Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, March 15, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MACRO SHOTS

Selain Landscape, aku suka ambik gambor Macro.

Rasa aku, ni macam dunia lain, yang jarang kita tengok dengan mata kasar. Kengkadang tak perasan pun segala detail yang ada kat benda-benda biasa kita pakai, tengok tiap-tiap hari sampaila kita ambik benda tu dalam macro.

Aku bukak page baru untuk gambor macro kat sini.

Banyak tips ambik gambor macro ni.

Pendapat aku ler, beli dedicated macro lens, kalau betul-betul serious nak ambik macro SAHAJA. Tak yah buang duit sebab bukan murah. Lagi pun ada cara lain ambik gambor macro tanpa dedicated macro lens. Yang paling popular sekali, pakai Extension Tube.

Benda ni boleh pakai dengan prime lens (lens yang ada single focal length, macam prime lens 50mm). Kalau zoom lens yang ada berbagai focal length, pun boleh pakai gak..
Ni salah satu cara ambik gambar macro tanpa lens macro spesifik. Ada lagi yang lain, macam guna reversing ring, pakai diopters (close-up filters) yang attached screw in macam kanta pembesar kat depan lens., tapi aku tak pandai sangat sebab tak pernah guna.

Sekarang ni, ada lens manufacturer yang print perkataan MACRO kat lens dia, macam Tamron SP AF 70-200mm F2.8 Di LD (IF) MACRO.

Seriously, lens macam ni BUKAN TRUE MACRO LENS. Tak melawak. Lens-lens macam ni boleh ambik setakat close up jer. Kenapa diorang buat macam? Saja nak bagi pelanggan pikir yang keupayaan lens ni termasuk la jugak ambik gambor macro, yang actuallynya TAK TEPAT DAN TAK BETUL SAMA SEKALI. Sebab aku nyaris terjebak gak. Nasib baik aku buat research giler-giler and tanya kengkawan pro (beli lens bukan macam beli maggie mee, and seriously kita tak mo buang duit beli benda yang salah, Lens bukan murah wei!). Tak ler kata lens ni tak baguih, cumanya ni bukan lens macro.Jangan beli nanti, peh tu pikir, pehal lak lens ni punya gambor macro tak macam gambor macro lain yang dalam internet tu.

Tips ambik gambor macro ni sembang dalam post lain ler.

4 comments:

  1. ingin tumpang bertanya pasal macro lens..tgh dalam survey canon macro lens..either 100mm f2.8(discontinued model) or 100mm f2.8 usm..agak2 penting tak usm dalam macro??yang usm tu 2 kali ganda mahal..tu yang kena pikir 2 kali nak beli ke tak

    ReplyDelete
  2. Shafiq> Not worth the extra cash untuk lens yang ada USM. Cumanya yang ada USM, focussing is superfast and silent. Itu jer beza dia yang aku tau. Kalau ada duit nak tabur boleh la beli USM lens.

    USM ada pun tak pe, tak de pun tak pe. Sebab kalau shoot macro, nanti ada ketika nya kena disengage autofocus and pakai manual focus sebab kamera tak leh detect sabjek and will be in hunting mode. So kalau guna manual focus, no point guna lens yang ada USM.

    Hope this helps.

    Hope this helps.

    ReplyDelete
  3. owh yeah thats really help..

    tapi kan how about using extension tube or close-up filter? kualiti semantap pure macro lens ke?

    ReplyDelete
  4. extension tube. ok ler, tapi of course tak semantap macro lens. But okay.

    ReplyDelete