Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, January 30, 2012

KU PETIK BINTANG-BINTANG - KENNY, REMY, MARTIN (MUAHAHAHHAH)

Dalam post lepaih aku ada kongsi camna nak bagi Star Effect kat gambor yang ada punca cahaya (pakai lubang paling kecik, nombor F stop paling besor). Klik kat link tu kalau nak baca balik entry tu.


Ni hasil gambor aku ambik pagi Ahad semalam kat tempat ni nama Annecy, France. Ni tempat pelancong datang ler ni.

Star effect ni ok la (pendapat aku, yek, pendapat orang lain tak tau, mungkin lain kot) bagi gambor macam kat ataih kot. Tapi kalau dah jadi macam gambor kat bawah ni, bintang sana, bintang sini, merata bintang, sampai bertindan-tindan aku rasa tak berapa menarik pulak sebab udah kaco compo gambor. Tenggelam details yang lain Penin nengok.

Kenny, Remy, Martin suka ler kot sebab banyak bintang, padan sangat dengan lagu poplar depa satu masa dulu.



Ni aku buat silap ler ni, over sangat masa shoot. Sepatutnya pakai ala kadar jer la. Sepatutnya aku turunkan besorkan sikit lupang aperture da pakai F8 minimum, F11 max. Tapi tu ler, tak pe silap. Lain kali buat yang lain pulak.

Tapinya juga, member aku yang pergi shoot ngan aku tu, suker pulak dia bintang-bintang banyak ni. Cun katanya. Macam aku sembang tadi, terpulang kat citarasa memasing.

Pengajaran citer dan untuk ingatkan diri sendiri jugak. JANGAN pakai satu setting jer masa satu sessi shooting. Nak kena pelbagaikan la jugak.

Adoi!

Saturday, January 28, 2012

PANORAMA


Isk rasanya dah citer dah camna nak ambik gambor panorama dalam post sebelum ni. Tak jumpa pulak dah!

Hokeh. cara mudah, kalau ada mode PANORAMA kat kamera, set jer lah kat mode tu peh to shoot. Heheh.

Cara tak mudah camni:-

1. Memula shoot sekeping.
2. Peh tu ubah kedudukan kamera (ke kanan) TAPI bior ler agak 30 persen masukkan dalam frame sebahagian dari gambor nombor 1 tadi untuk frame no 2.
3. Ulang step no 1 dengan nombor 2 sampai dapat cover apa yang nak diambik tu.
4. Stitched dalam Photoshop.

Udah siap, senang jer. Gambor ataih tu lepas stitched, aku import balik dalam Lightroom, peh tu aku HDR kan. Cara nak buat HDR kat sini.

Video lagi details tentang teknik nak buat panorama ni kat bawah.

Friday, January 27, 2012

AKULA MATIAU MICROSTOCK PHOTO PAGE

HAH!

Hasil dari mengusha kawan aku punya FB page, KEDAI ONLINE (dia jual beg tangan branded, original punya, straight dari Eropah), aku set up la satu FB page untuk promote gambor yang aku jual dalam Microstock Photo Agency.

Itu ler yang terpampang ataih tu. Like Box Page tu la.

Ni dah masuk tahap serius! Hehe. Tapi tula, kalau tak buat promosi sendiri, sapa lak nak buat? Aku bukannya loaded sangat nak upah PR Agency yang caj miliyon-miliyon nak hype self image. Pakai FB page pun jadiler.

Tak per la ye dak. 

Bagi aku pentingnya sekali usaha. Kecik daya camnapun, tak kisah ler, asalkan usaha. 

So ituler citer hangat pagi ni, ramai dah ler kengkawan yang like. Kalau komer suka ngan citer merapu pagi ni atau kot ke suka blog SBDK ni, komer klik le like tu. Ish, tak de la hadiah nak bagi, tolong-menolong jer yer.

Actually, promosi ni pun salah satu bidang terpenting dalam proses ambik gambor gak sebenornya. Ya ler, nama pun bisnes amabik gambor, kalau tak jual camna la pulak. 

Hokeh, roger!

IDAMAN HATI (KALAU AKU KAYA LA DAN SAMA SEKALI BUKAN DIANA DANIELLE) :)

Gear ambik gambor aku sekarang ni baguih, bukan tak baguih, malah aku pueh hati. 

