Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, March 19, 2012

CHAMONIX MONT BLANC, FRANCE

Minggu lepaih aku pergi ambik gambor kat Chamonix, Mont Blanc, Tempat ni tak ler jauh sangat dari Geneva lebih kurang sejam jer kalau naik keter. 

Aku ikut member aku sebab dia ajak ambik gambor kat Mont Blanc. Macam besa aku ni kalau sebut kena panjat gunung, sangat ler gementar kepala lutut sebab aku GAYAT!

Aku dah test dah, tahun lepaih aku pegi ambik gambor kat satu tempat ni tebing tinggi Creux du Van. Isk tak berani langsung nak ke tepi tebing, so aku shoot dari jarak jauh jer.

Kali ni nak panjat gunung pulak. Isk.

Kes gayat ni, kalau pada aku la, kalau tempat tinggi tu lapang atau cerun kalau aku jatuh, boleh golek-golek, aku konpiden lagi, tapi kalau macam tebing 90 darjah teruih ke bawah macam bangunan tinggi duduk kat tingkap dia pandang ke bawah, hukum dia memang aku tak sanggup.

So ya memang aku gayat, tapi mengenangkan bila lagi nak conquer phobia tinggi tu, dan mengenangkan gambor mesti bestnyer nanti aku pun beranikan diri gak ler pegi teman kawan aku tu.

Panjat gunung dengan keter kabel.

Gambor ataih ni  ambik kat stesen keter kable Chamonix.. Dok tengok baguih mamat ni lepak. Shoot satu, aku suka sebab dia lepak tetengah ataih tembok tu maacam tingkap panjang.




Hah, sepanjang perjalanan naik dengan keter kabel ni aku tak shoot hapa pun sebab concentrate tak nak bagi ingat hati gayat.

Sampai ataih gunung ada awek plak tengah shoot, so aku pun ambik la gambor dia. Kamera Canon jenih apa tak tau, tapi lens dia 70-200mm pakai 2X extender.

 Ni aku skodeng member aku skodeng awek tu skodeng. Hehehhee


Sampai ataih tu macam ni pemandangan dia. Gambor ataih tu dengan wide angle kot, tak sure.


Haaa, sebelum gelakkan aku sebab aku gayat. cer tengok gambor ataih tu. tempat yang aku mampu sampai ni, cuma kat tengah jer, Kereta kabel ni sambung sampai ataih nun sayup-sayup puncak gunung. Tengok yek, tak de tiang support kabel ni . Gantung teruih sampai ataih puncak.

Aku mampu kat sini jer lah. Sapa nak naik sampai ataih tu pegi ler.

Biasalah, buat panorama skit. 9 shots.

Habih dah la citer, sebab kesimpulannya aku masih lagi GAYAT.

FOLLOW ME: DUNIA AMATUR FOTOGRAFI

Salam dan timakasih kat Dunia Amatur Fotografi ikut blog SBDK merapu ni.

Blog DAF kat sini.

Wednesday, March 14, 2012

MEH BUAT PANORAMA

Memula ambik gambor tempat yang nak dipanoramakan tu macam turutan gambor-gambor bawah ni.

Make sure setiap frame gambor tu overlap lebih kurang 30% dengan gambor sebelumnya. Agak-agak la, sebab bukan boleh ukor pun.

Aku ambik gambor ibu jari aku untuk tanda gambor mana yang aku mula. Senang, tak yah tercarik-carik tang mana nak start bila dah transfer ke Hard Drive nanti.









Ok dah ambik, balik rumah bukak Photoshop.

Dalam Photoshop klik file - automate - photomerge.

Keluar window baru, peh tu browse- cari balik semua file tadi yang kita nak buat panorama, select, klik ok.

Peh tu duduk diam-diam.PC pun jangan sentuh kang meletup..

Hasilnya macam kat ataih tu.

So crop ler mana yang tak nak. Peh tu adjust ler mana nak.

Pada peringkat ni, kalau aku ler, aku import balik ke Lightroom sebab aku simpan semua file gambor aku kat situ and aku suka proses touch up dengan Lightroom Selalunya aku HDR kan dengan Photomatix, bagi naik segala details, then import balik dalam Lightroom, fina edit and proses baru publish.

Kalau aku ler.. Sebab kerja remeh dan banyak step nak buat.


Tapi final image, pueh hati.


Gambor ataih tu satu lagi aku buat ikut cara yang aku citer tu.

Hokeh.

Monday, March 12, 2012

82ND GENEVA INTERNATIONAL MOTORSHOW

Aku sibuk skit 2-3 menjak ni sebab banyak aktiviti ambik gambor.

Hari Khamis lepas pergi ambik gambor keter kat Geneva motorshow. Peh tu balik, proses, upload ke Dreamstime bagai abih 2 hari. Baru kejap tadi depa approved. Keputusannya submit 44, 7 reject, 37 approved. Yang bestnya 3 gambor dipilih masuk ke In The News section kat Dreasmtime. Adalah dapat KAA CHINGGG!

