Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Monday, June 27, 2011

MICROSTOCK PHOTO AGENCY : JANGAN PUTUS ASA!

Ada baca review tentang business jual gambar kat Microstock Photo Agency ni yang katakan 90% jurugambar yang submitkan gambor depa, dah give up sebelum cecah limit untuk cash out.

That's a BRUTAL FACT.

Advice aku satu jer, jangan cepat give up. Dan teruskan upload gambor berkualiti yang depa nak.

Sebabnya, kebanyakan kita ni bukan pro bergantung semata-mata kat hasil jualan kat situ. Tak tau dengan orang lain, tapi untuk aku ler, tujuan utama join untuk improve skill ambik gambor. Tujuan kedua, untuk pendapatan sampingan. Sebab aku ada kerja tetap, so tak bergantung sangat and berharap sangat. Ada orang beli baguih, tak de pun tak per jugak. Tapi dalam masa yang sama, balik pada tujuan utama, memang ada improvement kat skill. Banding dulu tak reti nak tengok cahaya dengan shadow yang sesuai atas benda and tak peduli pun actually, sekarang ni boleh agak dah cahaya arah mana yang elok. Contohnya lah.

Kat Dreamstime, dah dua bulan straight aku ambik gambor and upload, cuma 15 keping gambar orang beli. Total gambor aku submit 161, kena reject 37, approved 124. Serious tak banyak, sebab ada contributor lain yang submit puluhan ribu keping dan dah bertahun-tahun sejak 2005. So base on percentagenya, ok ler maknanya tu sebab mustahil aku boleh sampai tahap dia serta merta, aku baru dua bulan, dia dah 7 tahun.

Untuk perbandingan, kat bawah ni pulak, statistik aku kat Canstockphoto. 634 keping upload., aproved 439, rejected 195, SALES LANGSUNG TAK DAK! Hehe, tapi tak pe, macam-macam mana pun better lagi letak gambor kat tempat ni. Sebab, at least peluang orang nak beli tetap ada banding kalau aku simpan jer dalam hard disk which means, tak guna satu hapa pun.

Photographer Statistics
   Approved Uploads: 439
   Pending Uploads: 0
   Unfinished Uploads: 0
   Rejected Uploads: 195
   Deleted Uploads: 187
   Approval Rating: 69.2%
   Gallery Listings: 0
   Total Comments: 0
   Total Views: 340
   Total Sales: 0
   Total Earnings: $0.00

Berapa banyak aku ambik gambor and upload seminggu? Average dalam 50-60 keping kot, bergantung pada tahap kebusyan aku dengan kerja tetap.Kalau tak busy, maknanya ada lebih masa untuk aku tumpukan kat mengambik gambor. Tu tak masuk processing, editing dengan actual time upload dan jugak siapkan data gambor. Kalau busy sangat, kenkadang balik tengah malam, or kerja weekend dengan kerja tetap, sikit jer la, tapi every week aku set target untuk submit at least dalam 20-30 keping. Yang bestnya, aku ni a married man with 3 growing up daughters (maknanya memang busy sepanjang hari, dengan anak-anak lagi, dengan wifey lagi, dengan kerja lagi, dengan proses mengambik gambor lagi). Hehe. Tu tak masuk bab eksais dengan dengan naik beskal lagi, weekend sabtu, ahad. 3-4 jam pergi kayuh.

Tak.

Bukan nak bangga, atau nak tunjuk aku dasat. Jauh sekali dari macam tu.

Cumanya kalau aku boleh buat, korang sure boleh buat jugak. Continue perati, study and praktis. Set long and short terms target. Adjust masa dengan priority kita untuk accomodatekan kerja-kerja ambik gambor ni. Boleh punya.

Satu lagi aku bawak kamera aku pegi mana-mana, pergi kerja pun aku bawak. Just in case. Tapi hati-hati sama, jangan kamera kena cilok atau hilang. Benda mahal yop.

All the best yek.

Hokeh. Roger.

Sunday, June 26, 2011

LANDSCAPE : SUNRISE

Lama tak ambik gambor landscape.

Gian jugak. Pagi tadi keluar ler cari pot nak shoot.

Tempat ni aku dah lalu banyak kali, tapi tak nampak apa yang menarik, so pagi tadi masa lalu kat sini ternampak boat kat tengah berlabuh kat tengah tasik. Pagi tadi tak de awan, langit cerah, kalau tak ambik time matahari naik cam ni, memang ler nampak dull. Masa drive aku dah dok perati, langi slow-slow naik tukor kaler dari biru, ke merah, ke oren, memang timing ngam-ngam. Anyway, dah terlepas dah, tapi dok pikir, cun gak buat silhouette ni, teruih pusing keter cari tempat parking, sambag beg kamera dengan tripod, lari pegi tepi tasik.

Hehe, jangan tak percaya, masa langit macam ni tak lama wei, 2-3 minit jer. Aku dah experienced dah banyak kali, ada sekali tu nak tukor lens jer, tengah bubuh lens lain, dah abih. Langit tukor kaler lain pulak.Tak ler tak cantik, cantik juga, tapi aku nak kaler macam ni. So kali ni dapat ler. Tu pun jenuh mengah lari!

dan seriously, celaka itu nyamuk!

Banyak giler pulak pagi ni, sebab tak de angin kot. Dok menampor kiri kanan, perang ngan nyamuk, abih dihurungnya kepala. Dah ler rambut aku ni gunting style rekrut askor, tak de lapisan tambahan, abih gatal kepala. Biasalah, tu salah satu dugaan yang kena tempoh bila nak ambik gambor macam ni.BELASAH jer la.

Kejap jer aku lepak kat tempat ni sebab, peaih jer shoot gambor ni, ada takat 10 keping kot, matahari pun dah naik memancor, terang sangat dah. Kalau ada awan, selalunya aku tunggu lagi sebab gambor matahari main menyorok-nyorok dengan awan cun gak. Sebab pagi tadi tak de langsung, minum nescafe jap, pack barang dengan tripod, blah la.

Baliknya tu, aku pergi riki tempat lain, kat ladang gandum tengok depa dah tuai ke belum. Masa musim panaih macam ni memang aku tunggu time ni masa depa tuai gandum sebab jerami tu depa buat gelung banyak-banyak peh tu bior kat araih tanah. Cun gak tu. Satu lagi aku riki ladang buanga matahari, udah kembang ke belum. Tu pun cun gak. Ada la tadi yang tengok dah kembang, tapi tak banyak,seminggu dua ni masa la kot.

Hokeh, setting mcam bias akat bawah gambor.

Shutter speed, 1/4 saat, F14, ISO 100, 108 mm. Lens 70-200 mm


Shutter speed, 0.3 saat, F14, ISO 100 at 200mm. Lens, 70-200mm.

Lupa plak, kali ni aku tak pakai wide angle, sebabnya, nak tumpukan kat objek tu bagi nampak gelap, tapi nak kan background tu terang. Pakai wide angle, boleh jugak, tapi kaler dia tak timbul sangat dan pudar, banding dengan telephoto zoom. (Tips), Bergantung pada keadaan semasa dan composition dengan apa yang kita nak ambik, decide then pakai lens yang sesuai.


SBDK: SILA TENGOK SHADOW

Hari ni aku nak sembang pasal shadow.

