Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, May 17, 2011

SBDK: UPDATE

Okay, sorry berbanyak sebab lama dah tak update.

Aku tersikit obsessed dengan research cara-cara nak market gambor. Banyak ler aku belajor 2-3 minggu kebelakangan tu. Macam biasa, sebab aku ni orang baik hati dan mulia jiwa, aku share ler setakat yang aku tau info dengan hangpa semua kat sini.

1. STOCK PHOTO AGENCY

Bayaran based on commission, sebab dia jual gambor kat buyer murah, komisen kita pun murah ler sangat. Satu gambor jual ada la dalam 25- 50 sen USD jer. Maknanya kena buyer beli banyak giler baru ler boleh kaya. So far teruih terang gambor aku yang terjual dari beratus-ratus keping upload kat 6 stock photo agensi ini adalah sebanyak 7 keping jer. Huh! bukan senang.

Gambor Landscape tak berapa laku sangat walaupun gambor aku yang orang beli tu gambor Landscape, ye la udah itu yang aku minat, banyak ler gambor jenih tu.

Gambor kalau ada orang atau bangunan kena ada sama disertakan model/ property release.Tak dak kalu, sah kena reject.

Gambor yang ada trade mark, macam katalah Nike ke, Adidas ke, Coca-cola ke FIFA ke, jugak akan kena reject.

Nak tengok apa jenih gambor yang banyak boleh jual, tengok kat depa punya best sales kategori.

Yang tak baguihnya, ROYALTI TAK DAK! maknanya gambor kita tu royalti free, orang yang beli boleh buat apa jer depa nak tanpa bayor sesen pun kat kita balik, Macam katalah dia nak buat kalendar, 5000 keping, peh tu jual, kita tak akan dapat seduit langsung royalti sebab kita dah accept kontrak jual gambor tanpa royalti. Dapat yang 25-50 sen tu jer lah pun. So kalau nak jual, pilih sama untuk Extended Licence, lebih la sikit komisen kita.

Satu lagi yang aku find out, boleh gak jual secara exclusive kat sesatu Stock Agency. Tapi bila dah exclusive, tak boleh ler jual gambor tu kat stock agency yang lain. Harga lagi mahal (kalau orang beli) dalam USD 250.00 lebih kurang.

2. MARKETING

Tak dak. 

Kena buat sendiri. Banyak aku tengok, mengtweetkan update status kat Tweeter, FB dan website sendiri. Gler kena aktif! Kalau dak tak de la bakal pembeli tau gambor kita ada untuk dijual dalam stok agency ni. Aku memang tengah giler aktif untuk marketkan gambor-gambor aku. tengok la dalam 2-3 bulan lagi hasil dia camna.

Hehe ni buat marketing  la  ni.

Twitter aku : akulamatiau. 
FB : Akula Dua

Cari ler kalau rajin.

3. ANALISIS (Ala, biasa la, sekali sekala nak terasa mendasatkan diri).

Stock photo agensi ni aku rasa sesuai untuk amatur macam aku (tak la kata pro tak boleh plak, tapi itu citer lain) sebab:-

- Exposure - Pendedahan peringkat asas. Gambor kita tu boleh diterima ke dak? Ada potensi ke untuk jual?
-.Belajor teknik betul ambik gambor bila depa reject depa bagitau apa yang salah, yang tak kena. Yang siulnya, alasan ni, Tak de market untuk gambor tu, maknanya dari segi teknikal semua dah ok, tapi tak komersial langsung untuk dijual. Adoi!
- Belajor TAHAP TAHAN EMOSI SEBAB GAMBOR BANYAK KENA REJECT. Wei! Bigstock reject 176 keping, approved 45 jer yang aku submit.
- Konfiden dengan bela ego. Rasa best bila depa approved gambor, sale belum lagi. Kalau dapat sale, tambah x3 konfiden dengan ego.

4. PLAN AKU?

Aku nak letak setahun dua, sambil tu perfectkan teknik dan composition, peh tu blah la dari stok agency ni. Nak main rega Pro ler pulak bila dah ada Porfotlio baguih nanti. 

ANGAN dan AZAM nya lah. :)
.

No comments:

Post a Comment