Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, March 16, 2011

SBDK : BERAPA BANYAK NAK AMBIK GAMBOR?

Hmmm.............

Seriously dalam satu sesi Latihan Amali, aku snap dalam 30-40 keping. Untuk satu lokasi. Selalunya aku lepak 2-3 lokasi jer

Banyak ke? Ni tak banyak, ada member pro aku ambik lagi banyak, main tahap ratusan. Sebabnya, satu aku test semua kombinasi exposure untuk dapatkan imej yang betul-betul correct exposurenya. Bagi shutter speed laju, slow, besor, kecikkan aperture, turun naik ISO, letak filter, bukak, tukar lens, memacamla. Keduanya, macam aku selalu ambik gambor landscape, pepagi, tempoh untuk cahaya tu berubah dari gelap ke cerah sampai matahri naik, kejap jer, so aku try capture imej tu dalam keadaan cahaya yang berubah. memang seronok tengok hasil dia, katalah pukul 6 pagi, background gelap, masuk 6.30 pagi tukar kaler purple, biru, peh tu tukar lak kaler biru lembut. Bila matahari naik pulak, tukar kale oren, kuning.

SEMUA GAMBOR BEBANYAK TU BOLEH PAKAI KE?

Cakap terus terang, dalam berbanyak gambor tu, katalah dalam 50 imej, yang betul-betul boleh pakai, dalam 5-6 keping jer. Kengkadang satu jer yang elok. Kengkadang langsung tak de yang boleh pakai.

KENAPA JADI MACAM TU

Cam ni ler. Apa yang kita tengok cantik tu sebenornya, cantik pada mata kita jer. Perfect pada pandangan kita. Pandangan orang mungkin lain pulak.

Cuba bandingkan gambor yang kita ambik tu side by side dengan gambor yang pro ambik. Mesti gambor kita tu setakat tahap average jer banding dengan gambor pro ambik. Memangler sebab dia pro, tapi pro pun ambik gambor banyak giler dan dia pilih satu jer dari ratusan gambor tu untuk pakai/jual/ pamir. Kalau pro pun macam tu, ni ler pulak kita. 

Elok kalau praktis kritik dengan brutalnya hasil kerja kita. Jangan cepat pueh hati. Tapi jangan ler cepat frust pulak nak merampoih. Teliti balik gambor tu, tengok mana apa yang tak kena. Kalau dah rasa imej tu perfect, cuba pikir tang mana pulak kita boleh improvekan imej tu.

ABIH TU, PENAT LER AMBIK BERBANYAK

Memang ler penat wei. Sapa kata tak penat. Tapi semua tu hilang kalau dapat gambor yang betul perfect. Masa winter baru lepaih ni, aku selalu keluor subuh-subuh ambik gambor, suhu -12 Celcius, dengan snow lebatnya, bawak keter atas ais, pergi tepi tasik, angin kencang, menggigil, badan ketor satu macam, telinga, muka abis kebas, mata dengan hidung berayor, tangan sejuk sampai rasa sakit tajam.

Shutter Speed : 1/2 saat
Aperture : F4
ISO : 100

Kenapa sanggup harung benda semua benda tu, tidor kat rumah, selimut tebal-tebal kan ke baguih, comfortable?

Sebab, bila aku balik rumah, upload gambor ke PC, tengok gambor yang aku ambik tu, dari berpuluh-puluh keping, walau satu jer yang perfect, semua siksa sejuk tu hilang. Rasa berbaloi.

Esoknya, aku redah siksa sejuk tu lagi.

:)

4 comments:

  1. saya kalau shoot mmg banyak2... ratus2.. bukan apa takut ambik sikit, 2/3 keping je yg jadi...kalau ratus2... dpt puluh2 yg kira OK pun dh puas hati.. sbb selalunya nk repeat kt tmpt sama tu malas dh...

    ReplyDelete
  2. Hang cakap betul agip.Elok macam tu, sebab entah bila pulak nak repeat tempat sama tu.

    ReplyDelete