Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, March 19, 2012

CHAMONIX MONT BLANC, FRANCE

Minggu lepaih aku pergi ambik gambor kat Chamonix, Mont Blanc, Tempat ni tak ler jauh sangat dari Geneva lebih kurang sejam jer kalau naik keter. 

Aku ikut member aku sebab dia ajak ambik gambor kat Mont Blanc. Macam besa aku ni kalau sebut kena panjat gunung, sangat ler gementar kepala lutut sebab aku GAYAT!

Aku dah test dah, tahun lepaih aku pegi ambik gambor kat satu tempat ni tebing tinggi Creux du Van. Isk tak berani langsung nak ke tepi tebing, so aku shoot dari jarak jauh jer.

Kali ni nak panjat gunung pulak. Isk.

Kes gayat ni, kalau pada aku la, kalau tempat tinggi tu lapang atau cerun kalau aku jatuh, boleh golek-golek, aku konpiden lagi, tapi kalau macam tebing 90 darjah teruih ke bawah macam bangunan tinggi duduk kat tingkap dia pandang ke bawah, hukum dia memang aku tak sanggup.

So ya memang aku gayat, tapi mengenangkan bila lagi nak conquer phobia tinggi tu, dan mengenangkan gambor mesti bestnyer nanti aku pun beranikan diri gak ler pegi teman kawan aku tu.

Panjat gunung dengan keter kabel.

Gambor ataih ni  ambik kat stesen keter kable Chamonix.. Dok tengok baguih mamat ni lepak. Shoot satu, aku suka sebab dia lepak tetengah ataih tembok tu maacam tingkap panjang.




Hah, sepanjang perjalanan naik dengan keter kabel ni aku tak shoot hapa pun sebab concentrate tak nak bagi ingat hati gayat.

Sampai ataih gunung ada awek plak tengah shoot, so aku pun ambik la gambor dia. Kamera Canon jenih apa tak tau, tapi lens dia 70-200mm pakai 2X extender.

 Ni aku skodeng member aku skodeng awek tu skodeng. Hehehhee


Sampai ataih tu macam ni pemandangan dia. Gambor ataih tu dengan wide angle kot, tak sure.


Haaa, sebelum gelakkan aku sebab aku gayat. cer tengok gambor ataih tu. tempat yang aku mampu sampai ni, cuma kat tengah jer, Kereta kabel ni sambung sampai ataih nun sayup-sayup puncak gunung. Tengok yek, tak de tiang support kabel ni . Gantung teruih sampai ataih puncak.

Aku mampu kat sini jer lah. Sapa nak naik sampai ataih tu pegi ler.

Biasalah, buat panorama skit. 9 shots.

Habih dah la citer, sebab kesimpulannya aku masih lagi GAYAT.

1 comment:

  1. Terhibur aku baca artikel ni..kekekek.. syabas bro..

    ReplyDelete