Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Tuesday, May 31, 2011

FOLLOW ME :

Terimakasih Danny and Rizal Mohd kerana sudi mempollow SBDK.

Ada tips atau perkara cool yang boleh kita share sesama kongsila kat ruang komen. Boleh bagi meriah sikit.

:) Happy shooting!

SBDK : GAMBOR AKU AMBIK GAMBOR UNTUK MICROSTOCK PHOTO AGENCY

Post ni aku tunjuk gambor aku ambik gambor untuk tujuan submit kat Microstock Photo Agency.

Background pakai kertas alas meja, murah jer satu gulung, peh tu ambi selai A4 paper, susun semua ke bala rempah ratus, serbuk kari, serbuk kunyit, serbuk cili kat atas A4 paper tu.

Pakai tripod untuk elak kamera shake (tripod ni jenis Manfrotto Neotec, aku suka sebab kaki dia slide jer kalau nak bukak, takyah pusing skru, atau pun yang klip satu-satu bahagian tu and satu lagi sebab boleh positionkan tripod tu macam dalam gambor untuk ambik gambar micro). Perhatikan plastik bekas rempah ratus wifey yang aku cilok dari dapur dia, (tanpa pengetahuan dia ler). 


Okeh, aku ambik dengan setting 40mm, wide angle lens, sebab nak cover semua permukaan A4 paper tu, pakai wide angle, viewing angle luas. Aperture kat F 15, sebab nak elakkan shallow depth of field, biar nampak semua in focus, dan aku pakai shutter speed 1/15 saat, sebab aperture dah kecik, so bukak lama sikit bagi cahaya masuk banyak sikit untuk compensate.

Aku pakai flash dalam softbox, supaya cahaya flash tu diserak luas and untuk bagi cahaya dia lembut gemalai. Flash naikkan setting +3 tambah power and aku positionkan dekat sikit supaya kertas A4 tu tak jadi kelabu.


Ni hasil gambor tu, lepas process dengan Lightroom.


Link untuk versi lain gambor macam ni yang aku dah upload ke Microstock photo agency kat sini.

Aku takde background graphic design atau arts, masa sekolah dulu masa lukisan selalu kena cubit kat perut sebab aku tak pandai lukis, (apara cikgu aku tu! chait! dah tak pandai nak bagi pandai macam mana lagi, bukan tak try), so ni aku main tabur jer, tabur sana sikit, sini sikit, jadi ler macam tu. BELASAH, apa nak kisah. Janji jadi.

Hangpa try ler.

Friday, May 27, 2011

SBDK: TIPS PERSEDIAAN AMBIK GAMBOR

Ok

Aku selalu terkena macam ni.

Kengkadang bila ambik gambor, dengan penuh perasaan konpiden, shoot, alih-alih keluar imej macam siul. Sebabnya, tak check setting dulu dan sebab semalam shoot pakai setting lain. Semalam katalah aku pakai mode lain, tapi hari ni aku nak pakai manual, so sebab maleh nak cek, tekan butang shutter, gambor tak jadi la mcam apa yang diidamkan.

Yang paling tak bestnya kalau gambor yang kita nak ambik tu jadi masa tu je lah. Lepa, leka jer, abih dah. Macam nak ambik gambor bunga api ler katakan, masa tu jer lah nak ambik, sebab sekali jer jadi. Kalau setting tak betoi, abih dah  la, tunggu ler tahun depan pulak.

Tips

So ok, nak elakkan jadi macam tu, sekarang ni, sebelum aku masukkan  kamera dalam beg, aku pikir dulu, nak ambik gambor apa hari ni, kalau nak ambik landscape, aku cek setting ISO 100, F stop tukor F8, single shooting, tengok lens ada habuk ke dak, lap dulu kalau ada.
Tak lama pun, 2-3 minit jer. 

Ni nanti bolehkan kita teruih ambik gambor bila sampai tempat yang kita nak pergi tu. Tak payah tunggu, tak payah nak cek lagi kat tempat tu, tak buang masa. Zassssss! teruih ambik gambor.

Spend ler masa sikit cek setting sebelum keluor shooting.

