Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Sunday, August 21, 2011

SBDK : UPDATE AKTIVITI AMBIK GAMBOR

Aku baru seminggu balik ke Geneva.

Hari ni la baru dapat update SBDK ni sebab sibuk memproses gambor-gambor kat Malaysia. Banyak giler tapi masih rasa tak pueh hati sebab rasanya banyak lagi yang benda yang boleh shoot. Hampir semua gambor aku shoot kategori landscape. Tak sempat langsung nak belasah macro, or sabjek lain. Lain kali ler nampak gayanya. 

Masa aku ronda kat shopping kompleks, aku perasan banyak orang bawak kamera DSLR, samada pegang kat tangan, or gantung kat leher. Pelik gak tengok, sebab kalau aku ler, mampus aku tak bawak camtu sebab tak selamat, yelah mana tau kot tersadong kaki ke, tertomoih kat lantai pecah kamera ngan lens kang. Bawak dalam beg kamera lagi la selamat. Tanya kat anak sedara aku, ni apa ke halnya depa ni dok usung DSLR kulu kelior ni? Anak sedara aku jawab, ler Pak Ngah ni la pesen sekarang, tayang DSLR, macam aksesori tambahan macam pakai gelang, rantai lebih kurang. 

Laaa, ya ke?

Hmm yelah, aku ni mana la tau tayang DSLR tu termasuk dalam aksesori pesen bebudak sekarang. Tapi kalau setakat entry level DSLR tak yah la kot nak tayang. Lain la kalau Nikon D700 ke, Canon 5D Mark Ii ke or lagi elok kalau 1D Mark IV, cool la jugak. Kat sini tak pernah nampak pulak bebudak muda kat sini tayang DSLR.

Tapi yelah, ikut suka memasing ler kot.

Masa aku shoot kat Malaysia, especially kat Putrajaya, banyak gak aku tengok bebudak muda hangkut kamera, tripod bagai shoot kat tempat yang sama. Ada gak la yang datang sembang ngan aku dengan member aku. Seronok gak sembang ngan depa ni. Kira fotografi sekarang ni poplar giler gaya-gayanya kat Malaysia. Bagus sangat la tu. Ada gak yang tanya camna  setting. Yang kelakornya, ada mamat tu punyala minat nak belajor, siap cakap Bang, abang tunggu sini jap boleh dak, saya nak pergi beli pen jap, nak catit. Adoi! Dik oi, aku pun macam korang gak, masih belajor, bukan pro lagi pun, setakat nak sembang kosong buleh ler, tanya banyak-banyak pun aku ni mana la tau sangat.

Ni antara gambor-gambor yang aku ambik kat Malaysia ari tu. Sekarang ni aku tengah bekerja keraih dok upload ke Microstock Agency. 














Banyak giler.

Adoi!

2 comments:

  1. salam bro

    nak tanya ni satu soklan...
    nak dapat gambar cantik camni guna filter atau kita edit guna software?

    Skrg aku hanya ada uv filter je n guna picasa je sbb baru nak try2 yg basic dulu.

    Ada la juga google tentang filter dan software berkaitan' tapi belum tergerak nak beli filter lain lagi sebab takut tak berbaloi pulak.

    Tentang software pulak, ingat nak beralih ke photoshop pulak pasni.

    Skrg ni saya belum betul2 berguru dgn sape2 sbb takde masa lagi. Cuma membaca buku, majalah dan internet shj (termasuk blog ni). Kadang2 tu baca manual sambil praktik sorang2... hehehe

    TQ

    ReplyDelete
  2. Bro aku pakai dua-dua. software dengan filter.

    Filter


    1. Neutrall Density Filter
    2. Graduated Neutral Density Filter
    3. Circular Polarizer

    Kegunaan 3 benda ataih tu kat blog post aku ni

    http://sbdkamera.blogspot.com/2011/03/aksesori-neutral-density-and-graduated.html

    Kalau hang memang ambik Landscape ada 3 filter atas tu dah cukup.

    Link bawah ni aku ada bincangkan jenis filter apa yang elok dan lebih ekonomi untuk kita belasah.

    http://sbdkamera.blogspot.com/2011/03/aksesori-jenis-filter.html

    Software pulak aku pakai Adobe Lightroom. Semua gambor aku process dengan lightroom, untuk adjust memacamlah kalau shot aku tu perlu diproses dan diedit lagi dari file ori. Kelebihan pakai lightroom dari photoshop , file ori tak berubah, boleh edit terus dari RAW file, kalau photoshop, kena convert RAW to jpeg and file jpeg tu akan berubah setiap kali buat adjustmentand save.

    Lightroom lagi murah giler dari photoshop.

    Photoshop pun aku pakai gak, tapi yang cetak rompak punya. Tak upaya nak beli sebab mahal sangat.

    Last sekali aku pakai software Neat Image (beli download online) untuk hilangkan noise especially untuk gambor yang ambik dalam low light and ISO tinggi.

    Shoot RAW bro.

    ReplyDelete