ialah time lapse photography.

Tengah giat praktis nak bagi terer. Hasilnyer buleh la. Idak la baguih sangat, sebab tu kena praktis banyak.

http://youtu.be/k1ewaI9Xntk



Lama jugak nak buat benda satu clip nih.

Nak kumpul footage jer ada dekat 7 jam, hari berlainan shoot.

Nak edit kejap jer dalam sejam dua.

Hasilnyer cam tulah ataih tu. 

Macam aku taip ataih nu. Kena banyak praktis lagi.

Hokeh, nak pergi praktis.

Saturday, April 28, 2012

TIME LAPSE PHOTOGRAPHY

video

Hokeh, ni hasil pertama kalinya aku buat time lapse. Nak buat benda ni lama sangat dah, tapi ayik tunda-tunda jer.

Bahan-bahan

1. Tripod.
2. Intervalometer

Dah tu jer.

Yelah kamera la sekali ngan lens, kalau dak nak ambik camna la pulak.

Cara:

1. Setting semua manual. Kalau aku tu, manual mode, IS0 100, aperture F8, Shutter speed 1/1250. Hari tu mendung so aku switchkan White Balance dari Auto ke Cloudy.
2. Gambor aku ambik dalam sRAW, Raw file kecik sekali yang kamera aku boleh set. Now, ada orang kata pakai JPEG, sebab boleh dapat banyak gambor dalam memori kad (saiz kecik dari RAW) tapi aku suka pakai RAW sebab details banyak and aku nak kontrol saturation, color, etc, semualah. Ikut suka komer.
3. Proses pakai Lightroom 4.

Aku belajor buat timelapse ni dari youtube video mamat Gavin Hoey. So details cara nak buat camna boleh study ngan dia, cara nak proses dalam Lightroom pun ada dia tunjuk.

Senang jer.

Berapa keping aku ambik? 693 keping dalam sejam lebih cam tu untuk 29 saat nyer video. Nasik boleh masak 2 -3 kali pakai periuk nasik letrik. 


Intervalometer tu gunanya nak set berapa saat kita nak sengkang lepaih gambor pertama di rakam sebelum abik gambor kedua.

Kalau ori mahai nak mapoih, yang tak ori boleh mampu milik.

Kalau ada sesapa buat, cer share link, boleh sesama nengok.

video

Thursday, April 19, 2012

FOLLOW ME : ZARA

Timakasih Zara follow blog mengarut tah hapa-hapa nih.

Aku dah pollow pun blog kamu yer.

Zaranyer blog kat sini

UPDATES : SBDK

Lama benor tak update.

Hokeh apakah yang telah berlaku sepanjang masa tak update?

1. Dapat first payment dari 123RF.com hasil jualan gambor.
2. Belajor ambik gambor bintang.
3. Buat projek 3-4 projek baru.
4. Pergi shoot kat Arve Valley, France, Yvoire, France ngan Blausee, Switzerland.
5. Shoot (sampai muntah hijo gambor sakura ngan gambor tulips)

Ya, sibuk skit sebab banyak gambor nak proses dan upload kat microstock agensi.

Tang gambor bintang tu nanti aku citer macam mana nak ambik. Seronok juger.

Bawah ni gambor-gambor yang aku ambik, sekaping dari satu tempat. maleh nak upload banyak giler.

Komer enjoy.

Satigny, Geneva, Switzerland


Arve Valley, France

Tulips, Morges, Switzerland

Jet d√Čau, Geneva, Switzerland

Kampung Swiss, La Capite, Geneva, Switzerland

Border Swiss ngan France, apa ntah nama tepat dia tak tau.

Blausee, Switzerland

Yvoire France

Blausee, Switzerland

Dari dalam keter kat highway




Monday, March 19, 2012

CHAMONIX MONT BLANC, FRANCE

Minggu lepaih aku pergi ambik gambor kat Chamonix, Mont Blanc, Tempat ni tak ler jauh sangat dari Geneva lebih kurang sejam jer kalau naik keter. 