Tapi besa la, nama pun manusia, nak berangan skit, walau pun tau susah nak dapat. Kompoi duit bertahun pun rasanya susah nak bagi cukup (kecuali ler ada kutu beli gambor aku, bayor juta ringgit). Hehe

Ok, kalau aku mampu, ni wish list dia:-















Tak masuk lagi la aksesori lain tripod etc. Tak yah Hasselblad pun tak per dah. Adala sebab aku nak tiap-tiap benda ni, macam no 5 ler katakan, senang nak bawak kalau naik beskal atau joging tanpa compromisekan kualiti gambor. Kalau no 2 tu, sebab dia prime lens, gambor tack sharp, laju, ultra wide angle.

Memangler semua orang ada wishlist sendiri, ada orang wishlist dia keter Lambor, ada pulak, yang mimpi kawen dengan Diana Danielle. 


Ada lagi yang wishlist nak cincin RM 20 juta lebih, beg tangan mahe-mahe. Sama jer lah tu, benda jer lain.

Ataih tu aku punya.

Pikior-pikior, rasanya no 3 dengan 5 boleh gagah,

Yang lain tu tunggu aku kayer yang entah bila la nak tau. Telan ayor liyor jerlah dulu.

Buat masa sekarang ni, tidor peh tu mimipi yang indah tentang wishlist ni (bukan mimpi Diana Danielle yek. Kekekek).

Wednesday, January 25, 2012

MICROSTOCKPHOTO AGENCY - JANGAN SUBMIT BANYAK SANGAT GAMBOR SEAKAN SAMA KE SATU AGENSI (DEPA MUNTAH HIJO NENGOK)

Hah!

Aku belajor satu lagi benda tentang Microstock Agency ni. Kat Dreamstime ler jadinya ni.

Gambor-gambor yang aku ambik kat 34th International Hot Air Balloon Festival tu aku submit semuanya 39 keping untuk Editorial (sebab ada lambang, tulisan, simbol terpampang kat belon-belon tu). Approved 21. Kena rejectnya 18. Ni alasannya;

"Too many photos/illustrations on the same subject or from the same series. Your submission should not duplicate content already in your portfolio or content which you plan to upload separately in the future (ie. collages based on your images). Please be more selective and choose only the best shots or illustrations. Avoid submitting simple variations on the same subject or duplicating content already in your portfolio (including from collages). You can create sets of similars (several shots included within the same image). That will help the file sell better and generate higher royalties via our level-based system."

Hehehe
Aku rasa sapa yang jadi reviewer udah nak termuntah hijo nengok gambor-gambor belon. Teruih reject gambor yang ke 22 dan seterusnya.

So nasihat dia buat satu set gambor yang seakan-akan sama, peh tu submit. Contohnya ada aku dah citer dalam post lepaih. Siap ada video lagi.

Satu lagi nasihat yang dia bagi, submit shot yang TERBESTEST (perkataan baru) jer dan elakkan dari hantor gambor yang ghoper lebih kurang sama.

Yelah, betoilah tu, kengkadangnyer terover gak ler sebab dok pikior gambor-gambor tu semuanya baguih. Rasa rugi ye dak, nak terai gak nasib, kot semua lepaih boleh jual.

Sebagai back up, memana gambor yang depa termuntah tengok sebanyak 18 keping tu aku submit ke 123RF sebagai Editorial.

Tak pe juger tak ndak, boleh letak tempat lain.

Tak gitu? ;)

CERITA AMBIK GAMBOR : 34th INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL, CHATEAU D'OEX, SWITZERLAND

Nama tempat ni Chateau d'Oex. Jauhnya 2 jam naik keter dari tempat aku di Geneva. Ataih gunung.

Dan aku kena pergi tempat ni nak ambik gambor 2 kali. Aku ulang 2 kali.

