Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, March 8, 2011

AKSESORI : JENIS FILTER

Selalunya ada 2.

1. Screw in

Jenih yang ni, beli saiz yang matching dengan lens, kalau 77 mm, beli filter saiz 77 mm, kalau 67 mm beli yang sama 67 mm gak. Senang.

Masalahnya, katalah ada 3-4 lens yang saiz dia bebagai, 67 mm, 77 mm, 58 mm. So kalau nak pakaikan semua lens ni dengan filter, kena la beli satu filter untuk satu saiz. Buang duit. Filter ni pun (kecuali UV Filter)  especially kalau ND or polarizer bukannya murah.

2. Square Filter System

Jenih yang ni pulak boleh pakai kat semua lens. Tapi kena beli :-



i. Rumah dia dulu (Filter Holder)
ii. Adapter Ring (ni untuk adaptkan filter holder kat lens tu) Adapter ring ni murah, so boleh la beli satu adapter ring untuk satu lensa kalau lens tak sama saiz.

Filter tu slide kan masuk kat tempat dia, depan Filter Holder ni.

3. Brand

i. Cokin P System - Rega ok ler, tak la mahal sangat. Ada A (lebar 67mm, P lebar 84 mm, Z 100 mm). Orang selalunya go for P system.
ii. Lee Filter System - Mahal sikit, tapi kualiti giler dasat. Gambar kat atas tu, Foundation Kit, ada 0.6 ND Hard Graduated Filter, Pro Glass ND Filter, dengan cleaning cloth, bekas isi. Adapter Ring kena beli asing.

Mana satu nak pilih?

Tepuk dada, tanya selera Yop oi. Kalau tanya mamat Karl Taylor tu, dia pakai Lee Filter System.

4 comments:

  1. ok tanya pendapat..saya ada 10-22mm..baru je beli..tapi tak tau nak pakai filter ape..any suggestion??

    ReplyDelete
  2. Shafiq: super duper wide angle lens ni mostly untuk landscpae dengan tight spaces.

    Kalau untuk landscape, aku akan sambag 1 polarizer, satu ND Grad dengan satu ND filter.

    Aku akan go for square filter system either Cokin atau Lee, sebab ambik kira future lenses yang kita nak beli.

    Unfortunately, UV filter (screw in) kena ada gak untuk protect lens.

    Aku sendiri pakai Lee.

    ReplyDelete
  3. tapi polarizer akan buat kaler gambar macam menipu sikit..tu yg tak berani nak sapu..

    macam nak amik cokin tapi tu la..takde yang nak protect lens

    ReplyDelete
  4. Shafiq: Hahah, aku rasa ramai pro yang tak setuju dgn pendapat hang. Actually, post production dengan pakai software pun sama gak fungsi dia, sekarang ni dah dikira sebagai satu extension of proses ambik gambar especially dalam gambar dalam RAW format. Pakai polarizer or lain-lain filter jimat masa, tak payah spend time banyak sangat untuk repair gambor masa post production.

    Memang quite impossible nak protect lens sepanjang masa kalau pakai lain-lain jenis filter. Pro pun macam tu gak, lagi ler pulak depa punya lens mahai giler. Thats one of the tradeoff. Apa yang kita boleh buat is to minimize the risk.

    ReplyDelete