Aku ikut member aku sebab dia ajak ambik gambor kat Mont Blanc. Macam besa aku ni kalau sebut kena panjat gunung, sangat ler gementar kepala lutut sebab aku GAYAT!

Aku dah test dah, tahun lepaih aku pegi ambik gambor kat satu tempat ni tebing tinggi Creux du Van. Isk tak berani langsung nak ke tepi tebing, so aku shoot dari jarak jauh jer.

Kali ni nak panjat gunung pulak. Isk.

Kes gayat ni, kalau pada aku la, kalau tempat tinggi tu lapang atau cerun kalau aku jatuh, boleh golek-golek, aku konpiden lagi, tapi kalau macam tebing 90 darjah teruih ke bawah macam bangunan tinggi duduk kat tingkap dia pandang ke bawah, hukum dia memang aku tak sanggup.

So ya memang aku gayat, tapi mengenangkan bila lagi nak conquer phobia tinggi tu, dan mengenangkan gambor mesti bestnyer nanti aku pun beranikan diri gak ler pegi teman kawan aku tu.

Panjat gunung dengan keter kabel.

Gambor ataih ni  ambik kat stesen keter kable Chamonix.. Dok tengok baguih mamat ni lepak. Shoot satu, aku suka sebab dia lepak tetengah ataih tembok tu maacam tingkap panjang.




Hah, sepanjang perjalanan naik dengan keter kabel ni aku tak shoot hapa pun sebab concentrate tak nak bagi ingat hati gayat.

Sampai ataih gunung ada awek plak tengah shoot, so aku pun ambik la gambor dia. Kamera Canon jenih apa tak tau, tapi lens dia 70-200mm pakai 2X extender.

 Ni aku skodeng member aku skodeng awek tu skodeng. Hehehhee


Sampai ataih tu macam ni pemandangan dia. Gambor ataih tu dengan wide angle kot, tak sure.


Haaa, sebelum gelakkan aku sebab aku gayat. cer tengok gambor ataih tu. tempat yang aku mampu sampai ni, cuma kat tengah jer, Kereta kabel ni sambung sampai ataih nun sayup-sayup puncak gunung. Tengok yek, tak de tiang support kabel ni . Gantung teruih sampai ataih puncak.

Aku mampu kat sini jer lah. Sapa nak naik sampai ataih tu pegi ler.

Biasalah, buat panorama skit. 9 shots.

Habih dah la citer, sebab kesimpulannya aku masih lagi GAYAT.

FOLLOW ME: DUNIA AMATUR FOTOGRAFI

Salam dan timakasih kat Dunia Amatur Fotografi ikut blog SBDK merapu ni.

Blog DAF kat sini.

Wednesday, March 14, 2012

MEH BUAT PANORAMA

Memula ambik gambor tempat yang nak dipanoramakan tu macam turutan gambor-gambor bawah ni.

Make sure setiap frame gambor tu overlap lebih kurang 30% dengan gambor sebelumnya. Agak-agak la, sebab bukan boleh ukor pun.

Aku ambik gambor ibu jari aku untuk tanda gambor mana yang aku mula. Senang, tak yah tercarik-carik tang mana nak start bila dah transfer ke Hard Drive nanti.









Ok dah ambik, balik rumah bukak Photoshop.

Dalam Photoshop klik file - automate - photomerge.

Keluar window baru, peh tu browse- cari balik semua file tadi yang kita nak buat panorama, select, klik ok.

Peh tu duduk diam-diam.PC pun jangan sentuh kang meletup..

Hasilnya macam kat ataih tu.

So crop ler mana yang tak nak. Peh tu adjust ler mana nak.

Pada peringkat ni, kalau aku ler, aku import balik ke Lightroom sebab aku simpan semua file gambor aku kat situ and aku suka proses touch up dengan Lightroom Selalunya aku HDR kan dengan Photomatix, bagi naik segala details, then import balik dalam Lightroom, fina edit and proses baru publish.