Sebab musababnya, hari first pergi tu belon-belon tak dibenarkan naik terbang sama sekali. Langsung tak boleh sebab cuaca ujan, kabus, angin kencang. Dok tunggu dekat 4 jam dengan bebudak ngan Cinta Kasih aku tu, melongong lepak harap cuaca reda skit. Haram tak pun. Last-last tanya kat awek urusetia sorang ni (Cinta Kasih aku jeling sikit jer, hehe), dia kata, "No monsieur, belon cannot fly, weather bad today, tomorrow maybe. You, come tomorrow, Okay? Take picture tomorrow,yes?" (Depa Swiss french, mana reti cakap omputih, aku lagi terer, Kekekekke)

So, aku ngan famili pun balik ler hari tu. Tapi sebelum balik aku belasah gak gambor landscape kat kampung Chateau d Oex ni. Link Album FB kat sini.

Itu citer hari Ahad, 22 Januari 2012.

Esoknya, Senayan, sebab Cuti hari raya ciner Isnin 23 Januari kat sini, aku call member aku ajak pegi. "Woih, hang drive, aku malaih dah". Dia sumpah sikit, "CILAKAK!", tapi sebab dia tak de geng lain, on jer jugak akhirnya, walau terpaksa drive pun.

Sampai jer kat kampung Chateau dOex ni, aku happy giler, sebab, cuaca elok ya amat, belon boleh terbang!

Lepak minum kopi jap, peh tu, bungkus kepala, badan, pakai sarung tangan. Sejuk -2 Celcius, berasap mulut, asyik nak buang ayor kecik jer, aku ngan member aku start ler shooting sampai kebaih tangan, mulut muka telinga sakit bagai. Lari masuk dalam dewan, kena kopi lagi, bagi panaih badan sikit. 

Agak-agak dah panaih skit, keluor balik ambik gambor lagi. (teman orang Mesia, yeop oi, mana nak tahan sejuk lelama!)





Anyway, ataih tu gambor-gambor hasil tangkapan hari tu. Album FB kat sini.

Semua gambor ni aku submit kat Dreamstime sebagai gambor ekslusif Editorial. Udah approved sedia untuk dijual. 

Untuk sesi ambik gambor ni aku guna setting AV (aperture value/ priority) sebab kamera aku Canon. kalau Nikon pakai mode A. ISO aku set AUTO. Tak pakai mode Manual.

Sebabnya, guna mode AV aku nak senang kontrol depth of field. Kenapa set ISO auto? Hari siang, tak takut sangat ada noise so aku bagi kamera decide apa ISO yang sesuai, ikut suka dia. Shutter speed? pun kamera decide bergantung pada berapa ISO yang dia (kamera) pakai bergantung kepada aperture yang aku set sendiri tu. 

Katalah aku pakai AV (Aperture priority) peh tu aku set ISO ke 100 (bukan auto), apa yang jadi nyer nanti, kalau katalah tershoot kat tempat teduh (low light), kamera kena compensate bagi shutter bukak lama sikit untuk bagi cahaya masuk lagi banyak, untuk dapatkan correct exposure (dia tak leh nak ubah ISO dah sebab set 100). Kalau shutter speed bawah 1/60 saat, susah nak dapat gambor sharp sebab tangan goyang (shutter bukak lama).


Contohnya gambor ataih ni, Mode AV - aku set aperture F5.6, kamera dah kira sendiri set shutter speed kat 1/200 dan ISO kat 640 (ISO AUTO). Sebab lowlight, kamera auto naikkan ISO sampai 640 untuk bolehkan aku ambik gambor pada 1/200 saat at aperture F5.6 untuk correct exposure. Noise tak dak.

So ituler sebabnya aku bubuh ISO auto, sebab kamera tak yah bukak shutter lama, sebaliknya akan compensate dengan tinggikan ISO untuk  bolehkan ambik gambor dalam keadaan cahaya kureng (low light) untuk exposure yang betoi.

Kalau tak paham, hentam jer lah. Hehehhe

Saturday, January 21, 2012

MICROSTOCK AGENCY - BERBALOI KE DAK?

Camni ler, ada kutu tanya soalan cepumas macam kat tajuk.

Actually aku tak de jawapan tepat nak kata berbaloi ke dak. 

Moh kita kupeh sesama isu berbaloi ke dak ni dan keep in mind, aku bukan PRO. Setakat buat PROjek ambik gambor tetiap minggu jer la.

Hokeh.