Wednesday, May 25, 2011

AKSESORI STUDIO : SOFTBOX DAN LIGHT STAND

Aku baru sambag satu Lastolite softbox, beli kat BnH

Lastolite Hot Shoe EZYBOX Softbox Kit - 15x15" (38x38cm)

Boleh la.

Tujuan softbox ni untuk spread dan lembut kan cahaya dari flash harsh giler tu. Sesuai untuk potraiture dan product shoot.

Benda ni boleh pegang dengan tangan jer, tapi sebab kalau mintak tolong orang lain pegang, kot lama sangat kang, merampoih pulak dia nanti, so aku pun beli gak light stand bawah ni. 

Senang yop, kerja sendiri.

Impact Light Stand, Black - 6' (1.8m)

Rega lightstand ni murah jer.USD 19.90 jer satu.

And memang tepat tekaan hangpa, aku beli ni sebab nak shoot gambor product, untuk jual kat stock agensi, sebab banyak yang aku tengok depa ambik gambor benda hari-hari, macam makanan, duit kertas, background texture benda, yang kengkadang aku menyumpah gak tengok boleh jadi best seller, padahal gambor garpu jer.Tak hangin! Tapi tak pe, itu salah satu cara belajor jugak. 

Sambil tu boleh practice skill ambik gambor pakai flash ngan skill studio pulak.

Sebenornya camni, kita boleh buat sendiri benda-benda ni, aku try dah dulu dan aku dah citer dalam post gambor bunga tu aku pakai baju melayu hitam untuk background hitam. Aku pun maleh sebenornya nak keluor duit banyak-banyak beli aksesori ni. Tapi sebab kat sini tak boleh bertukang, bising jiran komplen kat polis. Kalu idak, dah buat sendiri dah, bukan susah sangat, cari kain hitam, beli aluminium foil untuk balikkan cahaya, bubuh dalam kotak ke, manila kad ke, buat kotak tu bentuk triangle, depan tu bubuh kain cadar putih, jadi ler softbox. Yang penting ada permukaan putih luas untuk selerakkan dan lembutkan cahaya. Kat Switzerland ni pulak, nak beli kain ela tu jer pun dah mahal nak mampus. Tak berbaloi buang duit. Background putih, pakai kertas alas meja makan kenduri kahwin tu yang empat segi tu.

So ituler, nanti aku dah ambik gambor, aku share kat sini.

PHOTO STOK AGENSI : MARKETING TIPS

Offer gambor yang kena reject untuk free download.
Maknanya gambar kita kira macam donate jer lah kat stock agency untuk orang download. Kalau gambor kita tu menarik, banyak ler download dan secara tak langsung, orang boleh tengok porfotlio kita dengan tengok gambor-gambor lain yang kita ada. Expose portfolio kita lagi.

Tips ni aku dah test kat Dreamstime. 

Dari tak de orang langsung yang nak tengok porfotlio aku, kira ok lah orang dah notice sikit. Baru ler depa tau aku ni ujud gak kat Dreamstime. Kalau dak tu hampeh, kosong giler. Sejak aku submit gambor untuk difree downloadkan yang memviewnya dah bertambah.


Contohnya, ni link gambor free aku :-

1. Gambor 1
2. Gambor 2
3. Gambor 3

Orang yang download gambor kita tu pun tertakluk gak kepada syarat-syarat licensing. Macam tak boleh dikomersialkan, buat merchandise, etc.

Tips ni ni aku try gak kat stok agensi lain 123RF, Fotolia, DepositPhoto, etc.

Tapi ada jugak stok agensi yang hanya terima gambor yang dah approve sahaja untuk di offer free download.

Sunday, May 22, 2011

SBDK: GAMBOR BULAN

Hari ni gambor aku laku lagi 2 keping. Cool.

Sale ada, tapi quite slow, so yang penting jangan give up, ambik gambor yang ada kualiti and submit kat stock agency. Ikut apa yang depa nak. Jangan rasa hampa dan keciwa, kalau gambor kena reject, kita belajor.

Pendapat aku, kalau Stock Agency approved gambor kita tu maknanya gambor kita tu baguih ler. Kalau idak tak de ler depa approved, idak gitu?

Boleh jual ke idak, itu terpulang kepada buyer yang nak beli, dah luar dari bidang kuasa kita. Apa yang kita boleh buat, try marketing giler-giler. Bukan susah pun, kalau ada twitter ngan FB, exploitkan function like, ngan follow tu, lelama kita ni VISIBLE la. Kat Flicker pun kita boleh buat benda yang sama.

Kalau maleh sangat, buat photoblog, tak yah tulih hapa pun, upload gambor jer. JANGAN LUPA WATERMARK. Peh tu masukkan kat list blog, site mana-mana yang buat list blog-blog semua ni, 

BELASAH! 

Jangan malu nak mintak tuanpunya blog-blog yang popular tukor link ngan blog/ site kita. Aku ada jugak email request kat 2-3 blog Malaysia yang popular giler untuk  tukor link, tapi jawab pun tak de. Tak pe tu, depa tak layan kot mungkin sebab kita orang baru, tak kenai, or mungkin depa ingat kita nak spam. Tu semua cabaran, pikir positif jer la sebab apa depa tak moh layan kita.. 

Aku tak de hal, sesapa nak tukor link ngan SBDK ni, kecik tapak tangan, ladang kelapa sawit aku tadah (tapi sebab arwah bapak aku bukan orang Felda, tak de la ladang kelapa sawit) :). Sound jer, aku bubuh kat sini. Bior kita sesama harok cita-cita jadi pro.

Gambor bawah ni aku tak de bubuh watermark sebab aku nak share. Kat FB aku ramai kengkawan suka gambor ni, ramai mintak nak download nak buat screensaver. Udah kawan, aku pun buang ler watermark untuk depa download. Mana tau sebab depa suka, depa doa untuk aku jadi berjaya, tup sangkut satu doa, Alhamdulillah.

Gambor ni kira ekslusif sebab aku tak jual kat mana-mana Stock Agency.

Kalau hangpa nak download, ambik ler. Cuma mintak tolong citer sikit kat mana dapat, kalau ada la orang tanya yek.Kira mintak tolong jugak la ni.

Wokeh, hari ni Birthday anak aku yang bongsu. Nak ambik gambor dia tiup lilin.7 tahun dah anak dara aku ni, kena spend masa sikit ngan family, anak-anak pun bukannya lama duduk dengan kita, lagi 10 tahun dah besor, dia tinggal la kita pergi kerja ker, sambung belajor ker. Masa ni la nak spend masa dengan depa.

Okeh, roger.


 400 mm, F14, ISO 100, 1/20 saat, tripod, cable release, Raw, process pakai Lightroom, Cropped from original RAW file.

Ni aku ambik pakai lens 70-200mm + 2 X Extender = so range dia tambah 140-400mm.

Friday, May 20, 2011

STOCK AGENCY : DREAMSTIME

Salah satu gambor yang aku upload dan diluluskan untuk dijual kat Dreamstime.

Red Dawn
© Photographer: Akulamatiau | Agency: Dreamstime.com


Tak ler laku lagi :)

Thursday, May 19, 2011

SBDK : STOCK PHOTO AGENCY - PHOTOKORE

Gelak besor tengok nama Stock Agency yang ni, PHOTOKORE. Paham-paham je udah.

Anyway, yang ni based kat Korea, target buyer dan photographer untuk Asia Region.

Aku belum submit lagi, tengah buat research berbaloi ke dak nak participate. Tengok rega dia dulu, cara pembayaran camna, apa yang dia offer, boleh bertahan ke agensi ni, sebab banyak jugak yang bungkuih lepas 2-3 tahun operasi, popular ke dak ranking dia dalam technorati, memacam ler aku nak cek. Sebabnya no point upload ke Stock Agency yang tak popular and tak de ramai orang jenguk sebab gambor kita tu based on berapa banyak orang beli. Kalau trafik sikit, tak berbaloi, kita pulak kena compete dengan ratus ribuan photographer lain.

Komisen gambor 20%, tak de ujian, boleh upload terus. Depa nak salinan paspot atau Lesen memandu untuk pengesahan. Bayar dalam USD atau matawang pilihan sendiri. Pakai Paypal.

Nanti kalau ada info lain, aku share.

