Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, June 7, 2011

SBDK: PUBLISHKAN GAMBOR TERDASAT SAHAJA

Memng paham.

Kita nak tayang semua gambor kita bagi orang tengok. 

Aku pun macam tu gak dulu. Semua gambor aku ambik aku upload naik kat FB share dengan kengkawan. 40 keping ambik, 40 keping upload. 200 keping ambik, 200 keping upload.

Tapi serious. Actually orang akan boring tengok gambor kita. Sapa actuallynya yang nak tengok beratus keping gambor kita tu satu, satu? Kita jerlah kot. Sebab kita sendiri terpesona dengan gambor yang kita ambik tu, mengadmirekan hasil usaha, penat lelah kerja kita tu.

Tapi Encik Pro cakap ngan aku, tak yah buat cam tu. Sebabnya, orang akan ingat secara keseluruhannya semua gambor kita tu. Katalah satu dua jer yang elok antara beratus keping lain yang average, orang akan pikir, eleh tak de ler dasat mana dia tu, semua gambor dia biasa jer. Gambor dasat tu tenggelam, depa tak ingat dah.

So kita tak mo orang pikir macam tu. Sebaliknya kita nak orang tengok jer gambor kita satu yang dasat tu, WOW! First impression dia, Perhhhh! Dasat. Bior ler satu pun.

(TIPS) Cuma tayangkan gambar yang terbaik, terdasat, terindah saje. Biar orang tertanya-tanya, ada lagi ka gambor macam ni, Biar diorang tertunggu-tunggu siri gambor kita yang akan datang.

Contoh gambor bawah ni. 

Aku ambik berpuluh keping tapi dari semua tu aku pilih yang ni jer, untuk share dengan kengkawan. Kalau ler aku bubuh semua gambor itik yang aku ambik tu, hilang menariknya, sebab semua gambor-gambor tu  ialah gambor itik berenang. Tak de apa yang istimewanya. Tak de apa yang menyerlah.


Samalah dengan gambor bawah ni. Banyak giler aku ambik, tapi satu ni jer yang aku share. Ye la, gambor burung terbang, kecik pulak tu, apa yang menariknya, tapi kalau letak satu jer, nampak ler unik dan terserlah.


Hehe, aku tak ler kata dasat giler gambor aku ni. Ni contoh jer.

Tapi macam tu ler, kata Encik Pro, satu yang dasat dah cukup. Kita nak try bagi orang suka tengok gambor kita, bukan kita nak puehkan hati sendiri.

Kena brutal ngan diri sendiri gak, kengkadang tu.

2 comments: