Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, March 15, 2011

SBDK: KURSUS FOTOGRAFI & PHOTOSHOP

Nak share satu website KELBY TRAINING.COM.

Kat sini dia ajar macam-macam, dari basic Fotografi, Photoshop, Web Design, Deamweaver ke memacam lagi lah.

Cara kursus ni, dengan video, melalui internet. Cikgu-cikgu dia semua pro yang dasat-dasat. Kalau korang selalu cari info kat Internet mengenai fotografi, familiar ler dengan nama-nama cikgu-cikgu ni.

Nak test kursus ni klik sini.

Kalau serius nak subscribe, price untuk bulanan US 24.00 @ RM 76.33. Tahunan USD 199.00 @ RM 608.92.

Bulanan ke Tahunan ke boleh akses semua training course dia, termasuklah kursus-kursus baru.

Abih belajor kita boleh letak dengan izin, KELBYTRAINING.COM kat credential sendiri, tanda belajor kat situ.

PENDAPAT AKU ?

Kursus kat Malaysia basic jer dah RM 800.00. Tak temasuk benda-benda lain macam transport, makan, tempat duduk, memacam lagi lah. Dan itu cuma untuk belajar tentang DSLR dengan teknik ambik gambor jer. Banding sendiri ler.

For sure aku tak akan pilih untuk ambik kursus macam tu. Sebabnya, seriously, TAK SUSAH belajor ambik gambor ni. Aku belajor sendiri jer pun. 

Tak payah buang duit. Elok gunakan duit tu untuk invest beli lens dengan aksesori lain.

Kelbytraining.com ni pulak bukan setakat ajor Fotografi jer, tapi termasuk dengan post processing work dengan rega RM 608.90 setahun (tertakluk pada exchange rate semasa dengan pemberontakan kat negara-negara Timur Tengah sebab rega petrol naik).

Cikgu-cikgu dia pulak semua dasat-dasat, ada yang dah published buku sendiri pun yang laku kat amazon.com.

Masa untuk belajor pulak, masa kita sendiri, bila terluang, tak payah nak mintak cuti kat bos sebab nak pergi kursus fotografi, boleh duduk tak pakai baju, makan kekudap depan PC.

Dah, aku dah masuk pun. Memang Berbaloi.

Pendapat aku je la.

No comments:

Post a Comment