Kalau aku ler.. Sebab kerja remeh dan banyak step nak buat.


Tapi final image, pueh hati.


Gambor ataih tu satu lagi aku buat ikut cara yang aku citer tu.

Hokeh.

Monday, March 12, 2012

82ND GENEVA INTERNATIONAL MOTORSHOW

Aku sibuk skit 2-3 menjak ni sebab banyak aktiviti ambik gambor.

Hari Khamis lepas pergi ambik gambor keter kat Geneva motorshow. Peh tu balik, proses, upload ke Dreamstime bagai abih 2 hari. Baru kejap tadi depa approved. Keputusannya submit 44, 7 reject, 37 approved. Yang bestnya 3 gambor dipilih masuk ke In The News section kat Dreasmtime. Adalah dapat KAA CHINGGG!

Geneva Motorshow 2012 - 2013 Maserati GranTurismo
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Bentley EXP-9
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

3 gambor ataih tu la yang terpilih nyer. Semua gambor ni aku submit bawah Editorial.

Ada lagi beberapa gambor yang aku suka macam gambor bawah ni personally.

Geneva Motorshow 2012 - New BMW 6 Series
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Masonry Lamborghini
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Weismann Roadster MF3
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Haa? 

Gambor aweks?

Ada juga. Link kat sini.

Nak tengok gambor keter lagi kat sini.

TEKNIK

Hokay.

1. Setting aku pakai Apeture priority mode - Canon AV, Nikon A (kot).
2. Sebab nak free hand, ISO aku letak AUTO.
3. Aku tukar aperture, kengkadang pakai F4, kengkadang F5.6 ikut sedap compo. Tengok lah. Tak lebih dari tu sebab lebih jer, exposure time jadi lama shutter speed jadi perlahan,  tak leh handheld dah, sebab goyang.
4. Kenapa tak bawak tripod? Maleh dan tak berapa sesuai bawak kat sini. Jenuh!
5. Compo aku banyak masukkan orang sekali sebab nak bagi ada human element, gambor jadi lagi menarik dengan reaksi orang tu, tak la boring gambor keter jer.
6. Ni aku proses dengan Lightroom 4 dan Photomatix untuk (HDR) untuk naikkan details.

Okeh, habis.

Tuesday, March 6, 2012

LIGHTROOM 4 SUDAH KELUAR!

Lightroom 4 udah keluor!

Upgrade dari Lightroom version lama USD 79.00, Beli baru USD 149.00. Lagi murah masa aku beli Lightroom 3 dulu. Chait!

Anyway aku dah upgrade, dan aku suka giler Lightroom 4 ni banding ngan yang lama.

Worth it.

Link kat sini. Siap ada video sekali kalau nak nengok.

CARNAVAL VENITIEN d' ANNECY 2012

Sabtu minggu lepaih aku pergi ke Annecy, France sebab ada pesta orang pakai topeng dengan costume macam orang dulu-dulu. 

Sama macam karnival femes kat Venice, Italy tu. 

Depa ni dresses up giler, pakaian penuh dengan aksesori pelbagai. Kaler semua terang-terang giler.

Photogs penuh giler ambik gambor, sebabnya memang pesta macam ni jadi tumpuan. Cantik! Biasala aku pun join la sama.

Ada 2-3 aweks (aku agak la, sebab memang tak tau sapa dia sebalik topeng, silap-silap gaya awek tapi alih-alih balak, memang tak tau depa tutup abih tubuh sampai tak nampak kulit langsung kecuali tang mata) yang buat aku terpesona sebab topeng dengan hiasa dia cantik. Macam gambor bawah ni.




Sesilap memang ler boleh jadi berkenan. Kekekekke

Anyway, karnival ni memang cool giler. Ada dekat 400 orang dressed up macam ni, jalan keliling pekan Annecy. Depa-depa ni dengan sportingnya posing depan berpuluh-puluh photogs yang pro dengan tak pro.

Gambor-gambor kat bawah ni pulak yang aku submit kat Dreamstime, approved dan sedia untuk dijual.

