Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Saturday, January 21, 2012

MICROSTOCK AGENCY - BERBALOI KE DAK?

Camni ler, ada kutu tanya soalan cepumas macam kat tajuk.

Actually aku tak de jawapan tepat nak kata berbaloi ke dak. 

Moh kita kupeh sesama isu berbaloi ke dak ni dan keep in mind, aku bukan PRO. Setakat buat PROjek ambik gambor tetiap minggu jer la.

Hokeh.

1. Banyak dapat untung?

Tak ler banyak sekali jual, ada USD 18 sen, ada USD 1.50 ada USD 250.00. Yang paling mahal gambor aku orang beli USD 28.00. Cerita betoi tak tipu. Ikut setiap site punya commission rates, saiz gambor, beli lesen guna untuk apa, rega berubah ikut bilangan jualan setiap gambor, ish, memacam faktor, tak ingat kalau nak taip sumer kat sini,

Jawapan pendeknya dari segi pendapatan, tak banyak la kot untung kalau jual sekali jer sebab dia ikut volume terjual pun ye.

2. So, kalau tak banyak untung kenapa gatal gak nak join?

Sebab kalau gambor dok dalam hard disk komputer, tak beranak keluor duit pun. Lagi pun sebab aku bukannya PRO (cita-cita nak jadi PRO ler). Dari bior gambor-gambor aku lepak dalam hard disk, baik la submit kat agensi microstock ni, ada gak hasil.

3.  Kenapa tak jual macam kat pameran ker, masuk majalah ker, depa bayor lagi banyak.

Sebab bukan aku sorang yang ambik gambor jual, berjuta lemon orang lagi kerja jual gambor kat media ngan buat pameran, dan depa tu PRO. Bukan senang nak pecah dominasi, kalau senang lama dah buat macam tu, 

Tapi tak pe, buat pelan-pelan. 

4. Abih tak buang masa ke, tiap-tiap minggu ambik gambor, edit, lagi, upload lagi, hasil tak seberapa, ciput jer?

Kalau buang masa tak buat dah ler. 

Nak jadi terer kena la praktis tetiap minggu, bila upload kat Microstock Agensi pulak, bukan semua depa terima, ada proses review, ada orang cek gambor elok ke dak, sesuai ke dak. Ada satu set gambor sekali tu sebanyak 35 upload, semua kena reject. Tak pe la, sebab nak belajor. Bila depa reject depa cakap ler apa yang tak betoi dengan gambor tu, so boleh improve kan teknik ambik gambor lain kali.

Hasil memang tak seberapa, tapi kalu takat simpan dalam hard disk takat pueh hati sendiri jer, langsung la tak improve. Baik bagi orang kritik. Selain dari dapat belajor, boleh gak tau keupayaan, teknik, level tang mana. 

5. So, BERBALOI KE IDAK?

(Orang yang aku tak kenal, bukan kengkawan, sedara mara beli gambor aku, gambor kamu ada orang beli? Ada?) Heheheh

Berbaloi ler sebab boleh improve skill dengan teknik ambik gambor, boleh dapat duit.

4 comments:

  1. sorang kawan aku( kawan fb ler), 10k tahun ni jual gambar...memang berbaloi.. habis tu kenapa kamu tak buat... belum cukup bercita2 jadi pro lagi...wahaha...sabaq sat nooo

    ReplyDelete
  2. blogtilldrop: Haa kenapa kamu tak buat bro? Kekekekeke

    ReplyDelete