1. Banyak dapat untung?

Tak ler banyak sekali jual, ada USD 18 sen, ada USD 1.50 ada USD 250.00. Yang paling mahal gambor aku orang beli USD 28.00. Cerita betoi tak tipu. Ikut setiap site punya commission rates, saiz gambor, beli lesen guna untuk apa, rega berubah ikut bilangan jualan setiap gambor, ish, memacam faktor, tak ingat kalau nak taip sumer kat sini,

Jawapan pendeknya dari segi pendapatan, tak banyak la kot untung kalau jual sekali jer sebab dia ikut volume terjual pun ye.

2. So, kalau tak banyak untung kenapa gatal gak nak join?

Sebab kalau gambor dok dalam hard disk komputer, tak beranak keluor duit pun. Lagi pun sebab aku bukannya PRO (cita-cita nak jadi PRO ler). Dari bior gambor-gambor aku lepak dalam hard disk, baik la submit kat agensi microstock ni, ada gak hasil.

3.  Kenapa tak jual macam kat pameran ker, masuk majalah ker, depa bayor lagi banyak.

Sebab bukan aku sorang yang ambik gambor jual, berjuta lemon orang lagi kerja jual gambor kat media ngan buat pameran, dan depa tu PRO. Bukan senang nak pecah dominasi, kalau senang lama dah buat macam tu, 

Tapi tak pe, buat pelan-pelan. 

4. Abih tak buang masa ke, tiap-tiap minggu ambik gambor, edit, lagi, upload lagi, hasil tak seberapa, ciput jer?

Kalau buang masa tak buat dah ler. 

Nak jadi terer kena la praktis tetiap minggu, bila upload kat Microstock Agensi pulak, bukan semua depa terima, ada proses review, ada orang cek gambor elok ke dak, sesuai ke dak. Ada satu set gambor sekali tu sebanyak 35 upload, semua kena reject. Tak pe la, sebab nak belajor. Bila depa reject depa cakap ler apa yang tak betoi dengan gambor tu, so boleh improve kan teknik ambik gambor lain kali.

Hasil memang tak seberapa, tapi kalu takat simpan dalam hard disk takat pueh hati sendiri jer, langsung la tak improve. Baik bagi orang kritik. Selain dari dapat belajor, boleh gak tau keupayaan, teknik, level tang mana. 

5. So, BERBALOI KE IDAK?

(Orang yang aku tak kenal, bukan kengkawan, sedara mara beli gambor aku, gambor kamu ada orang beli? Ada?) Heheheh

Berbaloi ler sebab boleh improve skill dengan teknik ambik gambor, boleh dapat duit.

LINK KE ALBUM FB

Aku tak pernah try benda ni. Harap jadiler.

Hokay, nak share link ke album FB aku, sebab tak semua gambor aku ambik aku upload kat sini. Penat buat kerja 4-5 kali ni. Nak upload, FB, upload ke blog, upload ke Microstock Photo Agency, weh, banyak benor. 

Asyik ngaplod jer kerja, lelama nak pegi outing ambik gambor pun tak de masa.

Bawah ni link album gambor aku terbaru, pagi tadi aku ambik. Idak ler siap lagi, baru 50%. Kalau komer nak nengok klik jer la tang gambor teaser kat bawah ni.

Friday, January 20, 2012

LIGHTROOM BETA 4 FREE

Adobe nak keluorkan Lightroom 4. Sorry lambat nak post kat sini. Asyik lupa jer.
 

Udah try, suka bebenor dengan improvementnyer. Aku memang rekomen sangat la Lightroom ni.

Hokay, boleh download free kat link ni. Tak payah nak kena ada edisi Lightroom sebelum ni. Boleh pakai segala function sampai 31 Mac 2012.

Kalau nak tengok video tentang segala menda fungsi, apa benda baru dan improvement Lightroom 4 ni plak, link kat sini.

Lepaih tarikh ni nak pakai juger, kenala bayor.

OF EDITORIAL PICS IN MICROSTOCK PHOTO AGENCY

(Post bawah ni aku buat untuk Dreamstime, republished kat SBDK ni. Tips submit gambor kat Microstock Photo Agency)

Previously, I found it very hard to capture a decent pic specifically meant for RF sale. No logos, business signs, faces, etc. (well, you know the drill) and to obtain model/ property releases is totally out of question.

Geneva Dawn Cityscape
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Being an outdoor photographer, it was frustrating sometimes since these kind of pictures will never be approved for the RF section. 