Masa ambik gambor untuk product shoot atau model dalam studio buatan sendiri dalam rumah, pastikan shadow tu tak terserlah sangat kat benda yang gambor dia kita nak ambik tu.Tambah pulak bila kita pakai 2-3 light source.

Cara dia cam ni yang aku buat:-

1. Pakai satu sumber cahaya, shoot, peh tu jangan pasang lagi light source yang lain, cek dulu tang mana cahaya tu jatuh, kena pada permukaan benda tu. Katalah light source yang pertama tu kita hala dari sebelah kiri, so tengok kat sebelah kanan tu gelap, so maknanya next light source kita nak tujukan pada tempat tu lah.

2. Halakan light source no 2 kat sebelah kanan, peh tu shoot, tengok samada bayang tu dah kurang ke dak. So adjust light source tu sampai bayang tu tahap minimum atau tak de langsung.

Dan seterusnya, ulang proses yang sama.

Tujuannya, kita nak kan cahaya tu wrap around sabjek, sama lah kalau kita shoot potrait pun. Kita nak cahaya tu memeluk mesra, erat, dan kena kat sekeliling permukaan sabjek. Sebab cahaya ni bergerak lurus, so memang ada masalah nak bend the light. Tengok contoh dalam blog post light tent sendirian berhad aku dulu tu. Macam tu lah idea dia lebih kurang.

Ok tu jer, senang jer benda ni, tapi remeh la sikit,

SBDK:PEMBACA DARI INDONESIA

Terimakasih kepada pelawat blog ini dari Indonesia.

Maaf ye kalau tak paham sangat sebab saya tulis guna loghat Perak, dan kekadang loghat Utara Malaysia.
Anway, kalau ada apa-apa nak tanya atau nak kongsi pendapat, boleh gunakan ruangan komen blog ni, atau pun email saya di tiau69@gmail.com.

Sama-sama kita boleh dapat faedah.
"Buat gambor, bukan tangkap gambor."

 :)
.

Saturday, June 25, 2011

SBDK: AKSESORI : APA TU STROBES?

Hari meh sembang pasal light source flash gergasi a.k.a strobes.

Memula sekali apa ke benda strobes ni? 

Strobe ni flash ler tapi saiz gergasi. Sama jer dua benda ni, fungsi, tujuan pakai semua serupa. Saiz dengan power jer lain. Strobe umumnya ada dua jenih, satu yang boleh sync dengan kamera (macam flash), satu lagi continuos, mcam lampu rumah kita ler, sentiasa menyala jer kala udah switch on, Jenih nombor dua ni dulu tak berapa poplar, tapi sekarang ni dah makin in demand.

Anyway, macam flash, strobes ni power output boleh dikontrol nak bagi lagi terang ke, atau pun lagi malap. Boleh kontrol dari strobes tu sendiri atau pun dari kamera, bab ni masuk advanced sikit dah. Aku pun tak pandai lagi, masih belajor.

Anyway sebelum apa, apa, power tak power strobes dalam digital photography ni depa kira lazimnya ikut color temperature berapa KELVIN. Contohnya 5,000 K (dan ke atas kira sebagai cool colors, kaler biru-putih). Kalau strobes tu katalah ada nampak skel nonbor katakan, 2,700- 3,000 K, maknanya kaler temperature dia rendah, low dan warm (kuning, kemera-merahan, oren). Kalau komer nak gempak and tengok senyuman impressive tokeh kedai kamera, pergi ler tanya dia, "Wei, tokeh, saya nak beli strobes 5,000 K ada? " Kalau dia memang terer, dia kan jawab ler, "ada, ada, berapa banyak you mau angkat? apa model you mau?". Kalau ler depa tak tau, sah sah dia jawab," Encik, sini tak de jual seluar dalam Calvin Kline, Encik kena pergi kat Jusco tu" SAH ler depa tak reti. So, komer tau ler kedai tu boleh percaya ke dak.


Ni contoh Kelvin scale, aku cilok tah dari blog mana ntah, tak ingat.

So tu ler dia, aku rasa tak ler susah sangat basic strobes ni, Macam benda lain, udah biasa nanti jadi lagi mudah. Kita pun tak ler terkebil-kebil memalu kucing kalau kawan sembang pasal Kelvin. Hehe

Actually aku tengah bertapa belajor pasal strobe ni, sebab nak advancekan diri untuk ambik gambor dalam studio. 

Ada benda baru nanti aku share lagi.

Friday, June 24, 2011

SBDK: FOLLOW ME: NINA

Timakasih berbanyak pada Nina sebab sudi memfollow SBDK.

Cool!

Wednesday, June 22, 2011

SBDK: HIGH SPEED PHOTOGRAPHY : PROJEK AKUARIUM

Hokeh,

Sebagai menepati janji yang udah tertanggoh 2-3 hari lepaih, ni gambor projek akuarium tu.

BAHAN-BAHAN

1. Akuarium
2. Kain Hitam untuk background
3. Flash - aku pakai 2, tapi dengan continuos light pun boleh.
4. Lens 70-200 mm.
5. Kad hitam untuk tapih tempias flash. Ni aku buat sendiri jer pun
6. Tripod
7. Sayor-sayoran

CARA-CARA

1. Bubuh ayor dalam akuarium takat setengah atau 3 suku tangki
2. Letak tripod dengan kamera jauh sikit.
3. Flash letak kat kedua belah sisi akuarium, hala arah ke dalam akuarium.
4. Yang penting timing. Kena tepat tekan shutter masa benda tu jatuh cecah kat ayor.

TIPS

1. Kalau susah sangat nak fokus, set dulu macam ni. Letak sebarang benda tengah akuarium, fokus pakai auto focus dulu, dah cun, tajam and terang, switchkan ke manual focus. Sebabnya kamera kan dalam hunting mode bila kita tekan shutter sebab tak de benda yang kamera nak tumpukan fokus, so switch ke manual fokus untuk tetapkan tempat/ titik fokus,

2. Peh tu kena jatuhkan benda tu betoi-betoi kat tempat yang kita dah buat pre fokus tadi, supaya imej benda tu jadi sharp. Ubah jer tempat sikit, gambor tak terang.

3. Adjust flash power kurangkan/ tambah untuk bagi gambor kita tu tak bersinar sangat. Kalau pakai lampu meja, dekat dan jauh kan untuk terangkan atau gelapkan lagi, Pakai kain putih cover lampu pun boleh gak, tapi susah sikit nak adjust.

4. Kad tapih tempias cahaya tu letakkan sebelah tepi flash yang mengadap kain hitam background untuk elakkan cahaya melimpah kena kain hitam. Kalu dak, kain hitam jadi kain kelabu.

5. Cover Flash/ lampu ngan plastik. Benda ni mahe, rosak kena ayor kang, padam projek. Kalau lampu tu jenih panaih, jaga-jaga yop, kang cayor lak, plastik tu.

6. Pakai zoom lens sebab boleh close up jauh sikit, elakkan percikan ayor kena kamera. Pun sebab mahe jugak.

7. Shoot RAW, kalau tak cukup gelap background tu dalam imej asal, boleh adjust, gelapkan lagi masa proses, pakai BLACK slider.

8. Masa proses, cuba buang titik-titik ayor yang tak menarik pakai clone stamp.

9. Lap dinding dalam akuarium setiap kali lepah jatuhkan objek, supaya imej clean.

1/200, F8, 145mm, ISO 100

1/200, F7.1, 160mm, ISO 100

Lain-lain gambor dalam siri ni, kalau mengkomer nak nengok kat sini ye.

Mengkomer-mengkomer pun boleh buat gak. Tapi dari sini, cer kembangkan idea apa lagi kita boleh pikir nak ambik pakai high speed shutter ni. Macam tu, aku dah ada beberapa benda nak try pakai prinsip dan cara yang sama.

Jadi, tak jadi nanti aku share kat sini,

Tuesday, June 21, 2011

SBDK : UPDATE YANG TAK DE KENA MENGENA DENGAN AMBIK GAMBOR

Adoi, sorry ler sebab lambat sangat nak post gambor perojek akuarium tu.

Tak cukup masa nak buat semua aktiviti. Sekarang ni aku dah start joging balik sebab perut ngan badan aku dah naik balik. Sapa yang tak tau citer, dulu aku gomuk, 104 kg, complete mler dengan perut boroi menggelebeh, boyak 1st class dengan tetek besor boleh pakai bra semua cukup. Penyakit pun semua borderline, darah tinggi, kolesterol tinggi, kecing manih borderline, gout ataih pagor, semua cukup. Sebab aku tinggi, tak ler nampak sangat. Hehe. Peh tu aku jumpa kawan doktor aku, kena WARNING giler. Aku pun eksais ler.

Setaun eksais aku kuruih, berat badan turun sampai 80 kg dari 104 kg tadi tu, Selain dari lari, aku naik beskal. Main endurance sebab ikut kata doktor, tu yang sesuai untuk orang yang dah masuk keategori veteran. Tahun lepeh sebab winter, aku jadi malaih skit. So berat dah hinggap balik, sekarang kat 94 kg. Tu yang aku kena start balik eksais dengan kerap.

Nak tengok gambor aku gomuk? 

Buruk ooo!. Jangan ada termuntah lak udah. Ni link dia.

Jangan kata aku tak bagi amaran awal ya.

Okeh, sorry sekali lagi, Jap lagi kang aku try upload gambor projek akuarium tu..

Saturday, June 18, 2011

SBDK : MENGARANG GAMBOR : IDEAS AND PLANNING

Semalam aku sambag satu akuarium, 3 kaki x 2 kaki kot. Sini tengah summer sale, so aku ambik kesempatan usha tengok apa benda yang aku boleh belasah untuk studio entah apa-apa aku tu.

Itu ler, kengkadang nak tak nak kena gak keluor duit untuk beli bahan-bahan mengarang imej ni. Cumanya jangan spend banyak sangat, kalau boleh balik modal balik ok ler. Bior benda tu kita boleh pakai balik berkali-kali.Bior berbaloi yop! 

Aku ni pun banyak recycle benda-benda kat rumah ni yang dah tak pakai, Contohnya frame gambor lama, aku bubuh kertas hitam, buat kad penapis cahaya. Nanti aku tunjuk gambor dia guna untuk apa. Frame gambor pun ada gak aku lekatkan dengan aluminium foil, untuk balikkan cahaya. Sesuai untuk ambik gambor product, atau food Photogrpahy, Kalau nak baguih sikit, beli cermin muka kecik 2-3 untuk balikkan cahaya bagi terang kat tempat yang ada shadow. Contohnya ler.

Balik citer pasal akuarium tu. BUKAN sama sekali untuk bela Nemo, bapak Nemo atau spesis ikan tropika lainnya. Aku ni tang ternak binatang cukup tak suka, sebab kalau aku keluar travel, tinggal rumah 2-3 minggu, tak de sapa nak jaga, balik nanti, udah ikan tu berenang terbalik, baik tak yah, naya jer ikan tu kalau aku bela. 

Akuarium tu aku nak buat water splash Photography,  ala, gambor macam ni selalu tengok dalam majalah, yang depa campak buah ke, sayor ke, ayor tin ke atau ayor kotak dalam ayor tu, siap ngan buih dengan percikan, nampak macam fresh tu. Yang itu ler aku nak buat,

Tema aku kali ni sayor dengan buah. Semua udah beli tadi pergi pasor, jap lagi set bahan-bahan, peh tu tangkap ler. Shooting ni ada movement, cadangnya nak pakai shutter speed laju skit, kata ler 1/100 - 1/1000, tengok mana yang sesuai, aperture dalam F8 -F11 ke, tengok ler camna.

(TIPS) Kalau nak shooting dalam studio (ya, studio entah hapa-hapa aku tu ler), elok planning dulu supaya tak lupa satu benda pun. Ada checklist pun baguih jugak. Selalunya aku dok plan dalam kepala, tengok satu-satu apa benda nak pakai, peh tu catit dalam buku kecik. Ada yop, aku ada (TIPS) satu buku kecik untuk catit  idea yang kengkadang terlintas kat kepala aku tu (maklum ler dah berumur, selalu lupa, hehe), peh tu kalau ada masa lepas tu, baru aku explore balik idea tadi tu, peh tu planning bahan-bahan, setting camna, tengok you tube kot ada tips yang aku boleh pakai. Dah siap semua, baru aku ambik gambor.

Hokeh, nanti dah siap aku upload share dengan komer semua.

Friday, June 17, 2011

MICROSTOCK PHOTO AGENCY : REFERRAL LINKS

Hokeh

Ni aku nak ucap timakasih kat sesiapa yang dah join kat Microstock Stock Photo Agency melalui link referral yang aku boh kat sini. 

Seriously TIMAKASIH BANYAK.

Ni pun salah satu cara untuk tambahkan KAAA CHING gak kat Microstock Photo Agency ni. 

Bagi sesapa yang belum tau lagi, caranya, klik kat sebelah kanan tu link porfotlio aku, then dia akan bukak webpage agensi yang berkenaan. Kalau komer daftar and join sebagai Photographer atau Buyer, aku dapat komisen dari agensi tu. Tapi komisen ni aku hanya dapat kalau (Photographer) gambor kamu orang beli or (Buyer) kamu beli gambor.

Bila dah register cer bubuh kat website ker atau blog memasing, macam aku buat ni, tengok kat ruang dalam akaun kamu tu bawah AFFILIATION ATAU REFERRAL PROGRAM. Depa ada sedia bermacam jenih banner untuk dipromotekan dalam website/ blog memasing, so kopipeskan kod html atau java tu and masukkan kat website/ blog sendiri ikut sesedap rasa mata memandang.

Aku ni maleh nak bubuh banyak sangat, sebab nanti blog ni jadi macam pemandangan malam gelap disinari cahaya lampu panjut malam 27 likur jer nanti. Semak sangat, tapi tu ler, setakat mana sesimple boleh jer  udah.

Microstock Photo Agency ni ada jugak yang bayar USD 10.00 ke USD 20.00 kalau kita promotekan site depa melalui website/ blog kita. Kalau website/ blog dalam bahasa Melayu, Urdu, pun boleh, tapi salah satu syarat dia kena ada kena mengena dengan Fotografi.

Kalau website/ blog kita tu tak de kena mengena dengan Fotografi pulak, (contohnya blog citer UDA dan DARA ke, UPIN dan IPIN ke, boleh pilih yang ni). Lain dengan tadi tu sebab ni kita boleh jadi partner, maksudnya, dari website/ blog kita tu kita jual terus gambor-gambor dalam database depa (jadi macam sales depa ler). Kadar dan sharing rate dia ikut masing-masing.

Baca dulu mana yang sesuai dengan cita rasa memasing, peh tu decide ler. Aku ada baca kat mana ntah tak ingat, ada sorang mamat ni website dia dok man link sales jer. Tapi tu lah macam biasa nak kena banyak buat promotion website/ blog kita tu sendiri untuk jadikan poplar.

Aku rasa dah citer kot pasal FB dengan Twitter ni, tapi tak per, aku sembang lain. Kebanyakan Microstock Photo Agency ni pakai FB dengan Twitter, (TIPS) so eksploitkan jugak akaun FB dengan Twitter memasing. Tang Fb tu lah, kalau banyak friend kamu, banyak ler potential buyer, tapi cer jangan dok dalam kelompok sendiri, cari friend yang kamu tak kenal pun tak pe. Cumanya aku concentrate kat orang atau page yang ada kena mengena dengan grpahic design. Dengan Twitter pun sama gak, search untuk katalah graphic design atau buyer stock photoraphy, peh tu follow, belasah jer, Tapi kena update selalu. Function update status kedua-dua FB ngan Twitter ni sesetengah Microstock Photo Agency ada sediakan, so automatik jer, boleh update terus status dari site depa

(TIPS) Kalau join dah Agensi-agensi ni, exploitkan referral/ promotion/ affiliation program ni supaya dapat tambah faktor keKAAAAA CHINGngan tu.

Ok roger, all the best to all.

SBDK : SEMBANG KAMERA

Adoih!, sorry ler, aku paling tak tahan kalau orang tanya, contohnya,

Berapa hang beli Lens 70-200 ni? Kat mana beli?

Peh tu bila aku jawab

Rega dia RM X.............. , Beli online kat.................

Dia sambung;

Eleh, kat kedai X tu lagi murah. Kenapa hang tak beli kat situ.

Selalu terpikir dalam kepala hotak aku, kalau kat situ murah kenapa ler gamaknya hang sendiri tak beli? (sebab selalunya orang yang tanya macam ni tak beli pun. Saja jer gatal mulut kurap nak tanya). Aku punya pasal ler nak beli kat mana, berapa rega pun.

Tak pe lah tu, kalau setakat nak compare price, or nak tanya sebab nak dapat info tak pe ler. Start keluar perkataan ELEH (atau lain-lain perkataan yang sewaktu dengannya) tu tanda nak perlekeh la tu.

Sebabnya aku menyampah sangat ialah:-

1. Ingat aku tak buat research dulu ke sebelum beli? Benda bukan murah bang ya. Jenuh kompoi berbulan-bulan, tiap-tiap minggu pergi usha tengok dalam cermin display, layan perasaan, pasang angan-angan nak dapatkan, alih-alih dah dapat, kata situ lagi murah? Baru sedor koma ke hapa?

2. Lens bukan kain ela. Cer citer sikit kedai kamera gila mana nak bagi JUALAN HEBAT, HARGA RUNTUH? Tambah ler kalau lens tu L lens.

3. Bab bangga diri lak. Sorry, pakai kamera apa? Point and shoot? Bukan ler tak baguih, baguih kamera point and shoot ni, tapi lens 70 -200 mm ni boleh lekat dak kat kamera point and shoot hang? Aku pun dulu pernah pakai gak, tapi tahun 2005 dulu ler. Get my point?

Haih!

Wednesday, June 15, 2011

SBDK : MICROSTOCK PHOTO AGENCY : GRAPHIC DESIGNER AND IMAGE SUGGESTIONS

Actually sapa yang beli gambor kita kat Microstock Photo Agency ni?

Weh, banyak jenih. Pereka grafik ada, editor majalah, suratkhabor, bloggers, website designer, publisher, macam -macam. Ada gak yang beli gambor tu sebab dia suka jer.

Masa memula aku start join dulu, aku banyak upload gamor landscape tu yang aku suka ambik, tapi sale lembab sangat, so aku buat research sikit, apa ke benda gambor yang depa nak. Rata-rata depa beli gambor yang boleh dimasukkan dalam kerja design diorang macam product, background, ngan gambor orang tengah buat aktiviti. Banyak yang depa pakai untuk buat iklan.Tu sebab gambor jenih landscape tak berapa laju sale dia.

Satu lagi yang aku perasan depa ni banyak gak yang suka gambor-gambor exotic, (bukan erotic haaa), so kekamu yang kat Malaysia tu ada advantage dari segi ni, Kat sini hapalah yang aku nak exotickan. Anyway ambik jer gambor yang pada kita biasa tiap-tiap hari punya benda yang takde kat tempat diorang. Macam gambor buluh ke, wau ke, makanan ke, ais kepal ke, nasi daun pisang ke, etc, etc. Gambor pantai kita kat sana pun boleh dapat banyak sale gak.

Kalau ler aku balik cuti, for sure kena spare 2-3 2 TB hard disk. kepala aku ni penuh dengan idea apa nak ambik.

Ni satu lagi.

Ari ni ada orang beli aku punya gambor permukaan jalan tar. Saiz Large.

Background camni pun banyak gak yang depa cari. Background ni boleh dari macam-macam benda. Dinding bata ke, pasir, ke, batang pokok ker, api ke, haih bermacam ler. Selalunya sebab udah hari-hari kita tempoh, kita tak perasan ler benda tu sebenornya ada karekter, boleh buat background. Samala macam permukaan jalan tar ni, depan rumah aku jer pun tempat nya.


Semalam aku baru upload gambor telor ayam.

Ia, tak syak lagi dan tak salah lagi,the ever poplar, telor ayam. Macam yang aku dah sembang dalam post dulu, benda hari-hari depa minat. Ni boleh jadi imej untuk sabjek bab kesihatan, eksais, makanan, kehidupan (life), alam semulajadi, etc, etc.

Cer ambik satu benda, katalah payung ker, cer tenung sikt, apa yang terlintas kat kepala kita? Cabaran kat sini  ialah untuk mengkreatifkan imej tu supaya dapat hasilkan apa yang kita pikior tadi tu. Jangan orang tegor kamu, :"oi yeop pase menung tu, tebiat ke hapa,"  dah ler. Idak ler aku ni kerja menenung benda jer, cuma bagi pikiran kita tu run wild skit. hehehe



Pengabihnya, bila nak ambik gambor untuk jual kat Microstock Photo Agency, kena pikir apa yang depa-depa yang aku sebut kat ataih tu nak. Ni bukan bab ambik gamor yang kita suka, tapi ambik gambor apa yang depa suka. Sebabnya, kalau depa berkenan, depa beli. Depa beli, kita dapat komisen. Ujung tahun boleh sambag 1D satu.

:)

Monday, June 13, 2011

SBDK : LIGHT TENT UNTUK PRODUCT SHOOT

Ni aku share macam mana nak buat light tent.

Gunanya light tent ni nak ambik gambor benda atau untuk product shoot. Selalunya over white, atau pun white isolated, maknanya, gambar benda tu jer, dengan background putih, bayang pun tak de kecuali sikit jer.Tak yah pakai strobe memahal atau barang-barang yang dasat.

BAHAN-BAHAN

1. Laundry basket. ni aku beli kat IKEA, Kalau tak de, boleh buat sendiri pakai kain putih buat macam kiub. Tapi sebab aku maleh nak buat, beli jer senang, function dia sama jer.
2. Lampu Meja. Ni pun aku beli dari IKEA. LED atau halogen pun boleh, yang kalimantang (lampu putih) pun boleh. Elok yang ada hood supaya kita boleh kontrol arah cahaya.
3.Flash kalau ada.
4. Tripod.
5. A4 Paper

Gambor setting light tent macam bawah ni. Senang paham kot yek?


GAMBOR BAHAN-BAHAN


Satu lampu murah LED dari IKEA pancarkan dari atas.

dan lagi satu lampu LED murah IKEA dari bawah.

dan lagi satu lampu LED murah IKEA dari belakang

Sebab aku memang dah ada 2 speedlite/ flash, so aku pakai untuk cahaya dari kedua-dua belah sisi. Udah memang ada, guna je la, Tak guna kang buat rugi jer beli.

Ni aku ambik gambor strawberry, Tengok putih cahaya dalam light tent murah ni.ituler yang kita nak.


CARA-CARA

1. Pancarkan sinaran cahaya lampu-lampu tu ke semua sisi permukaan light tent. Atas, bawah, tepi, belakang. Dari depan tak yah. sebab kita nak ambik gambor dari depan. 

2. Kita nak cahaya tu wrap around sabjek imej tu. Maknanya tak mo ada bayang shadow, tu yang wrap around, cecah semua. Cek kalau ada permukaan imej tak kena cahaya adjust kan arah lampu tu. 

3. Cahaya dari belakang tu sebab nak putihkan background, kalau tak de, background jadi kelabu asap.

4.  Cahaya dari bawah nak hapuskan shadow sabjek dari bawah.

5. A4 paper tu tapekan kat dinding dalam light tent, jangan lipat, peh tu tapekan kat permukaan dasar light tent tu (seamless, macam melengkung ler). Ni untuk elakkan ternampak garis pembahagi antara dinding dengan lantai light tent tu. Dan jugak untuk menyerlahkan lagi keputihan kaler putih.

TIPS 

1. Aku pakai setting kamera Aperture F8 bukak selama 0.5 saat. Aperture F 8 sebab aku nak imej tu sharp semua dari depan ke belakang. Focal length 105 mm. Boleh pakai aperture kecik lagi macam F22 ke, tapi kena ubah setting shutter speed ke 4 saat ke contohnya, sebab lagi kecik lubang lagi lama cahaya kena masuk untuk compensate saiz lubang aperture kecik tu. 

2. Pakai tripod and shutter release cable atau time delay.
3. Elok letak kat bawah sabjek dalam light tent tu sekeping plastik lutsinar supaya boleh dapat kan bayangan imej tu. Bukan bayang shadow yek, Balikan bayangan imej. Alah hangpa paham lah apa aku nak sebut ni.(Tapi aku pun terlupa nak letak). Tak de plastik tu, kaca frame gambor pun boleh.

4. Kalau hangpa tertanya-tanya kenapa aku tak letakkan sabjek tu kat tengah-tengah frame, sebabnya aku nak exploitkan negative space (ruang kosong) sebab ni aku jual kat Microstockphoto Agency. So boleh lah potential buyer letak text kat ruang kosong tu, macam GAYA HIDUP SIHAT, MAKAN LAH INI BUAH MERAH lebih kurang.Hehe.


Light tent ni sesuai untuk bebenda kecik. Kalau  nak ambik gambor moto hangpa, keter ke tak boleh ler, kena buat studio besor. Tapi untuk ambik gambor pakaian ler katakan dengan mannequin sekali, light tent kena la besor almari. Lampu pun kena pakai yang power giler lagi.Alah, hangpa pepandai ler.

Light tent laundry basket aku ni contoh jer, ada jual yang pro punya, Lastolite Cubelite salah satu, ada banyak lagi brandnya, teringin gak nak beli, tapi nanti ler dulu, dengan yang simple ni pun boleh dapat kualiti imej yang sama..So buat apa nak buang duit. Samaler dengan strobe. Tapi kalau hangpa mampu, BELASAH JE LA.

Hokeh, SELAMAT MENERAI.

Sunday, June 12, 2011

SBDK: MENGARANG GAMBOR - MINYAK ZAITUN CAMPOR AYOR

Hokeh, ni aku amik gambor macro minyak zaitun campor ngan ayor. 

Aku ada tengok depa buat dalam you tube, so apa depa boleh buat, aku pun boleh gak. 

BAHAN-BAHAN.

1. Sebotol minyak zaitun.
2. Balang kaca
3. Ayor
4. Kertas kaler
5. Flash
6. Tripod
7. Lens macro, kalau tak de lens biasa pun boleh, tapi ambik dengan RAW, peh tu cropped untuk nampak close up sikit masa proses.
8. Meja kopi kaca

CARA-CARA AMBIK GAMBOR

1. Flash letak kat bawah meja dalam softbox, kalau tak de softbox ambik kain putih atau kertas A4, jarak kan sikit atas flash supaya cahaya flash boleh diserakkan.

2, Kertas kaler letak atas softbox, Kalau tak pakai softbox, letak kertas kaler tadi terus atas flash pun tak pe, yang penting kena jarakkan dengan flash tu sikit. Tujuan, aku ulang balik, untuk serakkan cahaya. Permukaan luas, cahaya lembut, permukaan kecik, cahaya keras and harsh.

3. Tuang ayor dalam balang, setakat untuk cover dasar balang tu jer dah cukup, jangan banyak sangat, nanti problem nak fokus.

4. Tuang minyak zaitun bagi campor dengan ayor, sikit dah.

5. KOCAK BALANG. Hehehhe, ni nak bagi minyak zaitun jadi bulat-bulat.
6. Fokus secukup rasa, ambik la gambor.

TIPS

1. Kalau payah benor lens nak fokus, tukar autofocus pergi manual fokus.

2. Bila pakai tripod ni, kalau ada image stabilizer kat lens tu, off kan, sebab kamera dah stabil. Kalau dak nanti, stabilizer tu dok kacau bagi goyang kamera (walaupun efek dia micro sangat tapi tetap bagi kesan kat imej).

3. Macam biasa bila pakai tripod, pakai cable release untuk releasekan shutter, minimakan kegoyangan kamera.

4. Kertas kaler tu boleh gak tukor guna cover CD atau DVD untuk bagi gambor minyak zaitun tu jadi kaler bermacam-macam, lagi cantik.


Ataih tu gambor aku set peralatan. So hangpa tau dapat ler the basic idea nak set camna.

Ni hasilnya

Kertas kaler pink sebagai background. Setting: 1/13 saat, F 3.5, ISO 100.

 DVD Cover sebagai background. Setting : 1/10 saat, F 2.8, ISO 100

DVD Cover sebagai background. Setting: 1/10 saat, F 2.8, ISO 100

Hangpa try ler kalau minat.

Friday, June 10, 2011

MENGARANG GAMBOR : AYOR BEROMBAK

Petang semalam balik keroje, aku tengok gambor kat Microstock Photo Agency depa ada upload gambor ayor.

Bawah ni gambor aku ambik lepas jenuh pikior camna nak buat.


Cool dak?

Boleh la untuk first time kot.


Ok, BAHAN-BAHAN

1. Balang kaca tapi kalau ada akuarium lagi ler baguih sebab lagi senang nak buat.
2. Flash.  Takde flash, pakai lampu meja biasa
3. Softbox, Takde softbox pakai kain putih, kain cadar pun tak pe, janji putih

Ni kritikal skit, cahaya flash tu atau lampu meja tu kena lalu kat kain putih. Tujuan kain putih ni nak serakkan cahaya and bagi cahaya tu permukaan luas, supaya lembut dan putih. Cer ingat balik, cahaya dari sumber kecik cahaya dia harsh, tak menarik, cahaya dari permukaan luas, lembut.

4. Tripod.
5. Cable shutter release, kalau tak de guna time delay 2 saat pun cukup. Ni untuk elakkan kamera goyang. 
6. Ayor ler secukup rasa

CARA AMBIK

1. Isi ayor dalam balang kaca atau akuarium takat setengah, penuh kang tak jadi sebab nanti ayor melimpah..
2. Tenang kamera kat permukaan sisi balang atau akuarium.
3. Buat ombak kocakkan air dalam balang.
4. Snap. 

Setting aku pakai 1/13 saat, F 14, ISO 100, sebab pakai tripod, so lama kan sikit shutter tak pe, lagi pun pakai flash, so pakai shutter lubang kecik ok, tak de masalah untuk dapatkan correct exposure. ISO 100 biasalah supaya minimakan noise.

Dah siap.

(TIPS)

1. Make sure balang kaca bersih dari cap jari. Yelah, dah pegang-pegang tu ada la kesan cap jari lekat.
2. Lagi elok kalau air tu kalau boleh bubuh kaler water kaler biru skit. Tapi tak la makna kena pakai kaler biru jer, Kaler hapa pun buleh. Hijo, samor, biru gelap, merah? BELASAH. Yang aku punya aku, aku tukar kaler ayor dari kelabu tu ke biru cam ni, guna Lightroom sebab water kaler anak aku entah pergi mana ntah, dah hilang. Isk bebudak ni! Bapak dia nak buat Latihan Amali pun tak boleh.
3. Kalau background tu tak cukup putih boleh adjust brightness dengan software masa process untuk bagi putih sebab kengkadang background jadi kelabu.
4. Setting kamera (balik kang aku taip, tak ingat).




Aku buat wave tu guna senduk nasi wifey aku jer macam gambor ataih tu, Heheh, maknanya, boleh pakai apa pun, janji boleh tolak ayor.

Thursday, June 9, 2011

SBDK: PAGEVIEWS HIT 1,200

Tak sedor dah sampai 1,200 pageviews hit.

Terimakasih banyak-banyak kepada semua pembaca blog ni yang datang jengok.

Aku terharu giler! (Apa? Aku tak boleh rasa terharu sebab aku selalu taip BELASAH?) Hehhe BELASAH!

On a serious note, seriously masa memula start blog ni, tak sure ada orang ke yang nak datang jengok.Tapi tu ler, syukur sebab ada, dah sampai ribuan pageviews pun.

Just nak ulang balik tujuan aku buat blog ni.

Kat sini aku nak share experience, tips, apa yang aku belajor pasal ambik gambor, sebab pada pendapat aku ler, benda ni tak de payah mana, semua orang buleh buat. Dan jugak sebab member-member aku mintak aku share apa yang aku tau, sebab depa tak de masa nak masuk kelas belajor ambik gambor. Yelah, semua kerojer, memang ler tak de masa. Samping tu jugak, ada member aku kat Malaysia komplen, tak berapa nak upaya abih duit beratuih untuk masuk kelas sebab kat Malaysia rega barang semua naik, lepas tolak duit untuk susu anak, minyak keter, beli barang dapor, tak de dah balance untuk bayor yuran kelas. Nak lepak sembang ngan aku jauh pulak. Ni kira kes kongsi pengetahuan dengan member pun jugak la ni. So harap-harapnya, bila depa dah jadi dasat, boleh ler cari duit lebih dengan ambik gambor besorkan anak-anak. Hehe Aku tumpang GUMBIRA!

Udah pakai argument cam tu, aku tak boleh ler kata apa lagi dah ler.  

Sekali lagi elok aku clearkan satu benda ni. Aku memang bukan sorang PRO. Citer-citer jer nak jadi PRO, Entah biler tercapai tak tau ler.  Aku sendiri ni masih banyak giler nak kena belajor. Tapi apa yang aku tau aku share kat sini. Bukan apa, tak mau ada salah sangka. Nanti kot ler kalau ada benda aku silap kongsi, aku kena BELASAH lak.:)

Semua ni belajor sendiri jer, aku tak ada bayor apa pun masuk mana-mana kelas rasmi, kecuali masuk kelab Kelby Training.Maknanya, ya kita boleh belajor sendiri. Tapi seriously, kena rajin. Rajin tanya, rajin cuba, rajin buat Latihan Amali. PASTI KITA BERJAYA (statement poyo belia 4B)

Hokeh, terima kasih sekali lagi pada semua pembaca. (Kamu-kamu citer ler kat orang lain pulak pasal blog aku ni, kalau sembang tu ye).

Orait!


Nota Kaki: Semua aksesori and benda-benda ambik gambor dalam blog ni sama sekali tak di endorse oleh syarikat jenama berkenaan, dan aku tak dapat bayaran hapa pun citer pasal barang diorang (kalau depa bayor kan ke best!). 

Semuanya pendapat aku jer. Kalau depa tak suka, lantak ler, apa aku kisah. ;)

Wednesday, June 8, 2011

SBDK : PROCESS AND EDIT: BEBASKAN GAMBOR DARI HABUK!

Salah satu masalah yang selalu aku terkena ialah habuk kat gambor.

Kebersihan lens ni memang aku jaga, selalu lap ngan cek tengok ada abuk ke dak. Tapi lekat jugak. Memang sukar giler nak pastikan lens tu clear, Kengkadang dah cuci pun, dah belek, tayang kat cahaya lampu, ingat semua dah line clear, alih-alih lekat gak masa pergi shooting. Biasalah semua tu. 

Kalau gambor ada abuk ni kita nak jual kat Microstock Photo Agency, sah kena reject, sebab benda ni la yang first sekali diorang check. Takde mahap punya.

Kena make sure finished image tu clean. Kalau dak kita sendiri tengok pun sakit mata, peh tu sakit hati, peh tu maleh dah ambik gambor. Peh tu pergi tolak balik lens kat Low Yatt kata lens ni tak baguih. Semuanya sebab habuk kecik tu. :)

Memang habuk ni musuh nombor satu. Kalau tak lekat kat lens, lekat kat sensor kamera. Mesti punya. Tapi tu lah, tak de cara yang aku rasa boleh make sure lens kita tu 100 peratus habuk free. Bukan macam jam tangan scratch free. 

Bab habuk ni aku cek semua gambor aku. Memang penat, tapi kalau kita nak serious dalam perihal ambik gambor ni, kena buat gak. Tak de jalan lain rasanya, sebab aku tengok Pro pun buat macam ni.

Cara nak cek (TIPS) Pakai Photoshop, Lightroom atau pun lain-lain software yang seangkatan, zoom imej 100 peratus atau lebih. Baru jelas segala macam benda. termasuk ler abuh-abuk tu. Peh tu touch up guna clone stamp tool. Make sure semua clean dan bebas dari habuk

Gambor bawah ni contoh habuk-habuk yang melekat tu ler. Ni dah zoom. Imej yang belum zoom, nampak macam tak de apa, clear dan cantik jer, tapi udah zoom, mak ai, banyaknya anasir-anasir subversif ni. 

So kena buang semua ni.


Tuesday, June 7, 2011

SBDK: PUBLISHKAN GAMBOR TERDASAT SAHAJA

Memng paham.

Kita nak tayang semua gambor kita bagi orang tengok. 

Aku pun macam tu gak dulu. Semua gambor aku ambik aku upload naik kat FB share dengan kengkawan. 40 keping ambik, 40 keping upload. 200 keping ambik, 200 keping upload.

Tapi serious. Actually orang akan boring tengok gambor kita. Sapa actuallynya yang nak tengok beratus keping gambor kita tu satu, satu? Kita jerlah kot. Sebab kita sendiri terpesona dengan gambor yang kita ambik tu, mengadmirekan hasil usaha, penat lelah kerja kita tu.

Tapi Encik Pro cakap ngan aku, tak yah buat cam tu. Sebabnya, orang akan ingat secara keseluruhannya semua gambor kita tu. Katalah satu dua jer yang elok antara beratus keping lain yang average, orang akan pikir, eleh tak de ler dasat mana dia tu, semua gambor dia biasa jer. Gambor dasat tu tenggelam, depa tak ingat dah.

So kita tak mo orang pikir macam tu. Sebaliknya kita nak orang tengok jer gambor kita satu yang dasat tu, WOW! First impression dia, Perhhhh! Dasat. Bior ler satu pun.

(TIPS) Cuma tayangkan gambar yang terbaik, terdasat, terindah saje. Biar orang tertanya-tanya, ada lagi ka gambor macam ni, Biar diorang tertunggu-tunggu siri gambor kita yang akan datang.

Contoh gambor bawah ni. 

Aku ambik berpuluh keping tapi dari semua tu aku pilih yang ni jer, untuk share dengan kengkawan. Kalau ler aku bubuh semua gambor itik yang aku ambik tu, hilang menariknya, sebab semua gambor-gambor tu  ialah gambor itik berenang. Tak de apa yang istimewanya. Tak de apa yang menyerlah.


Samalah dengan gambor bawah ni. Banyak giler aku ambik, tapi satu ni jer yang aku share. Ye la, gambor burung terbang, kecik pulak tu, apa yang menariknya, tapi kalau letak satu jer, nampak ler unik dan terserlah.


Hehe, aku tak ler kata dasat giler gambor aku ni. Ni contoh jer.

Tapi macam tu ler, kata Encik Pro, satu yang dasat dah cukup. Kita nak try bagi orang suka tengok gambor kita, bukan kita nak puehkan hati sendiri.

Kena brutal ngan diri sendiri gak, kengkadang tu.

FLASH : RECHARGE ITU BATERI!

Sekarang ni aku dok tengah bertungkus lumus praktis Flash Fotografi. 

Masih belum dapat memasterkan teknik-tekniknya. Teknikal giler. Kena pikir macam mana hilangkan shadow, bagi cahaya flash sama level dengan cahaya semulajadi, memacam lah.Kalau dah jadi nanti aku share kat sini.

Satu benda penting aku belajor, Flash guna bateri banyak giler!

Walaupun mulut aku ringan nak menyumpah bila bateri dah abis, dan flash tu ambik masa yang lama nak power up balik, aku tahan jer mulut aku, sebab memang ler logik, udah pakai banyak, abih ler power bateri. Nak buat camna.

So yang paling elok sekali pakai bateri yang boleh recharge balik. NiMH. Kalau pakai bateri biasa alkali tu, mampos duit abih banyak asyik dok beli bateri jer, lelama boleh buat timbun lubang besor.

NiMH ni maknanya Nickle Metal Hydrate. Kalau orang tanya, dengan dasat dan bangganya hangpa boleh jawab kan. Hehe


Rega?

Mahal banyak. Bateri tu pun mahal, Charger tu pun mahal jugak..

Tapi in the long run, save duit dari dok beli berpuluh-puluh bateri biasa alkali tu. 

Aku beli spare sekali, satu set bateri pakai, satu set bateri charge untuk pastikan bekalan bateri sentiasa cukup.

Monday, June 6, 2011

SBDK : BAB AKTIVITI AMBIK GAMBOR

Aku nak bukak bab baru.

Ni citer pasal camna adventure (macam la banyak rintangan sangat) aku ambik gambor, kira macam Behind The Scene la ni. 

So okay....

Sabtu lepaih aku bangun pukul 4 pagi, dengan tujuan nak keluor rumah pukul 4.30 pagi. Ni ambik kira faktor masa musim panas kat sini subuh gilernya awal, so aku bajet pukul 4.30 pagi cukup cantik la nak keluor ngam-ngam rembang subuh. 

Masalahnya.................

Pukul 4.30 pagi pun langit dah TERANG! Ufuk dah MERAH keyellowan! 

Nampak gayanya terpaksa la keluar pukul 4.00 pagi and bangun tidor lak pukul 3.30 pagi (selalu aku peruntukkan masa 30 minit untuk hilang mamai zombie bangun tidor). Itu kalau pergi setakat tempat dekat dengan rumah jer, kalau nak pergi tempat lain yang kena sejam dua drive, kena bangun pukul 1-2 pagi la kot. Dak pun tak yah tidor langsung, lepas ambik gambor baru tidor.

Masa musim panaih, ni la masalahnya, nak tunggu senja lak, sama jer, kul 10 malam baru hari nak berlabuh. Tu masa aku dah nak tidor plak. Tak ke haru.

Tapi BELASAH jerlah, nak ambik gambor punya pasal, ku gagahi jua. Tidor nombor dua.



Ataih tu gambor aku ler tu.Kawan aku ambik (aku cilok dari FB dia), dia pun minat gak ambik gambor. Aku kata kat dia, hang pun giler ambik gambor gak bro, yang dia cuba nak nafikan sebab katanya ni hobi masa lapang jer. (Yelah tu, kalau masa lapang jer Yop, ada kamu nak ngikut aku pukui 4 pagi keluor rumah? Ada? Ngaku jelah oi! Udah terang-terang tanah lagi nak bersuluh ke? :))

Cer peratikan kayu kat gigi air tu. Kayu hanyut tu aku letak kat depan tu ler, nak bagi ada sabjek sikit, supaya gambor tak nampak kosong sangat. Ni kira tiru Karl Taylor la ni. Tapi dia punya lagi la menarik sebab kat tepi laut. Dengan ombak bagai, cun giler, Tempat aku ni kalau nak pergi pantai, kena drive setengah hari baru sampai. Tasik ni jer lah yang ada pun. So apa kira, belasah. (TIPS) Gunakan apa yang ada keliling kita yang kita pikir boleh enhance value imej tu. Kayu hanyut, rumpair, buleh belaka. Peh tu kot ada sampah sikit macam masa ni ada plastik hapa ke benda tah, jangan malas yer, sila ambik and alihkan plastik tu. Memang boleh photoshop, tapi nak buat apa buang masa depan komputer nanti? Baik buang dari awal.


