Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, March 20, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : CARNAVAL VENITIEN D' ANNECY - 19 Mac 2011

Semalam, aku pergi ambik gambor orang pakai costume dengan topeng kat Annecy, France.


Tak ler jauh sangat dari tempat aku, lebih kurang 45 minit dah sampai. Tahun lepas aku miss sebab aku ada kat Malaysia masa tu.So tahun ni memang dah plan awal-awal nak pergi sana. Nama festibval ni Carnaval Venitien d' Annecy. Ni sebenornya cedok dari yang kat Venice punya. Sebab Venice tu jauh dari tempat aku, jadi ler tengok yang cedok punya pun. BELASAH!

Sampai pukul 9.00 pagi. Lepak punya lepak, patut start pukul 10.00 sampai pukul 11. lebih baru ler muncul. Sebab hujan lebat. Aku pun abih basah kuyup. Sejuk lak tu. Tak pe, nak ambik gambor punya pasal. 

TIPS: Jangan lupa cover kamera atau beg kamera masa hujan, Beg plastik ke, shower cap ke, belasah. Janji tak kena air.


Ni gambor-gambor semalam Aku pakai lens 70-200 mm. Aku pakai AV mode, giler tak dan pakai manual sebab nak kejor orang pakai costume ngan topeng tu.

Sebab aku tak berapa rajin a.k.a malas, setting tak taip untuk gambor-gambor ni.Tak de crop, tak de adjust. As shot.










 

Gambor bawah ni gambor favourite.


CAHAYA

Lupa pulak pasal cahaya. Sebab hari ambik gambor ni hujan, mendung. tak nampak matahari, so actually cahaya memang perfect untuk ambik gambor, tak de harsh sunlight.

Permukaan besar (awan)  = cahaya lembut (softlight). Awan dah diffused cahaya matahari.
Permukaan kecik (matahari) = harsh light (matahari tak dilindung awan)


LENS

Aku pakai 70-200 F4 lens, sebab nak ambik gambor close up. Depth of field okey la (bagi blur background), sebab lens ni bila wide open (aperture paling besor) F4 so memang ler tak boleh celen dengan lens yang bila wide open F2.8 (lagi besor aperture maksimum).

SHOOTING MODE DAN SETTING

Terlampau banyak aktiviti, bersaing dengan orang-orang lain yang jugak berebut nak ambik gambor ni. Memang tak dan pakai manual, jenuh, tambah kalau yang tak pro macam kita ni. So nak beat depa ni senang jer. Switch ke AV mode, set aperture, peh tu BELASAH! Cuma perlu ubah setting aperture jer. ISO aku maintain 100 untuk make sure gambor sharp, tak de noise.

Jangan tak caya, pro pun ambik advantage shooting dengan Mode aperture priority (AV) ni.

TRIPOD

Mana nak pakai, kena berlari sana-sini kejor orang bertopeng ni. Takde nya sempat nak pikir pakai setting apa yang sesuai. Hand held.

Tips Encik Pro Ajor Aku : Nak reduce camera shake, ambik napeh, tahan, tekan butang. And lengan cuba bagi rapat ke badan.atau dada. Kepit ler sikit untuk stabilkan tangan (tak de mengapanya kepit!).

No comments:

Post a Comment