Nak tengok gambor lain kat sini.
Album FB kat sini.


Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Friday, March 2, 2012

CANON 5D MARK III UNVEILED!

 Hah, akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu (at least aku la, excited semacam). Hehe

Canon 5D Mark III dah diumumkan. Cerita lanjut kat link ni.

Tapinya, aku tak la excited giler sangat sampai nak upgrade on the spot. Cuma excited sebab dengar rumours gilernya lama, sekarang ni dah kuar. Tu jer. Kamera aku sekarang ni pun elok and baguih. And kalau aku nak upgrade pun (bila aku dah kaya raya, banyak duit sampai tak tau nak buat apa lagi, dah masuk Forbes punya list) rasanya aku tak upgrade ke Mark III kot, baik aim for 1DX. :)

Rega Mark III kat B n H USD 3,499.00 @ RM 10,504.00 body jer. 

Dengan Kit Lens 24 -105mm F4L IS (standard la lens ni) rega USD 4,299.00 @ RM 12,912.48.

ADA BRANI? Hehehe

CAMERA STRAP : NEOPRENE BASED

Aku ada sembang pasal kamera strap dalam post aku dulu.

Kalau aku, memang aku takkan pakai kamera strap yang datang depa bagi sekali masa beli. Menyakitkan tengkok, rigid, etc. 

Pakai kamera strap neoprene, lagi baguih untuk kesihatan.

Tengok Karl Taylor sembang pasal kamera strap ni kat video bawah:-

Tuesday, February 21, 2012

SIRI LEGA ICE AGE UDAH TAMAT DI GENEVA

Hujung minggu lepaih baru ler tak sejuk sangat, tapi bukannya tak sejuk langsung, sejuk juga, cuma tak lah sesejuk minus berbelas dah.

Matahari pun dah mula suka tunjuk muka sesikit, Baru best nak ambik gambor.  Takde lah sangat nak bungkuih badan macam balut nangka dah. At least muka dengan tangan boleh la dedah sikit.

Kalau ikut turutan masa, gambor bawah sekali tu patut dulu sebab ni waktu subuh benor, peh tu gambor kapal, peh tu gambor burung terobang. Sebab maleh nak susun, ikut dan jer la


Ramai member aku sembang kata aku untung duduk di Swiss, canti, ada tasik, ada kapal, ada salji, memacam. 

Tapi sebenornya cenggini, pada aku ler, semua tempat ada best, ada tak best, Cam kerojer aku ni, banyak dah tempat aku duduk, tapi aku rasa paling best dok kat negara sendiri. Mak aku ada sana, sedara mara sana, kengkawan sana, semualah sana pendek katanya.

Kalau nak ambik gambor pun, kat Mesia banyak benda boleh ambik, tak semestinya tempat best ambik gambor tu kat negara orang. Kalau aku balik Mesia, aku nak ambik gambor memacam, pokok getah, sawah padi, nelayan dengan bot, isk banyak ler. Waktu senja ngan waktu subuh kat Malaysia perhhhh kaler awan berbagai-bagai. Mendung nak ujan pun kelabu hitam berkepoi-kepoi awan dia. Menarik sangat.

Tapi tu ler, udah bukan duduk Mesia, nak buat camna, belasah jer la apa ada depan mata,

Yang pentingnya, mana duduk pun, cantik indah ke idak sesatu tempat tu sebenornya terpulang pada diri sendiri. Kalau buat cantik, cantik ler, kalau buat buruk hodoh, buruk hodoh ler.

Lari topik dah, 

Anyway, macam biasa, shoot low light, pakai tripod dengan cable release. Tripod berat pun pikoi, jangan maleh. Takdenya boleh ambik exposure lama pegang pakai tangan jer. Menipu je ler tu, kalau kata boleh.

Satu lagi tips Encik Pro ajor, sampai awal skit tempat nak shoot tu, tak yah kita terkejor-kejor pikior apa nak ambik nak kejor sunrise atau sunset. 

Wokey.