Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, June 13, 2011

SBDK : LIGHT TENT UNTUK PRODUCT SHOOT

Ni aku share macam mana nak buat light tent.

Gunanya light tent ni nak ambik gambor benda atau untuk product shoot. Selalunya over white, atau pun white isolated, maknanya, gambar benda tu jer, dengan background putih, bayang pun tak de kecuali sikit jer.Tak yah pakai strobe memahal atau barang-barang yang dasat.

BAHAN-BAHAN

1. Laundry basket. ni aku beli kat IKEA, Kalau tak de, boleh buat sendiri pakai kain putih buat macam kiub. Tapi sebab aku maleh nak buat, beli jer senang, function dia sama jer.
2. Lampu Meja. Ni pun aku beli dari IKEA. LED atau halogen pun boleh, yang kalimantang (lampu putih) pun boleh. Elok yang ada hood supaya kita boleh kontrol arah cahaya.
3.Flash kalau ada.
4. Tripod.
5. A4 Paper

Gambor setting light tent macam bawah ni. Senang paham kot yek?


GAMBOR BAHAN-BAHAN


Satu lampu murah LED dari IKEA pancarkan dari atas.

dan lagi satu lampu LED murah IKEA dari bawah.

dan lagi satu lampu LED murah IKEA dari belakang

Sebab aku memang dah ada 2 speedlite/ flash, so aku pakai untuk cahaya dari kedua-dua belah sisi. Udah memang ada, guna je la, Tak guna kang buat rugi jer beli.

Ni aku ambik gambor strawberry, Tengok putih cahaya dalam light tent murah ni.ituler yang kita nak.


CARA-CARA

1. Pancarkan sinaran cahaya lampu-lampu tu ke semua sisi permukaan light tent. Atas, bawah, tepi, belakang. Dari depan tak yah. sebab kita nak ambik gambor dari depan. 

2. Kita nak cahaya tu wrap around sabjek imej tu. Maknanya tak mo ada bayang shadow, tu yang wrap around, cecah semua. Cek kalau ada permukaan imej tak kena cahaya adjust kan arah lampu tu. 

3. Cahaya dari belakang tu sebab nak putihkan background, kalau tak de, background jadi kelabu asap.

4.  Cahaya dari bawah nak hapuskan shadow sabjek dari bawah.

5. A4 paper tu tapekan kat dinding dalam light tent, jangan lipat, peh tu tapekan kat permukaan dasar light tent tu (seamless, macam melengkung ler). Ni untuk elakkan ternampak garis pembahagi antara dinding dengan lantai light tent tu. Dan jugak untuk menyerlahkan lagi keputihan kaler putih.

TIPS 

1. Aku pakai setting kamera Aperture F8 bukak selama 0.5 saat. Aperture F 8 sebab aku nak imej tu sharp semua dari depan ke belakang. Focal length 105 mm. Boleh pakai aperture kecik lagi macam F22 ke, tapi kena ubah setting shutter speed ke 4 saat ke contohnya, sebab lagi kecik lubang lagi lama cahaya kena masuk untuk compensate saiz lubang aperture kecik tu. 

2. Pakai tripod and shutter release cable atau time delay.
3. Elok letak kat bawah sabjek dalam light tent tu sekeping plastik lutsinar supaya boleh dapat kan bayangan imej tu. Bukan bayang shadow yek, Balikan bayangan imej. Alah hangpa paham lah apa aku nak sebut ni.(Tapi aku pun terlupa nak letak). Tak de plastik tu, kaca frame gambor pun boleh.

4. Kalau hangpa tertanya-tanya kenapa aku tak letakkan sabjek tu kat tengah-tengah frame, sebabnya aku nak exploitkan negative space (ruang kosong) sebab ni aku jual kat Microstockphoto Agency. So boleh lah potential buyer letak text kat ruang kosong tu, macam GAYA HIDUP SIHAT, MAKAN LAH INI BUAH MERAH lebih kurang.Hehe.


Light tent ni sesuai untuk bebenda kecik. Kalau  nak ambik gambor moto hangpa, keter ke tak boleh ler, kena buat studio besor. Tapi untuk ambik gambor pakaian ler katakan dengan mannequin sekali, light tent kena la besor almari. Lampu pun kena pakai yang power giler lagi.Alah, hangpa pepandai ler.

Light tent laundry basket aku ni contoh jer, ada jual yang pro punya, Lastolite Cubelite salah satu, ada banyak lagi brandnya, teringin gak nak beli, tapi nanti ler dulu, dengan yang simple ni pun boleh dapat kualiti imej yang sama..So buat apa nak buang duit. Samaler dengan strobe. Tapi kalau hangpa mampu, BELASAH JE LA.

Hokeh, SELAMAT MENERAI.

4 comments:

  1. nanti nok try tp nok beli bahan2 dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe, tak pe danny pelan-pelan.

    ReplyDelete
  3. kan ke best kalu oang betunang ke.. oang kawin ke ble masukkan dlm kotak ni..tntu gambo sharp giler yek!

    ReplyDelete
  4. kan ke best kalu oang kawin ke..oang tunang ke ble nasuk dalam kotak tu..tentu sharp giler gambarnye

    ReplyDelete