Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, June 6, 2011

SBDK : BAB AKTIVITI AMBIK GAMBOR

Aku nak bukak bab baru.

Ni citer pasal camna adventure (macam la banyak rintangan sangat) aku ambik gambor, kira macam Behind The Scene la ni. 

So okay....

Sabtu lepaih aku bangun pukul 4 pagi, dengan tujuan nak keluor rumah pukul 4.30 pagi. Ni ambik kira faktor masa musim panas kat sini subuh gilernya awal, so aku bajet pukul 4.30 pagi cukup cantik la nak keluor ngam-ngam rembang subuh. 

Masalahnya.................

Pukul 4.30 pagi pun langit dah TERANG! Ufuk dah MERAH keyellowan! 

Nampak gayanya terpaksa la keluar pukul 4.00 pagi and bangun tidor lak pukul 3.30 pagi (selalu aku peruntukkan masa 30 minit untuk hilang mamai zombie bangun tidor). Itu kalau pergi setakat tempat dekat dengan rumah jer, kalau nak pergi tempat lain yang kena sejam dua drive, kena bangun pukul 1-2 pagi la kot. Dak pun tak yah tidor langsung, lepas ambik gambor baru tidor.

Masa musim panaih, ni la masalahnya, nak tunggu senja lak, sama jer, kul 10 malam baru hari nak berlabuh. Tu masa aku dah nak tidor plak. Tak ke haru.

Tapi BELASAH jerlah, nak ambik gambor punya pasal, ku gagahi jua. Tidor nombor dua.



Ataih tu gambor aku ler tu.Kawan aku ambik (aku cilok dari FB dia), dia pun minat gak ambik gambor. Aku kata kat dia, hang pun giler ambik gambor gak bro, yang dia cuba nak nafikan sebab katanya ni hobi masa lapang jer. (Yelah tu, kalau masa lapang jer Yop, ada kamu nak ngikut aku pukui 4 pagi keluor rumah? Ada? Ngaku jelah oi! Udah terang-terang tanah lagi nak bersuluh ke? :))

Cer peratikan kayu kat gigi air tu. Kayu hanyut tu aku letak kat depan tu ler, nak bagi ada sabjek sikit, supaya gambor tak nampak kosong sangat. Ni kira tiru Karl Taylor la ni. Tapi dia punya lagi la menarik sebab kat tepi laut. Dengan ombak bagai, cun giler, Tempat aku ni kalau nak pergi pantai, kena drive setengah hari baru sampai. Tasik ni jer lah yang ada pun. So apa kira, belasah. (TIPS) Gunakan apa yang ada keliling kita yang kita pikir boleh enhance value imej tu. Kayu hanyut, rumpair, buleh belaka. Peh tu kot ada sampah sikit macam masa ni ada plastik hapa ke benda tah, jangan malas yer, sila ambik and alihkan plastik tu. Memang boleh photoshop, tapi nak buat apa buang masa depan komputer nanti? Baik buang dari awal.


Ni hasil tadi tu. 

Buleh ler, walaupun kalau boleh aku nak banyak lagi awan kat langit tu. Cahaya matahari tu kalau dapat reflectkan dari batu-batu kecik tu cun gak, tapi yelah, tak berapa jadi, sebabnya aku terlupa (TIPS) simbah ayor kat ataih batu tu bagi basah. Bila batu tu basah, lagi ler boleh reflectkan cahaya. Wet Look. (Permukaan basah lagi ler membalikkan cahaya dari permukaan tak basah).

Selalunya aku bawak nescafe panas dalam termos (flask), rokok sekotak. 

Tak tau ler denga hangpa....

Tapi layan matahari naik bertukor-tukor kaler ni dengan nescafe panaih sambil isap rokok, suasana pepagi sejuk nyaman, dengan ayor tasik hening cam ni,......................

Perhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Tak ke damai hati?

2 comments: