Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, May 19, 2011

SBDK : STOCK PHOTO AGENCY - PHOTOKORE

Gelak besor tengok nama Stock Agency yang ni, PHOTOKORE. Paham-paham je udah.

Anyway, yang ni based kat Korea, target buyer dan photographer untuk Asia Region.

Aku belum submit lagi, tengah buat research berbaloi ke dak nak participate. Tengok rega dia dulu, cara pembayaran camna, apa yang dia offer, boleh bertahan ke agensi ni, sebab banyak jugak yang bungkuih lepas 2-3 tahun operasi, popular ke dak ranking dia dalam technorati, memacam ler aku nak cek. Sebabnya no point upload ke Stock Agency yang tak popular and tak de ramai orang jenguk sebab gambor kita tu based on berapa banyak orang beli. Kalau trafik sikit, tak berbaloi, kita pulak kena compete dengan ratus ribuan photographer lain.

Komisen gambor 20%, tak de ujian, boleh upload terus. Depa nak salinan paspot atau Lesen memandu untuk pengesahan. Bayar dalam USD atau matawang pilihan sendiri. Pakai Paypal.

Nanti kalau ada info lain, aku share.

SBDK : PHOTO COLLAGE

Kengkadang sebab satu tempat, situasi tu kita berkenan, kita ambik banyak gambor yang hampir sama tapi tak serupa.

Macam aku ler minggu lepas, sebab cantik sangat tempat dengan suasana matahari jatuh tu, aku shoot gilernyer banyak gambor, cuma beralih position dengan angle jer. 

Masalahnya kalau orang tengok diorang akan boring giler, sebab asyik-asyik benda sama jer, walaupun sebenornya setiap shot tu berbeza. Bila orang kata macam tu, jangan angin pulak sebab otak manusia memang macam tu, akan cari benda yang sama bila tengok berkeping-keping gambor.

Nak mengwowkan lagi gambor tu, bagi impact lagi berkesan dan menarik giler, buat collage. Gabungkan 4-5 gambor gambor tu dalam satu kanvas. Ni nak buat kena pakai Photoshop atau lain-lain image editing software.


Contoh gambor aku buat cam kat ataih tu.Buat tak lama, kejap jer dalam 5 minit dah siap.

Gambor macam ni banyak photographer submit kat Stock Photo Agencies sebab lagi menarik dan ada market. Dah submit dah tadi, testing tengok macam mana respon.

Cara nak buat macam kat video ni. Mamat ni ni pakai Mac, so adjust sendiri yek keyboard mana nak type kalau pakai PC.


Ok roger.

VIDEO: BATTLE AT F-STOP RIDGE

Serious, aku gelak guling-guling tengok video ni.

Tuesday, May 17, 2011

SBDK: UPDATE

Okay, sorry berbanyak sebab lama dah tak update.

Aku tersikit obsessed dengan research cara-cara nak market gambor. Banyak ler aku belajor 2-3 minggu kebelakangan tu. Macam biasa, sebab aku ni orang baik hati dan mulia jiwa, aku share ler setakat yang aku tau info dengan hangpa semua kat sini.

1. STOCK PHOTO AGENCY

Bayaran based on commission, sebab dia jual gambor kat buyer murah, komisen kita pun murah ler sangat. Satu gambor jual ada la dalam 25- 50 sen USD jer. Maknanya kena buyer beli banyak giler baru ler boleh kaya. So far teruih terang gambor aku yang terjual dari beratus-ratus keping upload kat 6 stock photo agensi ini adalah sebanyak 7 keping jer. Huh! bukan senang.

Gambor Landscape tak berapa laku sangat walaupun gambor aku yang orang beli tu gambor Landscape, ye la udah itu yang aku minat, banyak ler gambor jenih tu.

Gambor kalau ada orang atau bangunan kena ada sama disertakan model/ property release.Tak dak kalu, sah kena reject.

Gambor yang ada trade mark, macam katalah Nike ke, Adidas ke, Coca-cola ke FIFA ke, jugak akan kena reject.

Nak tengok apa jenih gambor yang banyak boleh jual, tengok kat depa punya best sales kategori.

Yang tak baguihnya, ROYALTI TAK DAK! maknanya gambor kita tu royalti free, orang yang beli boleh buat apa jer depa nak tanpa bayor sesen pun kat kita balik, Macam katalah dia nak buat kalendar, 5000 keping, peh tu jual, kita tak akan dapat seduit langsung royalti sebab kita dah accept kontrak jual gambor tanpa royalti. Dapat yang 25-50 sen tu jer lah pun. So kalau nak jual, pilih sama untuk Extended Licence, lebih la sikit komisen kita.

Satu lagi yang aku find out, boleh gak jual secara exclusive kat sesatu Stock Agency. Tapi bila dah exclusive, tak boleh ler jual gambor tu kat stock agency yang lain. Harga lagi mahal (kalau orang beli) dalam USD 250.00 lebih kurang.

2. MARKETING

Tak dak. 