Geneva Dawn Cityscape
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Case in point : Geneva, Switzerland cityscape. Since the majority of the buildings here have some brand name signs on its top, submitting general view of Geneva cityscape will end up with the pictures being refused. To edit and clean the pic in Photoshop is of course an alternative but in the end it does not depict the real facade of Geneva itself. These brand signs are an integral part of the city of Geneva and had been there for ages. 

ICC Building, Movenpick Casino and Hotel, Geneva
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

After doing some research on other Dreamstime's members Editorial photos, I decided to submit these kind of pictures as Editorial, and it was approved and some has been sold. 

So my point is, do not restrict ourselves shooting only for RF. When out there, try to keep in mind we can shoot for Editorial as well.

Thursday, January 19, 2012

MICROSTOCK PHOTO AGENCY - BIG STOCK PHOTO

Big Stock Photo ni salah satu agensi yang aku join sejak April tahun lepaih.

Banding dengan yang lain, satu hasil pun tak dak lagi sampai setakat ni. Langsung tak dak.



So aku malas nak layan dah dia ni.

Monday, January 16, 2012

LIGHT TRAIL

Camna nak buat light trails?


Tak de la susah sangat.

Yang pentingnya, pakai tripod, dan bukak aperture tu lama skit, 5 saat, 10 saat, 15 saat, etc. Sama macam nak buat air mengalir jadi silky smooth.


Cumanya berbeza skit (skit jer tak banyak) gambor ataih tu aku exposekan selama 30 saat. Sebabnya, senja dah nak bawak ke malam, very the lowlight situation so nak kan cahaya banyak masuk, bukak aperture lama skit. Aperture aku bubuh kat F11 sebab aku nak gambor bangunan tu dari depan ke belakang sharp. 

Memula aku set ISO 100. Masalahnya dengan setting cam ni aku tak boleh nak dapat correct exposure. So aku tambah bagi naik skit ISO ke 160, pun sama gak, still tak dapat correct exposure, tambah lagi ke 200, masih lagi belum set, last sekali kat ISO 250, baru dapat yang betoi (anak panah tu lepak kat tetengah EV metre- tengok dalam viewfinder). 

Actuallynyer kalau besorkan aperture pun boleh gak, makannya dari F11 tu besorkan lubang aperture t ke F10, F9, F8 (nombor makin kecik, aperture makin besor) seterusnya, tapi ini akan buatkan depth of field makin kurang, and objek hujung sinun jadi lagi blur, so aku maintain le pakai F11.

Tips: Untuk dapatkan light trails yang menarik, jumlah keter lalu lalang yang banyak sangat ler baguih.

FOLLOW ME : DADDYLICIOUS

Timakasih Daddylicious join SBDK dan letak link ke blog teman ni kat blog Kelly Love Trish.

Thursday, January 12, 2012

EDITING LIGHTROOM

Aku baru perasan kat sini jarang aku tunjuk file asal ori RAW gambor.

Hokeh, ni salah satu gambor aku ambik dalam RAW, fail ori. Gelap gelita sebab waktu subuh terang-terang tanah, ni terang-terang ayor. Heheh 

1.6 saat. F7.1 ISO 40, apa jadi dengan gambor? Underexposed.

Exposure tak lama pun, kalau ikut peraturannya, kena buat exposure lama skit untuk dapatkan correct exposure, tapi sebab aku tak mo ayor tasik tu smooth sangat, sebab nak capture texture ombak sesikit, bagi nampak macam busy benor ler kononnya, so exposure buat kejap jer la. Ni terpulang kat kreativiti memasing la. Memang ler patutnya kena expose lama skit, bagi cahaya boleh masuk banyak, tapi tu ler nanti ayor tu tak nampak ler ombak, jadi smooth la pulak, which aku tak nak untuk shot ni.

Aku boleh jugak pakai flash, untuk fill in shadow tempat golap kat boat depan tu, tapi pikior masa tu, nanti ada pulak balikan cahaya flash tu pulak atau pun mungkin jugak cahaya flash tu tak sampai or mungkin jugak tak power sangat nak mencahayakan semua tempat gelap tu. So buang idea tu, just shoot, pikir camna nak edit dgn Lightroom.



