Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, June 26, 2011

SBDK: SILA TENGOK SHADOW

Hari ni aku nak sembang pasal shadow.

Masa ambik gambor untuk product shoot atau model dalam studio buatan sendiri dalam rumah, pastikan shadow tu tak terserlah sangat kat benda yang gambor dia kita nak ambik tu.Tambah pulak bila kita pakai 2-3 light source.

Cara dia cam ni yang aku buat:-

1. Pakai satu sumber cahaya, shoot, peh tu jangan pasang lagi light source yang lain, cek dulu tang mana cahaya tu jatuh, kena pada permukaan benda tu. Katalah light source yang pertama tu kita hala dari sebelah kiri, so tengok kat sebelah kanan tu gelap, so maknanya next light source kita nak tujukan pada tempat tu lah.

2. Halakan light source no 2 kat sebelah kanan, peh tu shoot, tengok samada bayang tu dah kurang ke dak. So adjust light source tu sampai bayang tu tahap minimum atau tak de langsung.

Dan seterusnya, ulang proses yang sama.

Tujuannya, kita nak kan cahaya tu wrap around sabjek, sama lah kalau kita shoot potrait pun. Kita nak cahaya tu memeluk mesra, erat, dan kena kat sekeliling permukaan sabjek. Sebab cahaya ni bergerak lurus, so memang ada masalah nak bend the light. Tengok contoh dalam blog post light tent sendirian berhad aku dulu tu. Macam tu lah idea dia lebih kurang.

Ok tu jer, senang jer benda ni, tapi remeh la sikit,

No comments:

Post a Comment