Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, September 13, 2011

MAC ATAU PC

Hari tu aku lepak kedai Apple.

Dak aih, bukan kedai buah, ni kedai Apple yang jual Mac.

Kalau ikut bahasa bakunya, kalau nak describe pendapat aku lepas aku belasah test IMac yang di displaykan, TERUJA.

Sangatlah terujanya sampai aku abihkan dekat 2 jam dok try semua program dengan function IMac sorang-sorang aku. Customer lain datang nak tengok pun aku buat dek jer.

Aku tak pernah pakai Mac, sepanjang idup dalam dunia komputer, aku pakai PC jer. Pun aku belajor sendiri, tak de masuk kelas, sampai la boleh pasang sendiri. Tapi sejak dua menjak ni aku naik menyampah pakai PC aku, kejap-kejap nak kena upgrade, kengkadang tambah memory, tambah hard drive, tambah tweaking programs, memacam ler just nak maintainkan kedasyatan PC aku tu. Banyak gak aku labur. Udah naik maleh.

Tu ler sembang ngan kengkawan, depa advise aku, kenapa aku tak try pakai Mac untuk edit dan proses gambor-gambor aku? Ye lah, tak terpikior pun, sebab aku memang bias kat PC. No 2 nya aku rasa kalau convert ke Mac, boleh transfer ke semua file aku yang bermacam jenih tu, dengan external drives lagi. Mac boleh terima ke? Sebab dalam kepala aku, sistem Mac ni tak boleh nak terima langsung apa-apa dari PC.

So riki, punya riki, jawapan dia memang le boleh, tricky, tapi boleh buat. Aku lepak sembang ngan orang kedai tu tanya memacam, apa jadi kat fail aku, boleh guna ke dak, macam mana nak transfer, memacam lah.

Apa yang aku find out, berbanding dengan PC, Mac lagi clear dan bersih tang display, color lagi correct, laju, tak makan table space banyak, memcam lah. Aku buat survey, tengok hampir semua pro pakai Mac untuk proses gambor.

Tu ler sebab aku lepak dekat 2 jam kat kedai Apple tu, test Mac ni.

Arghhhhhhhhh!

P/S

Tabung kemanusiaan IMac Akula Matiau dibuka sekarang. Bantuan wang tunai adalah amat di alu-alukan dan didahului dengan ucapan ribuan terimakasih. Cek tidak diterima.

4 comments:

  1. hahaha...hari jumaat akau ke loyat...dan aku memang mengelakkan diri masuk ke epal,,,aku hanya tangkap tosiba satelite,,,kalau aku masuk kedai Apple,,hmm sah sah aku angkut satu apple machine

    ReplyDelete
  2. blogtilldrop: teruja bro, teruja!

    ReplyDelete