Ni hasil tadi tu. 

Buleh ler, walaupun kalau boleh aku nak banyak lagi awan kat langit tu. Cahaya matahari tu kalau dapat reflectkan dari batu-batu kecik tu cun gak, tapi yelah, tak berapa jadi, sebabnya aku terlupa (TIPS) simbah ayor kat ataih batu tu bagi basah. Bila batu tu basah, lagi ler boleh reflectkan cahaya. Wet Look. (Permukaan basah lagi ler membalikkan cahaya dari permukaan tak basah).

Selalunya aku bawak nescafe panas dalam termos (flask), rokok sekotak. 

Tak tau ler denga hangpa....

Tapi layan matahari naik bertukor-tukor kaler ni dengan nescafe panaih sambil isap rokok, suasana pepagi sejuk nyaman, dengan ayor tasik hening cam ni,......................

Perhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

Tak ke damai hati?

Saturday, June 4, 2011

SBDK : MICROSTOCK PHOTO AGENCY : GAMBOR BENDA BARANG HARI-HARI

Apa yang bezakan gambor kita dengan gambor orang lain?

Encik Pro yang dasat tu tanya aku Aku tak leh jawab ler, mana tau, belum tengok gambor orang lain lagi. So anyway, contohnya gambor bunga ros. Tetiap hari Valentine, gilernya banyak gambor bunga ros keluar kat majalah, laman web, blog, etc, etc.

Bunga Ros ni kalau dia model cun ler, abih letih tak upaya nak posing lagi dah sebab imej dia dah diambik dari segala ceruk sudut angle yang terpikir. (TIPS) So cabaran dia kat sini macam mana nak bagi shot bunga ros kita tu tak sama dengan orang lain. Yang tak pernah terlintas kat kepala kreatif orang lain.

Dapat ler kot ya, yang Encik Pro ataih tu nak bagitau point dia?

So ini cuma contoh jer la setakat kepala kreatif aku boleh pikir apa la nak buat dengan bunga ros tu. Hangpa for sure lagi kreatif giler dari aku sebab hangpa muda lagi, Aku ni lagi 8 tahun masuk ler golongan veteran.

Tu la dia, cuba mengkreatifkan lagi shot kita tu supaya dia standout, tak sama dengan orang lain, bagi unik skit.


Ni masuk bab lain pulak. 

Aku terpesona, terasa diri begitu bengkek sebab aku bila research gambor dalam Microstock Photo Agency, gambor benda hari-hari la yang paling laku orang beli. Cis!

Sebab sebelum ni tak pernah terpikir lak yang sepatutnya tak payah keluor modal mahal nak ambik gambor benda. Ada satu gambor tu gambor bekas siram bunga kaler biru terang, dia letak kat celah pasu bunga, jadi bestseller!

So tengah lepak hisap rokok, pikir apa la benda biasa, yang pakai hari-hari yang boleh dikreatifkan. Masuk dapor, perati punya perati, tengok serbuk rempah ratus, menarik gak la kaler segala manika rempah kalau letak atas kertas putih, campor semua tengok apa jadi.

Ni hasil dia, serbuk kunyit campur serbuk kari, campor serbuk cili. Ambik kau! Nak sangat benda hari-hari? Hah! ni benda hari-hari aku! (sorry ter emo skit).

(TIPS)

Anyway, kes ni ajor aku supaya tarik nafas, bukak mata, bukak pikiran tengok benda sekeliling hari-hari yang sebelum ni tak pernah terpikir boleh jadikan sabjek Fotografi.

Aku rasa ini ler yang orang kata seni. Betoi ka?

Apa nak kira, BELASAH!

Bukan tahap aku le nak bagi label SENI. Aku cuma nak ambik gambor menarik, unik dan boleh jual kat Microstock Photo Agency. 

And kalau gambor serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili ada potensi untuk dijual, aku ambik la gambor serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili tu.

Hehe

Thursday, June 2, 2011

TIPS MICROSTOCK PHOTO AGENCY : KEYWORD

Salah satu benda penting untuk submit gambor kat Microstock Photo Agency ni ialah bubuh keyword. 

Memang giler!

Sebab aku bukanya pandai sangat omputih. Bahasa sendiri pun tunggang langgang, ni nak cari perkataan yang seakan sama dalam bahasa lain. Adoi!

Memula dulu memang jenuh kepala hotak mikior hapa ke jadahnya perkataan lain yang melambangkan perkataan sunrise contohnya. Siap ler bukak kamus, tapi yelah kamus tu tebal benor, berat pulak, lelama give up le aku pun.

So pikior punya pikior macam mana nak menyenangkan keghojer, jumpa satu cara:-

TIPS

Macam ni.

1. Submit gambor kat Canstockphoto.
2. Peh tu tang Unfinished File tu, (tempat yang kita nak masukkan maklumat gambor tu, termasuklah keyword) ada keyword helper. Klik, keluar satu window lain.
3. Taip kat window tu perkataan yang kita nak, dia akan generate semua perkataan lain yang berkaitan.
4. Kalau untuk submit gambor kat Canstockphoto jugak, klik jer kat ruang kosong semua perkataan yang kita nak, peh tu abih, last sekali enter. Automatik terus menjelma kat ruang keyword gambor kita tu.
5. Untuk keyword gambor sama kat agensi lain, copy jer keyword dari Canstockphoto, kemudian pastekan jer kat ruang keyword agensi lain tu. Senang. Dah settle.

Link keyword helper Canstockphoto kat sini.

Senang, tak yah nak taip banyak-banyak. 

Proses kerja aku, first sekali aku upload and submit kat Canstockphoto, peh tu copy paste tajuk, description dengan keyword bubuh kat agensi lain. 

TIPS MICROSTOCK PHOTO AGENCY : SILA BUANG LAMBANG

Tips ni aku dah test.

Gambor keter kawan aku kat bawah ni aku dah photoshopkan buang lambang dengan nombor plet, peh tu aku submit kat microstock photo agensi. 

Hasilnya 4 agensi approved, satu dak. Aku email kat agensi tu Bigstockphoto, pehal tak terima, yang lain takde masalah pun. Dia jawab, sebab body keter terutamanya yang kat depan tu pun ada copyright so depa tak mau ambik risiko. Aku pun maleh ler nak layan lebih-lebih, tapi sekarang ni tau dah la mana yang boleh terima gambor keter lepas buang lambang ngan no plet tu. Agensi lain, Fotolia, Depositphoto, Canstockphoto, Photokore, semua approved. Ok la dari tak terima langsung.

So kesimpulan dia boleh submit gambor keter memasing (he, he) dengan syarat buang lambang ngan nombor plet atau apa-apa benda kat keter tu yang boleh identify jenis keter tu. Ni termasuk ler kapchai 50 kupang dan kenderaan lain, dengan apa segala benda yang ada lambang, botol air mineral pun tergolong sama.

Gambar macam ni tak perlu ada Property Release, maknanya aku tak yah mintak, pujuk, belanja makan kat kawan aku untuk dia sign release gambor keter dia. 

BELASAH!





Kat tengah-tengah rim tayar tu pun ada lambang, punya lah siksa mata aku nak touch up!