Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, September 14, 2011

MICROSTOCK PHOTO AGENCY : NAK JADI EKSKLUSIF KE DAK?

Hokeh.

Sesetengah Microstock Photo Agency (mulai sekarang aku nak taip MPA jer, sebab Microstock Photo Agency ni panjang sangat nak taip dan aku bukannya rajin sangat nak ulang taip perkataan yang sama) offer kita untuk jadi  jurugambor yang eksklusif dengan kompeni dia jer. Ada dua benda yang berbeza, lain mak satu bapak. Satu, jadi jurugambor eksklusif. Duanya, hanya gambor kita yang eksklusif.

1. JURUGAMBOR EKSKLUSIF

Contohnya kat Dreamstime, lepas berjaya 50 keping gambor diapprovekan, kita boleh pilih untuk jadi eksklusif dengan dia jer. Maknanya tak boleh dah la, jadi photographer dengan MPA yang lain.

Apa yang best sangat jadi eksklusif dengan satu MPA ni?
Bayaran lagi tinggi berbanding dengan jurugambor yang tak eksklusif.

Sebelah kiri ni contoh faedah-faedah yang boleh dapat kalau kita mohon dan diluluskan untuk jadi jurugambar eksklusif kat Dreamstime. Contohnya lah.

Apa pulak yang tak bestnya kalau jadi kita jadi eksklusif?
Kita kerja dengan satu kompeni ni jer, dan TAK BOLEH kerja denga MPA lain.

Eleh, mesti boleh tipu sikit-sikit, bukan depa tau.
Memang ler boleh kot, tapi kalau depa tau, kita kena banned for life.

2. GAMBOR JER EKSKLUSIF

Yang ni pulak, kita pilih option untuk gambor kita tu disubmitkan untuk dijual hanya pada satu MPA tu jer. Lepaih pillih option ni, adalah dilarang sama sekali untuk upload gambor yang sama kat MPA yang lain. Contohnya, upload satu gambor eksklusif kat Dreamstime, gambor yang sama tak boleh dah la upload kat 123RF lagi. 

Tang bayaran pulak, of course, lagi tinggi dari gambor-gambor yang tak eksklusif.

Boleh yek, senang kan?

Yang tak senang nyer nak buat decision la kot. Sampai sekarang ni tuan punya blog ni masih tak jadi eksklusif dengan mana-mana MPA, sebabnya nak exposekan portfolio selagi boleh. TETAPI, aku ada la jugak satu dua gambor yang aku pilih option jadikan eksklusif kat sesatu MPA yang aku rasa boleh buat banyak sale. Killer picture la tu kononnya.

Kononnya la............

4 comments:

  1. teman nok tanya soklan kat kome. Kalau gambo tu teman dah letok kat blog teman, boleh lagi tak teman jual kat mana2 agensi?

    Teman ni bukan apa yop, teman baru belajor hehehe

    ReplyDelete
  2. Danny bro: Sama sekali BOLEH, tak de masalah. Sebabnya gambor kita tu masih hak kita. Cumanya kita macam lantik microstock photo agency ni macam agen jual gambor kita.

    Tapi kalau kita pilih lesen sell the rights, maknanya, kita jual gambor dan hakcipta kita sekali gus. Dalam kes ni, tak leh nak letak dah la, sebab dah bukan kita punya, kita dah jual, so hakcipta tu dah jadi orang yang beli tu punya.

    All the best bro!

    ReplyDelete
  3. bro..teman pcaya yg hasil dr bro mmg superb..pehal pun teman ucap tahniah atas segala usha yg bro buat ut dptkn hasil foto yg tip top..bila lg nk balik mesia? bleh gak nk jumpa..tp area k.l je la ye...

    ReplyDelete
  4. RIzal: Timekasih, usaha jerlah yang buleh buat pun. Insya Allah kalau balik Mesia buleh pergi outing sekali, Hehehe

    ReplyDelete