Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, March 6, 2011

AKSESORI : CIRCULAR POLARIZING FILTER

Filter ni pro kata, satu aksesori penting,Tambah kalau tukang ambik gambor tu Landscape Photographer.


Ada beberapa sebab pakai polarizing filter:-

1. Bagi langit nampak fresh, biru (darken), tak washout, tak pudar, tak bright sangat. Awan pulak nampak detail dia.
2. Ini ler sesatu effect yang tak boleh ditiru/ ciplak oleh software, termasuk ler Photoshop.
3. Imej more saturated, kaler nampak terang. Waktu siang dalam keadaan matahari terang benderang, kaler imej selalunya jadi pudar. Rumput lebih hijau, contohnya.
4. Elakkan relection dari permukaan air, atau benda berkilat macam kaler keter hitam metallic.
5. Dramatik contrast kat imej gambor.


Mahal dak benda ni? Mahal ler jugak. Tapi kalau ada duit lebih lebih tolak perbelanjaan dapor, sekolah anak-anak, invest ler satu beli benda ni. Baguih.

Gambor ataih tu aku ambik pakai polarizing filter waktu tengahari rembang. Cuba tengok kaler dia.

CARA PAKAI

Filter ni boleh pusing, so, pusingkan sikit-sikit, sampai pueh hati nampak efek dia. Kena positionkan kamera 90 darjah dari kedudukan matahari lebih kurang.


Gambor ni aku cilok ler sebab tak de contoh elok dalam koleksi gambor-gambor aku. Sebelah kiri takde polarizer, sebelah kanan pakai polarizer.

Cuba bayangkan macam ni. Kita kan ke selalu pakai rayban (rayban tu brand sunglass, tapi entah camna dah evolve jadi perkataan yang refer kat sunglasses, sebut rayban tau ler kita maksudkan sunglass. Kelakor!) atau sunglasses masa terang benderang sebab nak elak silau matahari. So sama la jugak sebab pakai circular polarizer filter ni in a way. Tapi itu selalunya comparable for Neutral Density Filter (ND).

7 comments:

  1. yeahh..akhirnya ada posting yg ditunggu2...nice one bro..keep it up!!!

    ReplyDelete
  2. apa beza dengan diffuzer filter??

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Shafig : Diffuzer selalunya pakai untuk potraiture. Bagi lembut, kabur sikit-sikit. Totally different ball game. Aku tak pernah pakai.

    ReplyDelete
  5. tapikan..circular filter sesuai x utk indoor..tak nak la tukar2 filter slalu..risiko tinggi

    ReplyDelete
  6. Shafiq: Memang tak sesuai of course.

    ReplyDelete