Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, May 22, 2011

SBDK: GAMBOR BULAN

Hari ni gambor aku laku lagi 2 keping. Cool.

Sale ada, tapi quite slow, so yang penting jangan give up, ambik gambor yang ada kualiti and submit kat stock agency. Ikut apa yang depa nak. Jangan rasa hampa dan keciwa, kalau gambor kena reject, kita belajor.

Pendapat aku, kalau Stock Agency approved gambor kita tu maknanya gambor kita tu baguih ler. Kalau idak tak de ler depa approved, idak gitu?

Boleh jual ke idak, itu terpulang kepada buyer yang nak beli, dah luar dari bidang kuasa kita. Apa yang kita boleh buat, try marketing giler-giler. Bukan susah pun, kalau ada twitter ngan FB, exploitkan function like, ngan follow tu, lelama kita ni VISIBLE la. Kat Flicker pun kita boleh buat benda yang sama.

Kalau maleh sangat, buat photoblog, tak yah tulih hapa pun, upload gambor jer. JANGAN LUPA WATERMARK. Peh tu masukkan kat list blog, site mana-mana yang buat list blog-blog semua ni, 

BELASAH! 

Jangan malu nak mintak tuanpunya blog-blog yang popular tukor link ngan blog/ site kita. Aku ada jugak email request kat 2-3 blog Malaysia yang popular giler untuk  tukor link, tapi jawab pun tak de. Tak pe tu, depa tak layan kot mungkin sebab kita orang baru, tak kenai, or mungkin depa ingat kita nak spam. Tu semua cabaran, pikir positif jer la sebab apa depa tak moh layan kita.. 

Aku tak de hal, sesapa nak tukor link ngan SBDK ni, kecik tapak tangan, ladang kelapa sawit aku tadah (tapi sebab arwah bapak aku bukan orang Felda, tak de la ladang kelapa sawit) :). Sound jer, aku bubuh kat sini. Bior kita sesama harok cita-cita jadi pro.

Gambor bawah ni aku tak de bubuh watermark sebab aku nak share. Kat FB aku ramai kengkawan suka gambor ni, ramai mintak nak download nak buat screensaver. Udah kawan, aku pun buang ler watermark untuk depa download. Mana tau sebab depa suka, depa doa untuk aku jadi berjaya, tup sangkut satu doa, Alhamdulillah.

Gambor ni kira ekslusif sebab aku tak jual kat mana-mana Stock Agency.

Kalau hangpa nak download, ambik ler. Cuma mintak tolong citer sikit kat mana dapat, kalau ada la orang tanya yek.Kira mintak tolong jugak la ni.

Wokeh, hari ni Birthday anak aku yang bongsu. Nak ambik gambor dia tiup lilin.7 tahun dah anak dara aku ni, kena spend masa sikit ngan family, anak-anak pun bukannya lama duduk dengan kita, lagi 10 tahun dah besor, dia tinggal la kita pergi kerja ker, sambung belajor ker. Masa ni la nak spend masa dengan depa.

Okeh, roger.


 400 mm, F14, ISO 100, 1/20 saat, tripod, cable release, Raw, process pakai Lightroom, Cropped from original RAW file.

Ni aku ambik pakai lens 70-200mm + 2 X Extender = so range dia tambah 140-400mm.

2 comments:

  1. wah!!!!!!!!!!!!!!tgh cari gak telephoto neh..dalam fikiran cuma 70-200mm f4L IS USM or sigma f2.8 APO OS HSM kot..kalau f2.8L super mahal..so any suggestion?

    ReplyDelete
  2. Bro, hmmm aku dah pakai Canon EF 70-200mm f/4.0 L USM Lens, tapi 3 bulan pakai, tolak balik, upgrade ke Canon EF 70-200mm f/2.8 L USM Lens.

    Kalau hang sambag 70-200mm f4L IS USM, aku rasa baik hang belasah EF 70-200mm f/2.8 L USM Lens sebab harga lebih kurang, tak jauh beza, tapi 2.8 lagi laju dari F4, walaupun F4 tu ada IS,its still slow compared to 2.8 yang tak de IS

    Image Stablization(IS) kalau ada okay, tapi tak de pun tak pe. Lagi pun aku jarang shot handheld dengan telephoto waktu lowlight, aku prefer pakai tripd, And kalau dah pakai tripod, tak perlu sangat IS sebab kamera dah stabil. What you need is a very good, stabil and heavy tripod kalau nak ambik gambar dalam lowlight.

    IS ni untuk stabilkan camera shake kalau handheld, itu main function dia.

    70-200 mm L series ada 5 model kalau tak silap aku

    Canon EF 70-200mm f/4.0 L USM Lens
    Canon EF 70-200mm f/4.0 L IS USM Lens
    Canon EF 70-200mm f/2.8 L USM Lens
    Canon EF 70-200mm f/2.8 L IS II USM Lens
    Canon EF 70-200mm f/2.8 L IS USM Lens

    L Lense or sigma/ tamron?

    Pendapat aku camnilah, Go for the best, lain kali tak yah nak upgrade.

    L series memang the best untuk canon, so kalau aku memang aku go for L lenses. Memang mahal, aku pun jenuh ikat perut nak beli satu L lense, tapi BERBALOI.

    That being said, sigma and tamron pun lens baguih, cumanya rugi rasanya keluarkan duit 2 kali, sebab bagus camnapun sigma/ tamron, nanti dah pakai sigma/ tamron kita mesti pikir nak upgrade ke L lense. So pada aku beli yang paling best, tak yah pikir nak upgrade.

    Pendapat aku semata yek.

    ReplyDelete