Kena buat sendiri. Banyak aku tengok, mengtweetkan update status kat Tweeter, FB dan website sendiri. Gler kena aktif! Kalau dak tak de la bakal pembeli tau gambor kita ada untuk dijual dalam stok agency ni. Aku memang tengah giler aktif untuk marketkan gambor-gambor aku. tengok la dalam 2-3 bulan lagi hasil dia camna.

Hehe ni buat marketing  la  ni.

Twitter aku : akulamatiau. 
FB : Akula Dua

Cari ler kalau rajin.

3. ANALISIS (Ala, biasa la, sekali sekala nak terasa mendasatkan diri).

Stock photo agensi ni aku rasa sesuai untuk amatur macam aku (tak la kata pro tak boleh plak, tapi itu citer lain) sebab:-

- Exposure - Pendedahan peringkat asas. Gambor kita tu boleh diterima ke dak? Ada potensi ke untuk jual?
-.Belajor teknik betul ambik gambor bila depa reject depa bagitau apa yang salah, yang tak kena. Yang siulnya, alasan ni, Tak de market untuk gambor tu, maknanya dari segi teknikal semua dah ok, tapi tak komersial langsung untuk dijual. Adoi!
- Belajor TAHAP TAHAN EMOSI SEBAB GAMBOR BANYAK KENA REJECT. Wei! Bigstock reject 176 keping, approved 45 jer yang aku submit.
- Konfiden dengan bela ego. Rasa best bila depa approved gambor, sale belum lagi. Kalau dapat sale, tambah x3 konfiden dengan ego.

4. PLAN AKU?

Aku nak letak setahun dua, sambil tu perfectkan teknik dan composition, peh tu blah la dari stok agency ni. Nak main rega Pro ler pulak bila dah ada Porfotlio baguih nanti. 

ANGAN dan AZAM nya lah. :)
.

Thursday, May 5, 2011

SBDK : PHOTO STOCK AGENCY : DEPOSITPHOTOS

Baru terima email dari Depositphoto.



Dah dekat 2 minggu a test upload, baru hari ni dapat keputusan. 6 submit, 6 approved. Sebab lama sangat masa dia review, aku memula maleh dah nak upload tambah lagi. Pikir-pikir lak, tak de rugi apa pun kalau upload lagi, So akan terus mengupload kat sini.

SBDK : LAIN-LAIN STOCK PHOTO AGENCY

Sambung post sebelum ni.

Lain-lain agensi yang aku test.

1. Can Stock Photo, approval cepat, tak strict sangat.




2. Dreamstime - Strict sikit, approval seminggu gak ler.

Royalty Free Images

4. Bigstockphoto - Strict giler, aprroval seminggu dua (berjanggut!)

Stock Photos, Royalty Free Stock Photography, Photo Search

SBDK : JUAL GAMBOR ONLINE

Ok, 

2-3 minggu ni aku test jual gambor online kat Stock Photo Agency.

Kesimpulannya, susah gak nak dapat sale sebab compete dengan ribu-ribuan jurugambor dari merata pelosok dunia.

1. Nak register tak susah sangat, ada site yang boleh masuk macam tu jer, ada yang nak review sample gambor kita, ada yang bagi kita test sebelum luluskan permohonan untuk upload dan seterusnya jual gambor.

2. Dah lepas peringkat ni, upload ler gambor.

3. Agensi ni semua ada tukang cek gambor yang diupload tu. Mana gambor yang tak menepati standard, depa reject teruih, takda mahap. Banyak gak gambor aku kena reject. Contoh nya satu site tu aku submit 241 gambor,  depa lulus cuma 155 gambor jer. Adoi! Tapi yang bestnya depa bagi ler sebab kenapa gambor tu kena reject dengan cadangan macam mana nak buat atau avoid mistake. So boleh kita ambik jadikan panduan, belajor bagi betoi.

4. Gambor-gambor yang dah approved depa bukak untuk dijual dalam site depa tu.

5. Masalahnya macam mana nak convincekan orang beli gambor. Yang bukak nengok banyak, yang beli tu sikit sangat. Sale tak berapa baguih sebab orang baru, porfotlio baru, tak established lagi, gambor kita bukan yang depa nak, tak mengancam, banyak ler sebab musabab dia. 

6. So boleh ke buat duit dengan cara ni?
 Aku konpiden boleh, tapi makan masa sebab nak built porfotlio bukan ambik masa kejap, setengah orang ambik masa bertahun. Cuma jangan give up. Establishkan porfotlio dulu, jangan berenti upload gambor berkualiti. Tips jangan select jual gambor eksklusif untuk satu agensi jer. Baca dan pahamkan perjanjian dengan syarat depa dulu. Tak boleh kalut buat benda ni.

7. Aku join dekat 10 site stock photo agency ni. Yang senang nak approve ada 2, Fotolia dengan 123RF.

Stock Photos from 123RF


8. Sale gambor yang memberangsangkan kat Fotolia, tapi yang banyak approved kat 123RF. Dua-dua ni bagi keputusan cepat, banding dengan agensi lain yang sampai sekarang pun tak de result  hapa pun.

Klik kat banner tu kalau nak try.