So bawah ni hasil dia lepaih edit. Aku cuma pakai Fill Light function dalam Lightroom, peh tu straight kan sikit horizon, dah. Tak usik benda lain pun sebab mata aku dah sedap tengok.  Ayor tak smooth, ada texture macam yang aku nak untuk shot ni.


Kesimpulan cerita ni, bergantung pada apa yang kita nak dalam gambor tu, kengkadang kena BREAK THE RULES.

 Tu jer.

Tuesday, January 3, 2012

SBDK : MARI BELAJOR HDR

Ok.

Aku dulu memang tak gemor langsung pakai HDR sebab nampak funky hapa ntah kebenda sangat. Kaler pening nengok. 

Tapi aku tengok heran giler kenapa gambor landscape member aku nampak hidup, tak flat giler macam gambor aku. Ye ler pun, ingat gambor kita udah dasat, alih-alih tadak hapa best pun. (Pengajaran kat diri sendiri).  So aku tanya dia pasal apa lens sama, kamera sama, camna gambor dia maha hebat dari aku punya. So dia pun citerlah, details dalam gambor dia pakai HDR. 

OOooooo, patutlah dasat, naik nampak menyerlah semua details. contohnya macam batu jalan, nampak semua abih tersingkap yang gelap bayang pun. Kalau cat dinding bangunan nampak abih semua yang udah lekang pun.

Serious, aku ingat HDR ni kaler ntah hapa-hapa (terlampau dinamik sampai hilang real life feel macam kat sini) sebab tak berkenan sangat, jadinya tak la pay attention kat HDR ni. Member aku kata, kalau aku tak suka kaler cam tu ok, tak yah lah edit macam tu, edit bagi correct exposure and correct color saturation udah ler, yang penting kita nak details untuk bagi gambor nampak hidup.

So aku terjun ler belajor HDR

Citer skit cara aku proses HDR.

Ambik beberapa keping gambor sama TETAPI different exposure.( Nak buat ni aku pakai tripod sebab kamera WAJIB tak bergerak, kalau kamera gerak sikit pun tak jadi). Maksud different exposure kat sini ada gambor yang underexpose, correct exposure dengan over expose.

Caranya, guna dial EV +/- tu la. Ubah kat situ jer. Contohnya, -2, snap, ubah -1 snap, 0 snap, +1 snap, +2 snap. Senang.

Peh tu (sebab aku guna Lightroom, tapi pakai Photoshop pun boleh). import semua (RAW file) tu masuk Lightroom. Sebab Lightroom tak convert ke HDR, aku guna HDR software Photomatix Pro. Rega US 99.00 boleh tahan gak ler mahalnyer. Tapi tak perlu pakai yang ni, boleh guna memana software HDR yang free. Sama jer function dia.

Dari Lightroom tu aku exportkan semua ke Photomatix convert ke TIFF file, peh duduk isap rokok. Photomatix buat semua segala sampaila dia siap. Dah tu, adjust sendiri la function yang ada. Peh tu import balik dalam Lightroom.

Kat Lightroom aku adjustkan sikit ikut suka hati aku sampailah pueh hati, tambah fill in light ke, kurangkan saturation kaler ke bagi nampak real life skit.

Siap, sedia untuk di jual.

Kalau cara malehnya pun boleh jugak, ambik satu jer gambor, peh tu dalam Lightroom create virtual copy ktalah 7 keping ke gambor yang sama, peh tu export kat Photomatix. Photomatix pulak tanya, ni gambor hang ni semua exposure sama, apa hal? Kita boleh set bagi lain-lain tahap exposure kat gambor berbanyak tu dengan Photomatix dan dia convert semua tu ke satu gambor HDR. Cara malehnya lah.

Siap, sedia untuk di jual.

Sebab aku shoot RAW, semua fail gambor aku dalam RAW lah, tapi dengan JPEG pun boleh gak buat cuma details gambor tu tak ler mengancam sangat banding dengan RAW.

So ringkasnya nak buat HDR ni kena ada gambor 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau 6 atau 7 keping sama tapi dengan EXPOSURE yang BERBEZA.

Remeh skit la, tapi hasil dia perh! DASAT.

Bawah ni contoh gambor HDR yang aku buat.