Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Friday, March 11, 2011

TIPS : LANDSCAPE

Seriously, aku prefer shooting landscape waktu sesudah subuh dari waktu senja. Sebabnya;

1. Air kolam, tasik lagi tenang waktu pagi. Boleh dapat reflection cahaya lampu yang jelas, tak goyang dari permukaan air. Kenapa air tenang lagi waktu pagi berbanding waktu senja. Yang aku tau subuh, angin kurang sikit, so tak banyak ombak. Kanapa angin kurang waktu subuh lak? Wei, manala aku tau. Just one of those things yang aku tak larat nak riki. Tau waktu pagi angin kurang jer dah.

2. Orang tak ramai yang dah bangun kecuali depa yang suka joging dengan eksais.So aku boleh concentrate kat apa yang aku nak buat.Tak de orang kacau.

3. Selamat sikit. Seriously rasa safe.Waktu senja ni kengkadang aku tak berapa sure safe tak safe keadaan sekeliling, yelah orang ramai, manalah tau ada orang dah usha hang bawak kamera dengan lens mahal. Kang tak pasal-pasal kena buat repot polis. Bukan aku tak pernah ambik masa senja, tapi mesti kena ada kawan 2-3 orang join. SAFETY FIRST!

4. Cuaca tak elok. Aku pernah ambik gambor bila hari tengah nak ujan. Awan bergumpal, gelap pekat, ni pun salah satu masa yang elok nak ambik gambor landscape, sebab dramatik. Tapi make sure protect kamera dengan lens mahal. Shower cap dalam bilik air atau beg plastik pun ok dah. Tak yah beli rain cover yang memahal.Buang duit. Make sure semua selamat, termasuk ler diri sendiri. Yang paling penting sekali keselamatan diri. Kalau kilat dah sabung menyabung, BLAH, jangan tunggu, nanti ada jadi arang hitam legam lak kang. Kalau dak pun maybe ini last time ler ambik gambor.

5. Waktu lepas hujan. Pun favorite aku, tambah kalau masa tu waktu senja atau sesudah subuh. Boleh dapat refelction dalam lopak air, jalan basah lagi, boleh dapat reflection lampu kereta atas jalan. etc. Batu, kayu, pokok semua tengah basah. So boleh dapat fresh and wet look.

6. Waktu subuh ni pun best untuk ambik gambor orang tengah nak start kerja. Banyak aktiviti  harian yang biasanya kita tak pernah teringat langsung nak explore sebab jarang bangun pagi. Hehehe

2 comments:

  1. bro..boleh review saya punya photoshot tak??feel free to komen

    http://fiqnography.blogspot.com/2011/03/fiqnography-bersama-mr-s.html

    ReplyDelete