Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Friday, June 17, 2011

SBDK : SEMBANG KAMERA

Adoih!, sorry ler, aku paling tak tahan kalau orang tanya, contohnya,

Berapa hang beli Lens 70-200 ni? Kat mana beli?

Peh tu bila aku jawab

Rega dia RM X.............. , Beli online kat.................

Dia sambung;

Eleh, kat kedai X tu lagi murah. Kenapa hang tak beli kat situ.

Selalu terpikir dalam kepala hotak aku, kalau kat situ murah kenapa ler gamaknya hang sendiri tak beli? (sebab selalunya orang yang tanya macam ni tak beli pun. Saja jer gatal mulut kurap nak tanya). Aku punya pasal ler nak beli kat mana, berapa rega pun.

Tak pe lah tu, kalau setakat nak compare price, or nak tanya sebab nak dapat info tak pe ler. Start keluar perkataan ELEH (atau lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya) tu tanda nak perlekeh la tu.

Sebabnya aku menyampah sangat ialah:-

1. Ingat aku tak buat research dulu ke sebelum beli? Benda bukan murah bang ya. Jenuh kompoi berbulan-bulan, tiap-tiap minggu pergi usha tengok dalam cermin display, layan perasaan, pasang angan-angan nak dapatkan, alih-alih dah dapat, kata situ lagi murah? Baru sedor koma ke hapa?

2. Lens bukan kain ela. Cer citer sikit kedai kamera gila mana nak bagi JUALAN HEBAT, HARGA RUNTUH? Tambah ler kalau lens tu L lens.

3. Bab bangga diri lak. Sorry, pakai kamera apa? Point and shoot? Bukan ler tak baguih, baguih kamera point and shoot ni, tapi lens 70 -200 mm ni boleh lekat dak kat kamera point and shoot hang? Aku pun dulu pernah pakai gak, tapi tahun 2005 dulu ler. Get my point?

Haih!

2 comments:

  1. orait..neh nak tanya sekali lagi neh..sekarang neh nak aim L lens je..70-200mm f2.8L and 70-200mm f2.8L IS(bukan IS II) which one much better?

    bila check sharpness katsini tengok non-is more sharp..nk beli IS II super mahal..huhu..any idea?

    ReplyDelete
  2. Shafiq: soalan yang sama aku tanya masa nak beli lens yang sama.

    IS ni nak tolong stabilkan lens masa shoot dalam lowlight, handheld. Tapi kalau pakai tripod, tips yang aku tau, kalau lens ada IS function, better switch off IS to get a sharper pics.

    That said, its between nak sharp, or nak bolehkan ambik gambor dalam gelap or lowlight, basically argument dia cam tu.

    Kalau tanya aku, aku akan ambik 70-200mm f2.8L without the IS.

    Because no point paying extra bucks just for the IS kalau kita tak pakai sangat function tu nanti and dok asyik switch off jer sebab kita pakai tripod.

    Aku pun pakai 70-200 mm F2.8 L.

    From the sharpness point of view, hang betoi, tapi its not a big factor sangat, since it is a L lens. Canon tak buat lens yang tak sharp, especially L lens.

    Unless kalau kita ni sports photographer. And besides, its heavier giler, try to carry around it with you for one day. I did.

    Hope this helps. All the best shafiq.

    ReplyDelete