Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Friday, February 25, 2011

APA TU : FOKUS AND DEPTH OF FIELD

FOKUS

Fokus ni apa susah fokus je lah lens kat benda yang nak diambik gambornya, Klik, snap abih citer.

Memang ler tak susah. Senang, tapi kengkadang terlupa apa ke benda nak buat.

Ada dua, satu auto fokus, satu lagi manual fokus. Boleh tukar dengan mudahnya antara dua-dua ni. Manual fokus, sorry ler kerja berat, nak kena pusing, tenang bagi sharp lens tu dulu sebelum ambik gambor. Auto fokus pulak, hala kan jer lens tu kat cawan ataih meja, press button slow slow, (jangan press abis) dia fokus la sendiri. Sharp, crisp, dah. Apa susah.

Tapinya kekadang, gambor yang kita ambik tu out of focus. Katalah hajat hart kita yang suci murni, nak ambik gambor girlfriend dengan bapak garang dia. Kita fokus ler kamera kat girlfriend, snap, alih-alih dalam gambo, muka bapak garang girlfriend lak yang sharp, hensem, perfect, muka girlfriend tu ter out of focus, blur. Haru betui!


Normal focus


Focus Point set kat sebelah kanan kaler merah tu

Actually kat kamera tu kita boleh set nak kan FOCUS POINT nak kat mana, ataih, bawah, kiri, kanan, nun depan sikit, kalau girlfriend sembunyi belakang bapak garang, nampak anak tudung pun boleh set focus point dia kat situ, semua boleh. Cara nak set, sila tengok manual masing-masing ya. Kamera kita lain-lain, so aku tak leh sembang pasal manual kamera korang.

Yang lagi bestnya, boleh bagi gambar bapak garang girlfriend tu blur, bior nampak muka manis girlfriend tu je.

DEPTH  OF FIELD

Ni macam kat ataih tu ler, kita nak muka girlfriend jer yang sharp, and yang lain macam background dan muka garang bapak dia blur dan out of focus. Dak, bukan tak suka muka bakal pak mertua, tapi nak tengok gambor girlfriend jer.

Pakai aperture besor F 4 ke, F3.5 ke boleh. Fokus kat muka girlfriend, peh tu snap ler.

Ringkasnya:-

1. Lagi besor aperture, lagi dekat DEPTH OF FIELD (shallow depth of field), maknanya background belakang semua  lagi blur./ out of focus. Maka terserlahlah muka girlfriend.



2. Lagi kecik aperture, F22 ke lagi jauh DEPTH OF FIELD (deep depth of field), maknanya background makin sharp semua in focus, boleh nampak semua termasuk ler muka garang bapak girlfriend.


Nota: Mana yang aku tak de gambor contoh, aku cilok dari Internet. Gambar sapa yang kena rembat, tak mau aku bubuh kat sini, bagitau, aku deletekan,

No comments:

Post a Comment