Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Friday, July 1, 2011

SBDK: HIGH SPEED PHOTOGRAFI: GAMBOR TITISAN AYOR

Hokeh.

Kali ni aku nak sembang camna nak ambik gambor macro titisan air. Komer selalu tengok gambor macam ni kat majalah, kengkadang depa pakai susu kotak.

BAHAN-BAHAN

1. Plastik bungkuih ayor
2. Bekas tadah ayor, (talam pun boleh juga)
3. Macro Lens. Lens biasa pun boleh juga pakai wide open (aperture paling besor), tapi ambik dalam RAW, saiz besor boleh crop banyak masa proses dengan kualiti tak hilang. Close up giler.
4. Flash untuk freeze movement.
5. Tripod

CARA-CARA

1. Bubuh sikit ayor dalam talam.
2. Bubuh ayor dalam plastik, peh tu gantung tinggi sikit, peh tu tebuk ngan jarum bagi ayor menitik jatuh atas talam tu.
3. Ambik duit siling ke contohnya, letak kat tempat ayor menitis tu, peh tu fokus kat situ.
4. Tukor ke manual fokus.
5. Flash letak ler memana suka, tapi bior cahaya kena kat tempat ayor jatuh kat permukaan ayor talam tu.
6. Peh tu snap ler. Aku try gak guna burst mode, yang continuos shooting dengan sekali klick tu, tapi, flash tak boleh nak ikut, sebab kena recycling dulu. Boleh ler, tak ler okay sangat.

TIPS 

Lebih kurang sama dengan post aku yang projek akuarium tu kat sini




Cuba ler kalau rajin.

3 comments: