Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, January 12, 2012

EDITING LIGHTROOM

Aku baru perasan kat sini jarang aku tunjuk file asal ori RAW gambor.

Hokeh, ni salah satu gambor aku ambik dalam RAW, fail ori. Gelap gelita sebab waktu subuh terang-terang tanah, ni terang-terang ayor. Heheh 

1.6 saat. F7.1 ISO 40, apa jadi dengan gambor? Underexposed.

Exposure tak lama pun, kalau ikut peraturannya, kena buat exposure lama skit untuk dapatkan correct exposure, tapi sebab aku tak mo ayor tasik tu smooth sangat, sebab nak capture texture ombak sesikit, bagi nampak macam busy benor ler kononnya, so exposure buat kejap jer la. Ni terpulang kat kreativiti memasing la. Memang ler patutnya kena expose lama skit, bagi cahaya boleh masuk banyak, tapi tu ler nanti ayor tu tak nampak ler ombak, jadi smooth la pulak, which aku tak nak untuk shot ni.

Aku boleh jugak pakai flash, untuk fill in shadow tempat golap kat boat depan tu, tapi pikior masa tu, nanti ada pulak balikan cahaya flash tu pulak atau pun mungkin jugak cahaya flash tu tak sampai or mungkin jugak tak power sangat nak mencahayakan semua tempat gelap tu. So buang idea tu, just shoot, pikir camna nak edit dgn Lightroom.



So bawah ni hasil dia lepaih edit. Aku cuma pakai Fill Light function dalam Lightroom, peh tu straight kan sikit horizon, dah. Tak usik benda lain pun sebab mata aku dah sedap tengok.  Ayor tak smooth, ada texture macam yang aku nak untuk shot ni.


Kesimpulan cerita ni, bergantung pada apa yang kita nak dalam gambor tu, kengkadang kena BREAK THE RULES.

 Tu jer.

Tuesday, January 3, 2012

SBDK : MARI BELAJOR HDR

Ok.

Aku dulu memang tak gemor langsung pakai HDR sebab nampak funky hapa ntah kebenda sangat. Kaler pening nengok. 

Tapi aku tengok heran giler kenapa gambor landscape member aku nampak hidup, tak flat giler macam gambor aku. Ye ler pun, ingat gambor kita udah dasat, alih-alih tadak hapa best pun. (Pengajaran kat diri sendiri).  So aku tanya dia pasal apa lens sama, kamera sama, camna gambor dia maha hebat dari aku punya. So dia pun citerlah, details dalam gambor dia pakai HDR. 

OOooooo, patutlah dasat, naik nampak menyerlah semua details. contohnya macam batu jalan, nampak semua abih tersingkap yang gelap bayang pun. Kalau cat dinding bangunan nampak abih semua yang udah lekang pun.

Serious, aku ingat HDR ni kaler ntah hapa-hapa (terlampau dinamik sampai hilang real life feel macam kat sini) sebab tak berkenan sangat, jadinya tak la pay attention kat HDR ni. Member aku kata, kalau aku tak suka kaler cam tu ok, tak yah lah edit macam tu, edit bagi correct exposure and correct color saturation udah ler, yang penting kita nak details untuk bagi gambor nampak hidup.

So aku terjun ler belajor HDR

Citer skit cara aku proses HDR.

Ambik beberapa keping gambor sama TETAPI different exposure.( Nak buat ni aku pakai tripod sebab kamera WAJIB tak bergerak, kalau kamera gerak sikit pun tak jadi). Maksud different exposure kat sini ada gambor yang underexpose, correct exposure dengan over expose.

Caranya, guna dial EV +/- tu la. Ubah kat situ jer. Contohnya, -2, snap, ubah -1 snap, 0 snap, +1 snap, +2 snap. Senang.

Peh tu (sebab aku guna Lightroom, tapi pakai Photoshop pun boleh). import semua (RAW file) tu masuk Lightroom. Sebab Lightroom tak convert ke HDR, aku guna HDR software Photomatix Pro. Rega US 99.00 boleh tahan gak ler mahalnyer. Tapi tak perlu pakai yang ni, boleh guna memana software HDR yang free. Sama jer function dia.

Dari Lightroom tu aku exportkan semua ke Photomatix convert ke TIFF file, peh duduk isap rokok. Photomatix buat semua segala sampaila dia siap. Dah tu, adjust sendiri la function yang ada. Peh tu import balik dalam Lightroom.

Kat Lightroom aku adjustkan sikit ikut suka hati aku sampailah pueh hati, tambah fill in light ke, kurangkan saturation kaler ke bagi nampak real life skit.

Siap, sedia untuk di jual.

Kalau cara malehnya pun boleh jugak, ambik satu jer gambor, peh tu dalam Lightroom create virtual copy ktalah 7 keping ke gambor yang sama, peh tu export kat Photomatix. Photomatix pulak tanya, ni gambor hang ni semua exposure sama, apa hal? Kita boleh set bagi lain-lain tahap exposure kat gambor berbanyak tu dengan Photomatix dan dia convert semua tu ke satu gambor HDR. Cara malehnya lah.

Siap, sedia untuk di jual.

Sebab aku shoot RAW, semua fail gambor aku dalam RAW lah, tapi dengan JPEG pun boleh gak buat cuma details gambor tu tak ler mengancam sangat banding dengan RAW.

So ringkasnya nak buat HDR ni kena ada gambor 2 atau 3 atau 4 atau 5 atau 6 atau 7 keping sama tapi dengan EXPOSURE yang BERBEZA.

Remeh skit la, tapi hasil dia perh! DASAT.

