Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, February 14, 2011

SIRI BERCAKAP DENGAN KAMERA

Aku baru belajor tangkap gambor. Secara serious la. Secara tak serious lama dah, dah bertahun-tahun. Sebelum ni banyak dah ambik gambor, tapi pakai setting yang auto, aperture priority, shutter priority jer. Tak teringin langsung nak belajor ambik cara manual, sebab rasa pakai setting yang dah siap set tu rasa mudah. Gambor setakat boleh ler. Tapi ituler tak pro.

Semenjak dua menjak ni teringin pulak nak try ambik pakai manual setting. Udah boring gamaknya dah. 

CAMNA NAK BELAJOR?

Belajor sendiri jer ni pun, tapi cikgu aku ramai, semua dalam internet. Tak susah mana pun taip jer kat You Tube sabjek apa nak belajor, tau ler si Google cadangkan.Tak payah nak buang duit bayor mahal-mahal masuk kelas fotografi. Tapi yelah takde sijil, diploma bagai. Tak ler kisah sangat takde sijil official pun. Janji gambor jadik, pueh ler hati.

Selain dari tu aku banyak buang masa lepak kat kedai jual kamera, sampai tokeh kedai pun dah boring tengok muka aku. Nasib baik dia ok. Tanya ler soalan bodoh pun, dia jawab ler takat mana mampu. Yelah, orang nak belajor, tak leh malu ler. 

Peh tu aku banyak tengok website macam Digital Photography School, Photonet, etc, teliti apa setting gambor yang pro/ semi pro pakai. Peh tu try sendiri.Kengkadang jadi, kengkadang tak. Nasib baik ler zaman sekarang ni pakai memory kad. Kalau masih pakai filem, tak mampu ler nak perabih duit beli filem banyak-banyak. Pakai memori kad senang, tak jadi delete jer. Ambik ler gambor banyak mana pun, bukan luak, bukan susut.
 
Paling senang sekali nak belajor, tengok you tube. Memacam panduan ada. Taip, klik search, banyak ler video yang dicadangkan, Pilik jer mana nak tengok, Peh tu try kat kamera sendiri, senang jer.

Buku berkenaan fotografi pun ada beli jugak, tetapi kengkadang terlampau teknikal, tak paham istilah-istilah yang depa pakai. Buat rujukan jer la.

DAH TU APA TUJUAN BLOG NI PULAK?

Belajor sama-sama la, sharing-sharing, Lagi pun tak banyak blog dalam bahasa kebangsaan pasal belajor ambik gambor ni,

Korang ada tips, post kat ruangan komen.

Boleh sama-sama dapat faedah.

No comments:

Post a Comment