Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Saturday, June 18, 2011

SBDK : MENGARANG GAMBOR : IDEAS AND PLANNING

Semalam aku sambag satu akuarium, 3 kaki x 2 kaki kot. Sini tengah summer sale, so aku ambik kesempatan usha tengok apa benda yang aku boleh belasah untuk studio entah apa-apa aku tu.

Itu ler, kengkadang nak tak nak kena gak keluor duit untuk beli bahan-bahan mengarang imej ni. Cumanya jangan spend banyak sangat, kalau boleh balik modal balik ok ler. Bior benda tu kita boleh pakai balik berkali-kali.Bior berbaloi yop! 

Aku ni pun banyak recycle benda-benda kat rumah ni yang dah tak pakai, Contohnya frame gambor lama, aku bubuh kertas hitam, buat kad penapis cahaya. Nanti aku tunjuk gambor dia guna untuk apa. Frame gambor pun ada gak aku lekatkan dengan aluminium foil, untuk balikkan cahaya. Sesuai untuk ambik gambor product, atau food Photogrpahy, Kalau nak baguih sikit, beli cermin muka kecik 2-3 untuk balikkan cahaya bagi terang kat tempat yang ada shadow. Contohnya ler.

Balik citer pasal akuarium tu. BUKAN sama sekali untuk bela Nemo, bapak Nemo atau spesis ikan tropika lainnya. Aku ni tang ternak binatang cukup tak suka, sebab kalau aku keluar travel, tinggal rumah 2-3 minggu, tak de sapa nak jaga, balik nanti, udah ikan tu berenang terbalik, baik tak yah, naya jer ikan tu kalau aku bela. 

Akuarium tu aku nak buat water splash Photography,  ala, gambor macam ni selalu tengok dalam majalah, yang depa campak buah ke, sayor ke, ayor tin ke atau ayor kotak dalam ayor tu, siap ngan buih dengan percikan, nampak macam fresh tu. Yang itu ler aku nak buat,

Tema aku kali ni sayor dengan buah. Semua udah beli tadi pergi pasor, jap lagi set bahan-bahan, peh tu tangkap ler. Shooting ni ada movement, cadangnya nak pakai shutter speed laju skit, kata ler 1/100 - 1/1000, tengok mana yang sesuai, aperture dalam F8 -F11 ke, tengok ler camna.

(TIPS) Kalau nak shooting dalam studio (ya, studio entah hapa-hapa aku tu ler), elok planning dulu supaya tak lupa satu benda pun. Ada checklist pun baguih jugak. Selalunya aku dok plan dalam kepala, tengok satu-satu apa benda nak pakai, peh tu catit dalam buku kecik. Ada yop, aku ada (TIPS) satu buku kecik untuk catit  idea yang kengkadang terlintas kat kepala aku tu (maklum ler dah berumur, selalu lupa, hehe), peh tu kalau ada masa lepas tu, baru aku explore balik idea tadi tu, peh tu planning bahan-bahan, setting camna, tengok you tube kot ada tips yang aku boleh pakai. Dah siap semua, baru aku ambik gambor.

Hokeh, nanti dah siap aku upload share dengan komer semua.

2 comments:

  1. Danny : http://www.facebook.com/people/Akula-Matiau/1291835329

    ReplyDelete