Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, March 9, 2011

TIPS : LANDSCAPE

RULE NUMERO UNO

1. AMBIK GAMBOR MASA MATAHARI NAIK DENGAN MATAHARI TERBENAM SAHAJA

Kenapa? Lebih kurang 15 minit sebelum matahari terbenam atau matahari timbul dan 30 minit, selepas dia naik, selepas dia terbenam, sebabnya masa ni cahaya matahari tak harsh dah. Tak terang, tak bersilau. Langit nampak cun melecun, kalau ada awan, lagi best sebab awan selerakkan cahaya matahari, so dapat kaler memacam, pagi, selalunya kaler pink dengan merah, senja oren kuning. Rule ni bukan aku yang cakap ya. Semua pro cakap macam tu.

Abih tu, tak boleh ler ambik gambor landscape selain dari masa tu? Tak ler jugak, tapinya kalau ler kita ada gambor landscape giler gojes yang kita ambik masa tengahari le katakan, cuba pikir, kalau ler masa ambik gambor ni masa sunset, sunrise, mesti lagi cun giler, dengan awan berkaler-kalernya, dengan nampak cahaya lampu rumah bangunan nun sayup-sayup.Perhhh! Kenapa la tak ambik gambor masa senja atau masa subuh? Nak kena repeat lain lak. 

Anyway aku ada baca kat dalam buku Scott Kelby, dia kata editor magazine yang dasat,-dasat cuma consider gambar landscape yang diambik masa senja dengan sesudah subuh jer. Depa tak mo tengok langsung gambar yang ditangkap masa lain. Moralnya, kalau depa sendiri tak mo tengok, pandang pun idak, mestiler penting giler ambik gambor masa sunrise dengan sunset tu.

Aku memang jarang giler ambik gambor landscape selain dari dua masa tadi tu.

LAIN-LAIN

2. SILA KAWIN DENGAN TRIPOD

Tak melawak aih. Serius! 

Sebab masa senja dengan masa sesudah subuh ni, keadaan cahaya lowlight. Kena pakai slow shutter speed unutk bagi cahaya masuk banyak. Kalau pegang dengan tangan, gambor tak sharp. Tapi jangan percaya cakap aku, pegi le try. Kalau nak bagi naik ISO pun no point sebab imej banyak noise.

3. PAKAI TIMER (TIME DELAY) ATAU CABLE REMOTE ATAU WIRELESS REMOTE

Ni nak elak kamera shake. Camna lembut pun kita tekan buatng kamera tu, tetap akan goyang. The best thing jangan sentuh kamera langsung untuk ambik gambar landscape. Tu sebab pakai cable remote. Kalau pakai Timer lak, set 2 saat dah cukup, kalau set lama sangat, suasana cahaya yang kita nak ambik tu dah berubah. Ha ah, 10 saat jer boleh berubah, tak tipu.Miss peluang nanti tepuk dahi.

4. GUNA APERTURE YANG KECIK SEKALI (F STOP PALING BESOR - F22, F32)

Sebabnya nak kan semua bahagian imej dalam gambor tu sharp dan in focus. Tak ler kata tak boleh pakai shallow depth of field lak. Buleh, ikut daya kreatif kita la.


5. KENA ADA FOREGROUND, MIDDLE GROUND, BACK GROUND

Dulu, banyak gambor landscape aku ambik, tapi macam ada yang tak kena. Study punya study, check dengan member pro, rupanya gambor aku tu ada middle ground dengan backgrond jer. Foreground tak dak. So, masukkkan unsur foregorund untk landscape shot. Kataler nak ambik gambor matahari terbenam, jangan ambik gambor laut dengan matahari tu jer. Masukkan sekali pantai untuk foreground. Imej kat gambar dah sedia 2 dimensi, sebab tu kena bagi nampak macam 3 dimensi.

6. CARI SABJEK

Kalau ada benda macam batu besor ker, kayu hanyut ke, lumut hijau ke, masukkan sekali dalam karangan gambor. Jangan fokus sangat kat dia udah, bior jadi sebahagian imej, bukan semata benda tu jer.

7. LANGIT DENGAN BUMI

Tengok mana bahagian yang lagi menarik, kalau langit tu dull jer, tak de awan, permukaan bumi lagi menarik, sikitkan gambor langit untuk 1/3 gambar, kalau extreme lagi 1/8 gambor pun tak pe, sebab kita nak concentrate kat bahagian yang menarik. Seballiknya macam tu ler jugak. Cuba elakkan ambik gambor tu horizon bahagi setengah-setengah.

8. MOVEMENT

BEST! katala ada ombak, dengan slow shutter sped tu boleh tangkap gambar macam asap/ kabus sebab ombak ni bergerak, yang lain duduk diam-diam.

Tu je la dulu yang ingat, ada jumpa tips lain nanti, lepaih test sembang lagi..

2 comments: