Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, January 25, 2012

CERITA AMBIK GAMBOR : 34th INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL, CHATEAU D'OEX, SWITZERLAND

Nama tempat ni Chateau d'Oex. Jauhnya 2 jam naik keter dari tempat aku di Geneva. Ataih gunung.

Dan aku kena pergi tempat ni nak ambik gambor 2 kali. Aku ulang 2 kali.

Sebab musababnya, hari first pergi tu belon-belon tak dibenarkan naik terbang sama sekali. Langsung tak boleh sebab cuaca ujan, kabus, angin kencang. Dok tunggu dekat 4 jam dengan bebudak ngan Cinta Kasih aku tu, melongong lepak harap cuaca reda skit. Haram tak pun. Last-last tanya kat awek urusetia sorang ni (Cinta Kasih aku jeling sikit jer, hehe), dia kata, "No monsieur, belon cannot fly, weather bad today, tomorrow maybe. You, come tomorrow, Okay? Take picture tomorrow,yes?" (Depa Swiss french, mana reti cakap omputih, aku lagi terer, Kekekekke)

So, aku ngan famili pun balik ler hari tu. Tapi sebelum balik aku belasah gak gambor landscape kat kampung Chateau d Oex ni. Link Album FB kat sini.

Itu citer hari Ahad, 22 Januari 2012.

Esoknya, Senayan, sebab Cuti hari raya ciner Isnin 23 Januari kat sini, aku call member aku ajak pegi. "Woih, hang drive, aku malaih dah". Dia sumpah sikit, "CILAKAK!", tapi sebab dia tak de geng lain, on jer jugak akhirnya, walau terpaksa drive pun.

Sampai jer kat kampung Chateau dOex ni, aku happy giler, sebab, cuaca elok ya amat, belon boleh terbang!

Lepak minum kopi jap, peh tu, bungkus kepala, badan, pakai sarung tangan. Sejuk -2 Celcius, berasap mulut, asyik nak buang ayor kecik jer, aku ngan member aku start ler shooting sampai kebaih tangan, mulut muka telinga sakit bagai. Lari masuk dalam dewan, kena kopi lagi, bagi panaih badan sikit. 

Agak-agak dah panaih skit, keluor balik ambik gambor lagi. (teman orang Mesia, yeop oi, mana nak tahan sejuk lelama!)





Anyway, ataih tu gambor-gambor hasil tangkapan hari tu. Album FB kat sini.

Semua gambor ni aku submit kat Dreamstime sebagai gambor ekslusif Editorial. Udah approved sedia untuk dijual. 

Untuk sesi ambik gambor ni aku guna setting AV (aperture value/ priority) sebab kamera aku Canon. kalau Nikon pakai mode A. ISO aku set AUTO. Tak pakai mode Manual.

Sebabnya, guna mode AV aku nak senang kontrol depth of field. Kenapa set ISO auto? Hari siang, tak takut sangat ada noise so aku bagi kamera decide apa ISO yang sesuai, ikut suka dia. Shutter speed? pun kamera decide bergantung pada berapa ISO yang dia (kamera) pakai bergantung kepada aperture yang aku set sendiri tu. 

Katalah aku pakai AV (Aperture priority) peh tu aku set ISO ke 100 (bukan auto), apa yang jadi nyer nanti, kalau katalah tershoot kat tempat teduh (low light), kamera kena compensate bagi shutter bukak lama sikit untuk bagi cahaya masuk lagi banyak, untuk dapatkan correct exposure (dia tak leh nak ubah ISO dah sebab set 100). Kalau shutter speed bawah 1/60 saat, susah nak dapat gambor sharp sebab tangan goyang (shutter bukak lama).


Contohnya gambor ataih ni, Mode AV - aku set aperture F5.6, kamera dah kira sendiri set shutter speed kat 1/200 dan ISO kat 640 (ISO AUTO). Sebab lowlight, kamera auto naikkan ISO sampai 640 untuk bolehkan aku ambik gambor pada 1/200 saat at aperture F5.6 untuk correct exposure. Noise tak dak.

So ituler sebabnya aku bubuh ISO auto, sebab kamera tak yah bukak shutter lama, sebaliknya akan compensate dengan tinggikan ISO untuk  bolehkan ambik gambor dalam keadaan cahaya kureng (low light) untuk exposure yang betoi.

Kalau tak paham, hentam jer lah. Hehehhe

2 comments: