Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, March 31, 2011

TIPS : LANDSCAPE

Ok, ada member tanya apa elemen penting untuk karang gambor Landscape.

Aku amalkan ni:-

1. Imej kena ada elemen Foreground, Middleground, Background.

Selalu kita ambik gambor ada dua elemen jer, middle ground dengan background. Foreground tak dak.

Imej yang kita snap tu memang 2 dimensi, so kalau nak 3 dimensikan gambor, masukkan elemen foreground. Tak kiralah tanah ke, batu jalan ke, padang rumput ke, belasah, janji ada elemen foreground. Selalunya aku rendahkan tripod selagi boleh atas permukaan. Lagi rendah lagi bagus.

2. Sabjek

Tengok keliling, apa yang boleh jadi sabjek utama? Pokok rendang sebatang? Tiang lampu? Batu besor? Orang? Kerusi malas atas pantai? Semua tu boleh jadi sabjek.

3. Rule of  Third

Guna Rule of Third ni seberapa kerap. Kat sini aku ada sembang pasal Rule of Third ni.

4. Leading Lines

Aku selalu jugak tengok benda yang jadi macam garisan. Barisan tiang lampu ke, tembok panjang ke, jalan ke. Melengkung lagi bagus. Ambik gambar ke arah horizon.

5. Shoot RAW

Penting gak ler, sebab senang nak enhance dengan software.

6. Test Shot Dulu

Sebelum karang gambor, test shot sekali. Peh tu tengok apa yang tak kena dengan gambor. Cuba masukkan semua elemen 1, 2, 3 dan 4 kalau ada la. Ada 3 dari 4 pun dah ok.

7. Tengok Keliling

Jangan cepat pacak tripod bila jumpa sampai satu tempat tu. Jalan dulu, perati dan tengok angle dan tempat yang terbaik. Kengkadang terlepas sebab kita maleh nak jalan sikit.

Lain-lain

8. Zoom Imej LCD

Jangan percaya dengan paparan LCD. Kengkadang nampak sharp, tapi tengok dalam PC, blur giler. Sebab LCD kecik, nampak sharp ler. Zoom LCD nak cek blur ke dak. Kalau blur ambik lagi. Jimat masa, sebab dah ada kat tempat tu. Tak ler menyesal tengok gambor blur kat PC and kena pergi sekali lagi. No point gambor blur, apa pun tak leh buat.

9. Tripod dan Cable/ Wireless Release/ Timer

Seriously, guna TRIPOD. Isk! Ni la yang paling penting sekali pada pendapat aku. And elakkan kamera dari bergoyang dengan pakai Cable/ Wireless Release/ Timer.

10. Wide Angle Lens (Lupa la semalam masa taip post ni).

Kalau ada duit lebih lepas bayar keter, duit rumah, belanja anak-anak, belanja dapur, invest beli satu wide angle lens. Aku pakai 17-35 mm ultra/ super wide angle lens untuk gambor-gambor landscape. Sebabnya lens macam ni akan tambahkan keluasan sudut pandangan (viewing angle) berbanding dengan standard zoom lens. Dan untuk landscape kita memang nak masukkan semua kalau boleh.

11. Abih Tu Tak Boleh Ke Ambik Imej Landscape Close up?

Isk, apa lak tak boleh. Boleh. Tak kena tangkap polis pun.

Concentrate tang bahagian yang menarik. Macam batu pantai ke. pokok kelapa ke, kayu hanyut ke, tebing ke. Semua boleh. Kita yang tentukan, dan kreativiti kita ikut suka kita ler..

Tuesday, March 29, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - 27 MAC 2011.

Ingat subuh yang aku lupa bawak bateri tu. Sabtu lepas.

Esoknya Ahad sesi balas dendam. So repeat balik tempat tu.

Kali ni aku bawak 2 bateri! Heheheh.

Lesson well learnt.

Imej besor sikit dengan setiing bagai kat LATIHAN AMALI FOTOGRAFO : LANDSCAPE tu ler.



Monday, March 28, 2011

SBDK : PRO VS TAK PRO

Adoi!

Elok aku betulkan tanggapan ni sebelum apa-apa pun.

Aku belum capai tahap pro lagi. 

Pro tu maksudnya depa yang boleh carik makan dengan ambik gambor. Tangkap, jual gambor atau yang ambik upah tangkap gambor kat macam wedding ke, function ker etc. berbagailah.

Aku tak pun macam tu. Kerja kat opis, kerja makan gaji.

Amatur lagi tepat. .

Memang ada citer-citer nak tukar angin kalau dah terer nanti. Tapi tu ler, tak ler nampak lagi 2-3 tahun ni nak tukar kareer jadi jurugambor pro. Tak leh. Banyak komitmen lain.

So aku memang bukan seorang pro.

Tapi tu la, apa yang lebih penting, make sure develope skill sampai jadi dasat.

Macam skill pro.

;)

Sunday, March 27, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MACRO SHOTS - INDOORS

Ok, kali ni ambik gambor makro pakai cahaya tingkap. Tak pakai flash.

Bahan-bahan:

1. Tripod
2. Spray air (yang pakai untuk sembur air seterika baju, wife aku punya la)
3. Sejambak bunga beli kat kedai
4. Cermin muka kecik untuk balikkan cahaya matahari ke arah bunga.


