Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, February 7, 2012

ICE AGE KAT GENEVA - SELESA DAN SELAMAT, KOMITED DAN KORBAN LA SKIT KOT

Sejak seminggu lepaih, benua Eropah dilanda suhu sejuk melampau. 

Tempat aku ni tak berapa teruk sangat kalau banding dengan negara macam Ukraine, Serbia, Bosnia-Herzegovina dan lain-lain negara kat Eastern Europe. Depa lagi teruk kena, mati pun ada.

Anyway kat sini dah ler sejuk, minus berbelas-belas negatif Celcius, tambah pulak dengan angin kencang, suhu turun cecah ke angka negatif berpuluh-puluh.Gilernya sejuk.

So adakah cuaca sejuk ni menghalang aku ambik gambor?

Sama sekali tidak. hehehhe, Aktiviti ambik gambor tetap diteruskan,

Holeh gambor bawah ni. Jadi ais sebab nya angin kencang, ayor tasik bergelora menghempas tebing tasik, dalm masa yang sama , sebab suhu bawah paras beku gilernya, so air yang terpercik tu bertukor ler jadi ais, lekat kat segala benda yang ada kat tepi tasik, termasuk ler KERETA. (Kter tu dah femes giler keluor dalam paper, BBC, CNN, Al Jazeera, kat tempat aku ler pun jadinya. Gambor keter ni kat BBC ni link dia.

Balik pada citer aku, so pagi ahad dengan pagi Senayan aku nak tahan sejuk aku pakai:-

1. Satu helai jersey ragbi
2. Satu helai jaket jeans
3. Satu helai jaket jenis warmer
4. Satu helai jaket winter
5. Satu helai seluor jeans
6. Sepasang Sarung tangan
7. 2 helai stokin
8. Boot Winter
9. Satu beanie untuk tutup kepala dengan telinga
(Seluor dalam tak yah ler masuk dalam list)

Isk, aku tak melawak, ituler yang aku pakai sebab sejuk benor. Angin masa tu dah kureng sikit, so boleh ler tahan sejuk. Yang tak tahannya angin tu actually. 

Ada member tanya berani ke keluor sejuk-sejuk ni? Aku jawab, ni la benda-benda yang aku buat to get THE shot, so kena berani tahan sejuk ler. Kalau nak tengok secara amnya, ini lah yang bezakan diri kita dengan casual shooter (aku ada tengok video sorang pro ni  yang duduk berjam-jam kat dalam hutan dengan nyamuk, serangga, binatang melata bagai just nak dapatkan satu shot yang dia pueh hati).

Macam mana nak berjaya kalau tak ambik risiko, ye dak. Sejuk memang ler sejuk, tapi mana lagi nak dapat peluang macam ni. So redah jer la. Of course, pakai ler tebal-tebal. Calculated Risk.

Risau gak ler, kot, kot kamera rosak sebab hari tu tripod aku dah kong. Tapi sebab aku tengok ada video kat you tube ni yang mamat pro sorang ni Rick Simmons (dia pakai kamera sama model ngan aku) pergi Antartika bawak kamera yang sama, so maknanya, oklah pakai kamera tu dalam suhu ekstrim kat sini.

Bawah ni gambor -gambor yang aku ambik bawah suhu minus berpuluh Celcius.Ada dua album FB. Satu kat sini, dan satu lagi kat sini, kalau komer nak nengok.

Pengajaran citer, alah, senang jer, prepare betoi-betoi untuk ambik gambor dalam cuaca atau keadaan  ekstrim. Hujan pakai payung, panaih, bawak ayor minum banyak, cam tu ler contohnya lah.. 

Bior selesa dan selamat untuk ambik gambor dalam semua keadaan sekali pun. Jangan sebab sejuk skit, ke hujan sikit ke, dah rasa malaih, cari tempat nak tidor. :) 

Kena korban dan paling penting komited la skit kan.





2 comments: