Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, March 21, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE AND LOW LIGHT - 20 MARCH 2011

Pagi Ahad, macam biasala aku pergi buat Latihan Amali.
 .
Pukul 5.30 pagi dah keluor, and sebab aku ingat winter dah abis, aku tak bawak sarung tangan, pakai jaket ala kadar jer, and tak bawak beanie (yang tutup kepala tu dengan telinga tu). Jangkaan aku tentang suhu meleset sama sekali. Masa bawak keter, berenti kat satu traffic light, aku perasan pokok bergoyang ditiup angin kencang. ADOI! And sebab aku jenis tak suka patah balik, lagi la pulak nak kejor masa sunrise, aku pun teruskan jugak ler drive pergi tempat ni. Dalam hati dah pikir, ni sure sejuk giler ni.

Tempat ni kat tengah Tasik Geneva, ada jeti dengan jalan batu pegi rumah api tu. Lagi ler sejuk sebab kat tengah tasik. Dah ler suhu dalam single digit, siap angin kencang lagi, tambahkan wind chill factor jadi lagi sejuk ler. Dan pakaian aku setakat ala kadar jer.

So dekat sejam lebih ler tahan sejuk, sampai menggigil, ketar abis semua, kebas tangan, muka, mulut, mata berair. Jari-jari sejuk, tukar kaler merah, sakit macam tajam..

Dekat nak abis ambik gambor tu ada ler pulak mamat ni datang nak sembang. tengok dia pakai  semua complete, aku pulak dah menggigil-gigil. Cakap kat dia sorry, aku nak balik dah sebab sejuk giler!

Pack, teruih balik rumah, rendam kaki dengan air panas.

Bila upload gambor-gambor yang aku ambik pagi tu, ni ler hasil dia. 

Aku rasa berbaloi menggigil sejuk pun. Cuma next time, kena ingat untuk berpakaian tebal, dan ingat abih winter tu bukannya makna tak sejuk dah!

Tips: Make sure pakaian kita comfortable, tak kira la kat mana pun. Masa kat Malaysia kalau masuk hutan, ke kat beach ke, aku pakai hiking boot, banyak serangga berbisa dengan ular. Bawak air minum. Peh tu aku bawak plastik untuk cover beg kamera in case hari hujan.

CAHAYA

Waktu subuh biasala.Tapi awan banyak betoi, tutup abih langit. Ada le setempat dua yang nipis, nampak ler gak cahaya matahari. Peh tu ada merah-merah sikit kat kaki langit. Macam dah sembang elok benor untuk gambor landscape waktu macam ni.

MODE DAN SETTING

Manual sepenuhnya. Main compensate antara shutter speed, aperture dan ISO untuk dapatkan correct exposure. Selalunya dalam keadaan gelap macam ni, aku pakai setting aperture F8, shutter speed tengokler, kengkadang 10 saat, 15 saat. ISO try bagi 100. Tengok meter dalam viewfinder sebagai panduan. Tak boleh dapat gak, naikkan ISO atau besorkan aperture.

Bila hari dah semakin cerah, lagi senang nak dapatkan correct exposure sebab tak yah set shutter speed lama sangat.

LENS

Guna 3 lens. Wide angle 17- 40 mm, 24-105mm ngan 70-200mm. Tukar-tukar ler, saja nak tengok apa boleh buat dengan macam mana hasil imej tu.

TRIPOD

Low light so memang kena pakai tripod. Tak de pilihan.

SHUTTER CABLE RELEASE

Guna shutter cable release untuk minimakan camera shake. Boleh pakai timer kamera gak set untuk 2 ke 5 saat. Tapi sebab aku nak ambik gambor ombak, kena perfect timing, mata tengok ombak nak hempas ke batu, tangan pegang shutter cable release. Senang sikit nak agak timing .

IMAGE FORMAT

Shot dalam RAW.








Ni gambor favourite.



Nota: Sorry yek, tak boleh klik tengok gambor besor. Klik kat Lathan Amali Fotografi ataih sebelah kanan nu. Aku upload kat situ. Saja la nak korang buat lawatan kat page tu, Banyak sikit hit. Kalau belum ada lagi tu, aku belum upload ler.

No comments:

Post a Comment