Background
1. Baju Melayu Hitam
2. Manila Kad
3. Kain tebal a.k.a jersi ragbi All Black (yang kaler hitam gak kalau korang tak tau kaler jersi ragbi All Black tu kaler apa) untuk hadang cahaya dari berselerak/ spill over.
4. Letak penghadang dengan background dalam bentuk L shape.

Lens

1. Macro 100mm

Aksesori Tambahan

1. Extension tube (untuk dekatkan lagi jarak antara lens dengan sabjek)
2. Shutter release cable

Ha ah ler. Nak beli semua benda macam kat dalam studio gambor tu mana boleh beli sekali harung. Mahal nak mampus. So improvise ler.

Actually, aku try segala jenih benda yang terpikir untuk buat setting background dengan penghadang ni. Termasuk ler tudung saji, toto (berat sangat), memacam ler. Tujuan utama nak kan background gelap. Sebab pakai cahaya tingkap susah sikit nak dapat background betul-betul gelap, tapi dalam masa yang sama juga nak kan cukup cahaya tingkap jatuh atas bunga tu.

Sebab sebelah yang tak kena cahaya ada bayang, cermin muka kecik tu fungsi dia untuk fill in cahaya sebelah tu hilangkan bayang atau pun bagi kurangkan sikit hitam bayang. Bagi efek wrap around light.

Nak bagi efek fresh macam bartu lepas kena hujan, spraykan air ke bunga. Oit semua pro buat macam ni. Aku pun pro ler ajor. Senang tak yah tunggu hujan lebat baru nak keluar rumah petik bunga dengan titisan air hujan.

Sebab pakai lens macro depth of field dia tersangatlah shallownya, pakai aperture paling kecik, F22 ke, untuk dapatkan imej sharp dan in focus semua,

Kalau memang saja nak blurkan satu bahagian, pakai aperture besor, F4 ke.

Kengkadang auto focus tak dapat cari titik fokus sebab jarak lens dekat sangat dengan sabjek, so tukar pakai manual fokus and pusing ring pelan-pelan. Nampak sharp, tekan butang shutter.

Untuk elakkan kamera bergoyang masa tekan butang shutter, pakai time delay/ timer atau shutter release cable.

Memang tak senang dan banyak kerja nak buat untuk shots macam ni. Sabor jer lah. Jangan naik angin ribut taufan sepak kamera dengan lens dah. Sepak benda lain tak per. Kamera dengan lens mahai wei!

Last sekali shoot dalam RAW. Segala kekurangan boleh repair nanti dengan software.

Aku maleh nak upload kat Page Latihan Amali Fotografi Makro sebab banyak sangat.

Kekekekke.

15 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

6 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

3.2 saat, F6.3
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

1.3 saat, F4
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

 
2 saat, F6.3
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

3.2 saat, F8
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

 
25 saat, F32
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

20 saat, F32
Focal Lenght : 100 mm, ISO320

5 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - 26 MAC 2011

Ha ah, iya. Aku tau.

Memang aku sembang dalam post sebelum ni aku jarang ambik gambar landscape waktu-waktu selain dari waktu matahari naik dengan waktu matahari terbenam.

Anyway, semalam aku pergi cari satu Geneva untuk ambik gambor Cherry Blossom/ Sakura. Memang aku tunggu tiap-tiap tahun sebab cantik. Tak ingat pasal apa, tapi tahun-tahun dulu selalu terlepas, ada jer sebab halang. So tahun ni tak nak terlepas lagi.

Dan sambil ambik gambor family aku, aku belasah ler ambik gambor LANDSCAPE jugak. 

Hehehhe.

Sila ke page LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE untuk gambor saiz besor dan settings ye.








Saturday, March 26, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MACRO SHOTS DENGAN DIRECTIONAL FLASH

Malam tadi, try ambik gambor macro pakai flash.

Bahan-bahan:

1. Flash
2. Flash Cord
3. Tripod
4. Sepohon Lucky Bamboo (wife aku punya)
5. Entah apa ntah bahan hiasan ranting mati dilekat dengan kapas (wife aku punya gak)

Background

1. Baju Melayu Hitam
2. Manila Kad

Lens

1. Macro 100mm
2. Extension tube (untuk dekatkan lagi jarak antara lens dengan sabjek)

Aku tak de dedicated background. Pikir punya pikir, apa nak buat background hitam, aku ambik baju melayu hitam aku, sarungkan kat manila kad, letak atas sofa sebagai background. Jadi jugak.

Flash aku sambung dengan sync cord. Pegang dengan tangan halakan cahaya sesedap hati dari mana-mana arah yang terpikir, atas, bawah, sisi, try semua.

Ni le hasil usaha keras aku tu. Hehehe

Macam biasa, nak tengok setting kamera ngan gambor besor sikit, sila lah melawat page LATIHAN AMALI MACRO yek..





SBDK: MALANG WAKTU SUBUH

Semalam prepare semua kit untuk ambik gambor. Tempat pun dah riki, cantik pemandangan. Pagi ni pukul 5.00 pagi dah keluar rumah. Sampai tempat tu excited giler sebab matahari baru naik, dengan awan semua., PERFECT! Breathtaking view. 
Dah set tripod, kamera, tekan-tekan butang shutter, tak de apa kesan. 
YA, AKU LUPA BAWAK BATERI! CHISSSSSSSSSS! HAMPEH TUL!