Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, June 26, 2011

LANDSCAPE : SUNRISE

Lama tak ambik gambor landscape.

Gian jugak. Pagi tadi keluar ler cari pot nak shoot.

Tempat ni aku dah lalu banyak kali, tapi tak nampak apa yang menarik, so pagi tadi masa lalu kat sini ternampak boat kat tengah berlabuh kat tengah tasik. Pagi tadi tak de awan, langit cerah, kalau tak ambik time matahari naik cam ni, memang ler nampak dull. Masa drive aku dah dok perati, langi slow-slow naik tukor kaler dari biru, ke merah, ke oren, memang timing ngam-ngam. Anyway, dah terlepas dah, tapi dok pikir, cun gak buat silhouette ni, teruih pusing keter cari tempat parking, sambag beg kamera dengan tripod, lari pegi tepi tasik.

Hehe, jangan tak percaya, masa langit macam ni tak lama wei, 2-3 minit jer. Aku dah experienced dah banyak kali, ada sekali tu nak tukor lens jer, tengah bubuh lens lain, dah abih. Langit tukor kaler lain pulak.Tak ler tak cantik, cantik juga, tapi aku nak kaler macam ni. So kali ni dapat ler. Tu pun jenuh mengah lari!

dan seriously, celaka itu nyamuk!

Banyak giler pulak pagi ni, sebab tak de angin kot. Dok menampor kiri kanan, perang ngan nyamuk, abih dihurungnya kepala. Dah ler rambut aku ni gunting style rekrut askor, tak de lapisan tambahan, abih gatal kepala. Biasalah, tu salah satu dugaan yang kena tempoh bila nak ambik gambor macam ni.BELASAH jer la.

Kejap jer aku lepak kat tempat ni sebab, peaih jer shoot gambor ni, ada takat 10 keping kot, matahari pun dah naik memancor, terang sangat dah. Kalau ada awan, selalunya aku tunggu lagi sebab gambor matahari main menyorok-nyorok dengan awan cun gak. Sebab pagi tadi tak de langsung, minum nescafe jap, pack barang dengan tripod, blah la.

Baliknya tu, aku pergi riki tempat lain, kat ladang gandum tengok depa dah tuai ke belum. Masa musim panaih macam ni memang aku tunggu time ni masa depa tuai gandum sebab jerami tu depa buat gelung banyak-banyak peh tu bior kat araih tanah. Cun gak tu. Satu lagi aku riki ladang buanga matahari, udah kembang ke belum. Tu pun cun gak. Ada la tadi yang tengok dah kembang, tapi tak banyak,seminggu dua ni masa la kot.

Hokeh, setting mcam bias akat bawah gambor.

Shutter speed, 1/4 saat, F14, ISO 100, 108 mm. Lens 70-200 mm


Shutter speed, 0.3 saat, F14, ISO 100 at 200mm. Lens, 70-200mm.

Lupa plak, kali ni aku tak pakai wide angle, sebabnya, nak tumpukan kat objek tu bagi nampak gelap, tapi nak kan background tu terang. Pakai wide angle, boleh jugak, tapi kaler dia tak timbul sangat dan pudar, banding dengan telephoto zoom. (Tips), Bergantung pada keadaan semasa dan composition dengan apa yang kita nak ambik, decide then pakai lens yang sesuai.


2 comments:

  1. Amazing view!! bdway, Mr.akula ada tips and opinion pasal editing and processing photo? Adakah editing itu compulsary atau mesti kena dapatkan result yang superb direct dari kamera? Tenkiu :)

    ReplyDelete
  2. Nina : Thanks. Hmmm, ediitng ni pun proses ambik gambor jugak, so yes, dua-dua penting. Kit ank end product kita tu in the best possible quality.

    Dulu masa zama pakai filem, pun sama gak, cuma depa proses and edit dalam dark room. Bezanya sekarang ni dalam Digital dark room.

    Kalau kita boleh minimisekan mistake masa ambik gambor then kita tak perlu spend banyak masa untuk proses depan pc, and sebaliknya.

    ReplyDelete