Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, March 22, 2011

AKSESORI : BEG KAMERA

Aku rekomen beg ni, Click Elite Probody Sport  Memang pueh hati.Dah try bermacam-macam beg sebelum yang ni, berkenan dengan beg buatan Click Elite ni la jugak.


Ada cukup ruang nak muatkan 2 lens dan satu kamera + lens. Peh tu ada ruang lagi nak bubuh segala macam apa ke benda baju extra ke, apa-apa lah. tempat letak memori kad ada jugak. Peh tu boleh bubuh tripod kecik sekali. Comfortable, tak sakit bahu. Boleh letak tempat air 7 liter (Tapi aku tak pernah pakai pun).


Yang ni pulak jenis sling. Tak payah nak letak atas lantai, pusingkan jer ke depan badan, boleh akses kamera dengan mudahnya.  

Jenis sling bag ni aku pernah try Lowerpro punya Slingshot 100 AW. Tapi bila banding dengan Click Elite ni, lagi better Click Elite.


Aku sambag kat B n H. Tak sure kat Malaysia ada jual ke dak. Anyone?

Beli beg kamera ni pun kengkadang masalah, banyak sangat. Tapi tulah, riki dulu, beli yang betul-betul sesuai dengan kehendak kita dan keperluan diri. Aku suka jenih ni sebab jenuh dah try beg kamera, tak de yang betul-betul sesuai dengan citarasa aku, sampai la aku pakai brand ni. Peh tu lak, tengok aktiviti kita jugak. Sebab aku selalu travel, senang pakai backpack, tak yah nak risau  lupa letak kat mana sebab lekat kat badan Aku pun selalu buat aktiviti macam naik beskal dengan hiking, so sesuai ler. 

Apa pun jenih beg, make sure ada cukup padding untuk protect kamera dengan lens. Kalau ada sekali dengan raincover lagi baguih. Tak yah cilok beg plastik kedai.


No comments:

Post a Comment