Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Saturday, June 4, 2011

SBDK : MICROSTOCK PHOTO AGENCY : GAMBOR BENDA BARANG HARI-HARI

Apa yang bezakan gambor kita dengan gambor orang lain?

Encik Pro yang dasat tu tanya aku Aku tak leh jawab ler, mana tau, belum tengok gambor orang lain lagi. So anyway, contohnya gambor bunga ros. Tetiap hari Valentine, gilernya banyak gambor bunga ros keluar kat majalah, laman web, blog, etc, etc.

Bunga Ros ni kalau dia model cun ler, abih letih tak upaya nak posing lagi dah sebab imej dia dah diambik dari segala ceruk sudut angle yang terpikir. (TIPS) So cabaran dia kat sini macam mana nak bagi shot bunga ros kita tu tak sama dengan orang lain. Yang tak pernah terlintas kat kepala kreatif orang lain.

Dapat ler kot ya, yang Encik Pro ataih tu nak bagitau point dia?

So ini cuma contoh jer la setakat kepala kreatif aku boleh pikir apa la nak buat dengan bunga ros tu. Hangpa for sure lagi kreatif giler dari aku sebab hangpa muda lagi, Aku ni lagi 8 tahun masuk ler golongan veteran.

Tu la dia, cuba mengkreatifkan lagi shot kita tu supaya dia standout, tak sama dengan orang lain, bagi unik skit.


Ni masuk bab lain pulak. 

Aku terpesona, terasa diri begitu bengkek sebab aku bila research gambor dalam Microstock Photo Agency, gambor benda hari-hari la yang paling laku orang beli. Cis!

Sebab sebelum ni tak pernah terpikir lak yang sepatutnya tak payah keluor modal mahal nak ambik gambor benda. Ada satu gambor tu gambor bekas siram bunga kaler biru terang, dia letak kat celah pasu bunga, jadi bestseller!

So tengah lepak hisap rokok, pikir apa la benda biasa, yang pakai hari-hari yang boleh dikreatifkan. Masuk dapor, perati punya perati, tengok serbuk rempah ratus, menarik gak la kaler segala manika rempah kalau letak atas kertas putih, campor semua tengok apa jadi.

Ni hasil dia, serbuk kunyit campur serbuk kari, campor serbuk cili. Ambik kau! Nak sangat benda hari-hari? Hah! ni benda hari-hari aku! (sorry ter emo skit).

(TIPS)

Anyway, kes ni ajor aku supaya tarik nafas, bukak mata, bukak pikiran tengok benda sekeliling hari-hari yang sebelum ni tak pernah terpikir boleh jadikan sabjek Fotografi.

Aku rasa ini ler yang orang kata seni. Betoi ka?

Apa nak kira, BELASAH!

Bukan tahap aku le nak bagi label SENI. Aku cuma nak ambik gambor menarik, unik dan boleh jual kat Microstock Photo Agency. 

And kalau gambor serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili ada potensi untuk dijual, aku ambik la gambor serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili tu.

Hehe

2 comments:

  1. Tips yang baik bagi fotografer amatur mcm saya ni' tq

    ReplyDelete
  2. Danny, sesama, tapi sebenornya aku pun masih amatur jugak! Hehe.

    ReplyDelete