Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, July 21, 2011

VIDEO : RIGHT TO SHOOT

Ni aku share video yang tunjukkan kita sebagai photogrpaher ada hak asasi ambik gambor as long as kita ada kat tempat awam.

Aku dah banyak kali kena halau, kena tegor, kena sound sebab ambik gambor bangunan. Angin ler jugak, tapi tu lah, nak buat camna.

Video ni educate kita, apa hak kita sebagai jurugambor, dan kat mana limit kita nak ambik gambor kalau tempat tu harta persendirian (private property).

Tak yah kita gaduh-gaduh, cakap elok-elok jer, selagi kita ada kat tempat awam, ataih jalan awam, kita boleh ambik gambor apa pun and sesiapa pun.

Hak kita.

Wednesday, July 20, 2011

SBDK : CUTI-CUTI MALAYSIA

Aku nak bercuti.

Tahun ni aku balik Mesia Insya Allah, ujung minggu ni. 

So SBDK pun cuti ler kejap selama 3 minggu, tapi kalau sempat dan ada masa, aku update ler. Banyak program ambik gambor dah planned dengan member kat tanah air. Sampai jer, petang tu dah ada member ajak outing photo shoot. Esoknya pun subuh dah ada kutu ajak pergi shooting gak. 

Gear yang aku bawak:-

1. Kamera body
2. Zoom Lens 70-200mm dengan 2X Extender
3. Standard Zoom Lens 24 -105mm
4. Wide Angle Lens - 17-40 mm
5. Tripod
6. Monopod.
7. Shutter Cable Release
8. Speed Lite
9. Filter Set

Ada gak member yang baru menceburkan diri dalam bidang ambik gambor ni yang mintak aku buat kelas. 

Kelakor giler!

Camna la nak pahamkan depa ni yang aku ni pun masih lagi belajor ambik gambor. Takat nak ikut ambik gambor ok ler, Nak ajor tu hoih! Tak sanggup ler teman.

Aku pun dah planned beberapa tempat yang aku pikir nak shoot.

1. Putrajaya - Sabtu 23 ngan 24 Julai
2. KLCC - Date tak tau lagi
3. Langkawi kot, (entah tak sure lagi) tapi beach kena shoot sekali.
4. Sawah padi.
.
Kalau nak ikut outing, jom..

Sunday, July 17, 2011

SBDK: MENGARANG GAMBOR - SILHOUETTE

Sembang pasal silhouette.

Silhouette yang cun ni Encik Pro citer ngan aku, kena imej yang kita nak tonjolkan tu gelap pekat. Yang kita nak cuma garis outline imej jer, dengan latarbelakang cerah. Yang pentingnya, imej silhouette tu bior tajam, gelap, jelas. Orang yang tengok gambor kita tu tak yah susah-susah pikior apa ke la jadah nya la gambor ni.

Paling senang nak buat kalau ada sumber cahaya kat belakang sabjek, sebab bila sabjek terlindung, jadi ;er bayang, ni yang kita nak. Bawah ni contoh gambor-gambornya.

Tips untuk ambik gambor silhouette kat link sini.

Ini bukan silhouette, sebab walaupun couple nampak gelap skit, tapi still nampak jelas. Kita nak semua gelap, bior background jer yang cerah.
1/320 saat, F10, ISO 400, 47mm

Yang ni pulak, boleh la, tapi lebih sesuai di kategorikan sebagai landscape instead of sillhouette.
1/400 saat, F 6.3, ISO 100, 80 mm

Ni contoh silhouette yang elok, semua gelap, cuma nampak outline jer. and latarbelakang cerah, sekali tengok tau dah apa dia bendanya.
1/320 saat, F 5.6, ISO 100, 400 mm

SABOR BANYAK

Isk, kenkadang ambik gambor ni kena sabor banyak giler.

Semalam aku nak ambik gambor silhouette helang berlatarbelakangkan bulan penuh. Sebabnya aku nampak ada dekat 6-7 ekor burung helang, dok main dive kat tasik tangkap ikan. Nak ambik gambor depa tu, tapi gagal, semua gambor turn out tak elok, bluer, out of focus, memacam lah. Gilanya frust.

Tunggu lagi.

Masa ni dok perati gak bulan penuh kat langit sebab tunggu dia main sembunyi dengan awan, tapi tak de jugak awan bergerak kat bulan tu. 

Alih-alih, burung-burung helang ni buat lintasan hormat kat bulan tu, so aku pikir,  cool gak kalau dapat gambor burung tu betoi-betoi terbang kat bulan. Silhouette baik punya.

Aku hala lens kat bulan, peh tu tunggu, tunggu, tunggu. 

Mak ai lama nya tunggu. Yelah, burung helang tu bukannya aku boleh remote controlkan terbang macam mana aku nak lalu depan bulan.

Dekat setengah jam, ada la helang yang kesian sangat kot kat aku, dia pun terbang la depan bulan tu, Aku teruih snap. Check LCD, blur. GAGAL. 

Aku tunggu lagi.

Serious aku rasa yang sekor ni kesian kat aku, dia pun buat ler lintasan kedua, Dapat ler snap. 

Tak cantik, tapi oka la. Pueh hati aku.

Pengajaran citer kat sini, seriously kengkadang kena sabor banyak ambik gambor ni. Lepaih dok frust 2-3 kali, sebab tak dapat apa yang kita tu, tak yah la kita merampoih, sabor jer la, ada la peluang tu datang lagi.

Cuma kena sabor banyak sikit jer.

1/30 saat, F10, ISO 100, 400 mm

Monday, July 11, 2011

AKSESORI : MONOPOD

Monopod ni sama fungsi dengan tripod. Nak stabilkan kamera untuk bolehkan ambik gambor sharp dalam keadaan slow shutter speed.

Tak yah kot sembang panjang-panjang kenapa kamera perlu pakai tripod kot kan sebab semua dah tau kot pentingnya tripod ni.

Ok, dia cam ni, dari pakai tangan, lagi elok pakai monopod and dari pakai monopod lagi elok pakai tripod.

Tapi kengkadang, ada gak tempat yang tak bagi kita bawak masuk tripod. Tapi selalunya, monopod, tak de hal.

Kalau nak beli monopod ni, cari yang paling kukuh, tak guna kalau sambag yang katalah, bila jatuh sikit dah melengkung, tu buang lombong ler, no point guna. Lagi elok kalau yang ada spike kat ujung kaki, atau pun yang boleh sambung spike.

Yang paling pentingnya monopod ni, untuk bagi imej yang kita ambik tu sharp, tack sharp kalau ikut kata orang pro. Seriously, gambor blur tu tak de guna, kecualilah kalau memang niat hati suci murni nak abstractkan imej tu. Dah masuk kategori lain ler pulak.

Brand? Apa yang sesuai? Gitzo, (rega mahal sikit, tapi pada pendapat aku the best) Manfrotto Neotec, (macam gambor kat bawah tu) sebab dia slide jer tak yah pusing, klip etc. and macam-macam brand lagi ler, Silk, Cullman, etc.

Cuma nak ingat, kalau beli monopod ni dapat tiang dia jer la, head jual lain, so aku rekomen pakai ball head, senang. tak yah nak kelepet sana, pusing sini.

Ada banyak lagi aksesori tambahan untuk monopod ni jugak macam shoulder brace, belt pouch, spiked foot. memacam lah, tapi tujuan dia semua sama nak bagi kamera stabil, untuk bolehkan kita shoot gambor sharp.

Tapi macam mana dasat pun monopod ni, pada pendapat aku, still kena guna tripod untuk lowlight.


Friday, July 8, 2011

ENCIK PRO AJOR AKU : MENGARANG IMEJ

Salah satu cara nak bagi gambor kita tu menarik perhatian ialah dengan tunjukkan hubungan antara 2 sabjek yang berlainan.

Encik Pro ajor la ni.

Dengan cara macam ni, gambor tu ada cerita yang bila orang tengok jer, orang paham apa ke benda yang kita nak buat. Tak yah sembang, tengok je tau dah apa dia.

Cara mengarang macam ni jugak bagi gambor tu lagi interesting, tak de la boring sangat.

Gambor kat bawah ni, pakai prinsip yang sama la. Nama pun bunga matahari, kalau masukkan matahari sekali, teruih tau, yang citer dia pasal bunga matahari tu mengadap matahari. Cer kalau elemen matahari tu takde dalam gambor, yelah, tak de la citer, cuma gambor bunga matahari banyak jer la, cerita tak dak.


Macam yang bawah ni pulak, sabjek dia beskal, tapi gambor ni jadi lagi menarik sebab ada sign jalan beskal tu dengan selekoh dan papan tanda selekoh sekali. Sekali tengok orang tau apa yang kita nak sampaikan. Kalau gambor beskal jer kurang menarik la sikit, sebab gambor beskal jer, apa yang interestingnya?Atau pun gambor tanda jalan beskal tu jer, Gambor jalan jer yop, tak de yang menarik. Tapi bila gabungkan kedua-dua elemen tu, adalah citer dan mesej.



So (TIPS), cer try bila ambik gambor tu, kita pikir sikit apa yang nak kita citerkan pada orang. Tengok hubungan satu sabjek dengan sabjek yang lain, kot ada yang kita boleh kaitkan.

Tuesday, July 5, 2011

SBDK: FOLLOW ME: IPHOTOSHOOT

Terimakasih kepada Iphotoshoot sebab folow SBDK.

Blog Iphotoshoot kat sini, moh lawat reramai.

Sama-sama kongsi kita kongsi citer.

Friday, July 1, 2011

SBDK: HIGH SPEED PHOTOGRAFI: GAMBOR TITISAN AYOR

Hokeh.

Kali ni aku nak sembang camna nak ambik gambor macro titisan air. Komer selalu tengok gambor macam ni kat majalah, kengkadang depa pakai susu kotak.

BAHAN-BAHAN

1. Plastik bungkuih ayor
2. Bekas tadah ayor, (talam pun boleh juga)
3. Macro Lens. Lens biasa pun boleh juga pakai wide open (aperture paling besor), tapi ambik dalam RAW, saiz besor boleh crop banyak masa proses dengan kualiti tak hilang. Close up giler.
4. Flash untuk freeze movement.
5. Tripod

CARA-CARA

1. Bubuh sikit ayor dalam talam.
2. Bubuh ayor dalam plastik, peh tu gantung tinggi sikit, peh tu tebuk ngan jarum bagi ayor menitik jatuh atas talam tu.
3. Ambik duit siling ke contohnya, letak kat tempat ayor menitis tu, peh tu fokus kat situ.
4. Tukor ke manual fokus.
5. Flash letak ler memana suka, tapi bior cahaya kena kat tempat ayor jatuh kat permukaan ayor talam tu.
6. Peh tu snap ler. Aku try gak guna burst mode, yang continuos shooting dengan sekali klick tu, tapi, flash tak boleh nak ikut, sebab kena recycling dulu. Boleh ler, tak ler okay sangat.

TIPS 

Lebih kurang sama dengan post aku yang projek akuarium tu kat sini




Cuba ler kalau rajin.