Geneva Motorshow 2012 - 2013 Maserati GranTurismo
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Bentley EXP-9
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

3 gambor ataih tu la yang terpilih nyer. Semua gambor ni aku submit bawah Editorial.

Ada lagi beberapa gambor yang aku suka macam gambor bawah ni personally.

Geneva Motorshow 2012 - New BMW 6 Series
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Masonry Lamborghini
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Geneva Motorshow 2012 - Weismann Roadster MF3
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Haa? 

Gambor aweks?

Ada juga. Link kat sini.

Nak tengok gambor keter lagi kat sini.

TEKNIK

Hokay.

1. Setting aku pakai Apeture priority mode - Canon AV, Nikon A (kot).
2. Sebab nak free hand, ISO aku letak AUTO.
3. Aku tukar aperture, kengkadang pakai F4, kengkadang F5.6 ikut sedap compo. Tengok lah. Tak lebih dari tu sebab lebih jer, exposure time jadi lama shutter speed jadi perlahan,  tak leh handheld dah, sebab goyang.
4. Kenapa tak bawak tripod? Maleh dan tak berapa sesuai bawak kat sini. Jenuh!
5. Compo aku banyak masukkan orang sekali sebab nak bagi ada human element, gambor jadi lagi menarik dengan reaksi orang tu, tak la boring gambor keter jer.
6. Ni aku proses dengan Lightroom 4 dan Photomatix untuk (HDR) untuk naikkan details.

Okeh, habis.

Tuesday, March 6, 2012

LIGHTROOM 4 SUDAH KELUAR!

Lightroom 4 udah keluor!

Upgrade dari Lightroom version lama USD 79.00, Beli baru USD 149.00. Lagi murah masa aku beli Lightroom 3 dulu. Chait!

Anyway aku dah upgrade, dan aku suka giler Lightroom 4 ni banding ngan yang lama.

Worth it.

Link kat sini. Siap ada video sekali kalau nak nengok.

CARNAVAL VENITIEN d' ANNECY 2012

Sabtu minggu lepaih aku pergi ke Annecy, France sebab ada pesta orang pakai topeng dengan costume macam orang dulu-dulu. 

Sama macam karnival femes kat Venice, Italy tu. 

Depa ni dresses up giler, pakaian penuh dengan aksesori pelbagai. Kaler semua terang-terang giler.

Photogs penuh giler ambik gambor, sebabnya memang pesta macam ni jadi tumpuan. Cantik! Biasala aku pun join la sama.

Ada 2-3 aweks (aku agak la, sebab memang tak tau sapa dia sebalik topeng, silap-silap gaya awek tapi alih-alih balak, memang tak tau depa tutup abih tubuh sampai tak nampak kulit langsung kecuali tang mata) yang buat aku terpesona sebab topeng dengan hiasa dia cantik. Macam gambor bawah ni.




Sesilap memang ler boleh jadi berkenan. Kekekekke

Anyway, karnival ni memang cool giler. Ada dekat 400 orang dressed up macam ni, jalan keliling pekan Annecy. Depa-depa ni dengan sportingnya posing depan berpuluh-puluh photogs yang pro dengan tak pro.

Gambor-gambor kat bawah ni pulak yang aku submit kat Dreamstime, approved dan sedia untuk dijual.

Nak tengok gambor lain kat sini.
Album FB kat sini.


Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Carnival Venitien d' Annecy 2012
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com

Friday, March 2, 2012

CANON 5D MARK III UNVEILED!

 Hah, akhirnya, berita yang ditunggu-tunggu (at least aku la, excited semacam). Hehe

Canon 5D Mark III dah diumumkan. Cerita lanjut kat link ni.

Tapinya, aku tak la excited giler sangat sampai nak upgrade on the spot. Cuma excited sebab dengar rumours gilernya lama, sekarang ni dah kuar. Tu jer. Kamera aku sekarang ni pun elok and baguih. And kalau aku nak upgrade pun (bila aku dah kaya raya, banyak duit sampai tak tau nak buat apa lagi, dah masuk Forbes punya list) rasanya aku tak upgrade ke Mark III kot, baik aim for 1DX. :)

Rega Mark III kat B n H USD 3,499.00 @ RM 10,504.00 body jer. 

Dengan Kit Lens 24 -105mm F4L IS (standard la lens ni) rega USD 4,299.00 @ RM 12,912.48.

ADA BRANI? Hehehe

CAMERA STRAP : NEOPRENE BASED

Aku ada sembang pasal kamera strap dalam post aku dulu.

Kalau aku, memang aku takkan pakai kamera strap yang datang depa bagi sekali masa beli. Menyakitkan tengkok, rigid, etc. 

Pakai kamera strap neoprene, lagi baguih untuk kesihatan.

Tengok Karl Taylor sembang pasal kamera strap ni kat video bawah:-