Bawah ni contoh gambor HDR yang aku buat.







Friday, December 30, 2011

SBDK: UPDATE AKHIR TAHUN 2011

Makk aiiii!

Dekat sebulan dah dah update.

Okey, mahap ler berbanyak. Sebabnya, keghojer banyak giler. tak dan langsung nak buat hapa. No 2, pase sibuk belajor HDR dengan teknik Stitch. 

Idak ler khatam habih lagi, tapi boleh lepaih la kalau terdesak.

Nanti aku post kat sini macam mana nak buat.

Tahun ni rasernya banyak improve dah pase ambik gambor ni. Sifu pun ada sound "ni dah dasat dah ni" lepas review ada satu gambor aku tu. Kembang ler, sapa tak kembang kalau sifu puji. Sifu aku ni plak, jenih brutal, kalau tak kena mata dia, berbakoi ayat brutal kuor. Ganaih ngalah ghimo. Bila dia puji sikit, mana tak kembang.

Itu tang teknik.

Tang hasil jualan kat microstockphoto agency lak, alhamdulillah, bulan demi bulan, tambah banyak orang beli. Takat ni kalau kira semua adalah Kaaa chingggg lebih kurang USD 200.00. Okler kalau nak kira sebab hampir 90% gambor aku load untuk jual gambor landscape dengan nature. Mana nak lawan depa yang pakai model. Banyak modal woo. Tahun depan cadangnyer nak pelbagaikan shot. Model ke (hehe), product ke. (ada sesapa nak tawar diri jadi model? Tak leh ler demand mahal, sebab aku belum pro lagi).

Tang gadget lak, aku rasa basic semua udah ada. Cukup dulu. Sekarang concentrate cari hasil nak cover balik modal.

Tu ler setakat ni.

Timakasih banyak pada semua yang ikut citer kat SBDK ni. 

Sesama la kita jadi terer tahun baru 2012 ni ya.


FOLLOW ME - RIDHA RAHIMI

Timakasih Ridha Rahimi ikut SBDK.

Tuesday, December 6, 2011

FOLLOW ME : SPEKEI

Tima kasey Spekei ikut SBDK ni. Sesama belajor. Sesama kita jadi terer.

Hehe

Sunday, December 4, 2011

SBDK : UPDATE AKTIVITI AMBIK GAMBOR

Sebenornya , sejak 2 minggu lepas aku terasa maleh sikit nak ambik gambor. 

Ada la ambik gambor kat function. Tu jer. Aktiviti ambik gambor untuk kepuasan diri dengan untuk jualan yang aku tak buat.

Maleh la kot. 

Biasalah ada ketikanya rasa maleh giler, kengkadang rasa tepu belajor ni.

Sekarang ni pun aku tengah ekasais giler untuk turunkan berat badan. Udah membelon balik, sejak berjaya turunkan dari104 kg ke 80 kg Julai tahun lalu. 

Actually ada kene mengena gak dengan aktiviti ambik gambor. Aku rasa tak fit bila pegi hiking panjat gunung, Dengan tanggung gear berat lagi, Woih! Susah nak bernyawa. Tapi itulah, scenery cun giler, celapak gak ler tak bernyawa pun.

So ituler dari dok diam berserah jer pada nasib, baik la buat eksais sikit. Aku start balik eksais akhir bulan 10 ari tu berat aku 96 kg, Pagi ni timbang dah turun 91.7 kg. Oklah tu. (haaa, aku tak percaya dengan ubat kurus, detox hapa ke bala yang sewaktu dengannya, sebab dulu aku kuruskan badan pun dengan eksais semata. Duit beli semua benda tak pekdah tu buat beli lens lagi baguih. Hehe)

Aku ni pun tengah tunggu salji turun, gilernya lambat tahun ni. Gunung ganang masih lagi tak de salji, kecuali tempat yang memang ada salji atas gunung sepanjang tahun. 

Sementara nak menunggu salji melanda benua Eropah ni, belek-belek balik peralatan fotografi, cuci mana yang kotor, buang habuk, cek memori kad, buang gambor blur dalam hard drive (yang kengkadang kita simpan nak buat hapa pun tak tu la), buat back up gambor-gambor lama, cek balik rechargeable batteries ngan flash. Memacam ler.

Yang paling penting sekali aku rasa yang aku kena ialah buat plan untuk shooting musim salji ni. Riki tempat, peralatan, tips dan cara nak shoot, pakaian dan paling penting sekali jaga kesihatan jangan sakit demam.

Musim ni banyak penyakit.

Kang sakit kang langsung tak leh nak buat hapa pulak la.


Thursday, December 1, 2011

KARL TAYLOR FREE PHOTOGRAPHY COURSE

Si Karl Taylor ni dah ada website baru kat sini

Kursus fotografi percuma dia kat link ni. Cara nak masuk tak susah, boh nama ngan emel address, terus boleh dapat akses.

Aku memang suka belajor dengan si Karl ni, cara dia ajor tak boring, macam sesetengah you tube video yang tengok kejap pun dah terasa boring sebab penyampaian hambor giler. Mana la kutu nak bagi perhatian. Karl Taylor ni senang nak paham, start dari basic sampai le ke peringkat pro.

Ada duit lebih tu cer invest beli DVD dia.Video dalam bentuk Ipad ngan Iphone apps pun ada.

Bukan nak promote pulak Karl Taylor ni, sebab aku bukan kerja dengan dia tak dapat upah pun, tapi dah banyak yang aku survey, tang mengajor, dia one of the best, sebab senang paham.

Komer try ler.