SBDK : PHOTO COLLAGE

Kengkadang sebab satu tempat, situasi tu kita berkenan, kita ambik banyak gambor yang hampir sama tapi tak serupa.

Macam aku ler minggu lepas, sebab cantik sangat tempat dengan suasana matahari jatuh tu, aku shoot gilernyer banyak gambor, cuma beralih position dengan angle jer. 

Masalahnya kalau orang tengok diorang akan boring giler, sebab asyik-asyik benda sama jer, walaupun sebenornya setiap shot tu berbeza. Bila orang kata macam tu, jangan angin pulak sebab otak manusia memang macam tu, akan cari benda yang sama bila tengok berkeping-keping gambor.

Nak mengwowkan lagi gambor tu, bagi impact lagi berkesan dan menarik giler, buat collage. Gabungkan 4-5 gambor gambor tu dalam satu kanvas. Ni nak buat kena pakai Photoshop atau lain-lain image editing software.


Contoh gambor aku buat cam kat ataih tu.Buat tak lama, kejap jer dalam 5 minit dah siap.

Gambor macam ni banyak photographer submit kat Stock Photo Agencies sebab lagi menarik dan ada market. Dah submit dah tadi, testing tengok macam mana respon.

Cara nak buat macam kat video ni. Mamat ni ni pakai Mac, so adjust sendiri yek keyboard mana nak type kalau pakai PC.


Ok roger.

VIDEO: BATTLE AT F-STOP RIDGE

Serious, aku gelak guling-guling tengok video ni.

Tuesday, May 17, 2011

SBDK: UPDATE

Okay, sorry berbanyak sebab lama dah tak update.

Aku tersikit obsessed dengan research cara-cara nak market gambor. Banyak ler aku belajor 2-3 minggu kebelakangan tu. Macam biasa, sebab aku ni orang baik hati dan mulia jiwa, aku share ler setakat yang aku tau info dengan hangpa semua kat sini.

1. STOCK PHOTO AGENCY

Bayaran based on commission, sebab dia jual gambor kat buyer murah, komisen kita pun murah ler sangat. Satu gambor jual ada la dalam 25- 50 sen USD jer. Maknanya kena buyer beli banyak giler baru ler boleh kaya. So far teruih terang gambor aku yang terjual dari beratus-ratus keping upload kat 6 stock photo agensi ini adalah sebanyak 7 keping jer. Huh! bukan senang.

Gambor Landscape tak berapa laku sangat walaupun gambor aku yang orang beli tu gambor Landscape, ye la udah itu yang aku minat, banyak ler gambor jenih tu.

Gambor kalau ada orang atau bangunan kena ada sama disertakan model/ property release.Tak dak kalu, sah kena reject.

Gambor yang ada trade mark, macam katalah Nike ke, Adidas ke, Coca-cola ke FIFA ke, jugak akan kena reject.

Nak tengok apa jenih gambor yang banyak boleh jual, tengok kat depa punya best sales kategori.

Yang tak baguihnya, ROYALTI TAK DAK! maknanya gambor kita tu royalti free, orang yang beli boleh buat apa jer depa nak tanpa bayor sesen pun kat kita balik, Macam katalah dia nak buat kalendar, 5000 keping, peh tu jual, kita tak akan dapat seduit langsung royalti sebab kita dah accept kontrak jual gambor tanpa royalti. Dapat yang 25-50 sen tu jer lah pun. So kalau nak jual, pilih sama untuk Extended Licence, lebih la sikit komisen kita.

Satu lagi yang aku find out, boleh gak jual secara exclusive kat sesatu Stock Agency. Tapi bila dah exclusive, tak boleh ler jual gambor tu kat stock agency yang lain. Harga lagi mahal (kalau orang beli) dalam USD 250.00 lebih kurang.

2. MARKETING

Tak dak. 

Kena buat sendiri. Banyak aku tengok, mengtweetkan update status kat Tweeter, FB dan website sendiri. Gler kena aktif! Kalau dak tak de la bakal pembeli tau gambor kita ada untuk dijual dalam stok agency ni. Aku memang tengah giler aktif untuk marketkan gambor-gambor aku. tengok la dalam 2-3 bulan lagi hasil dia camna.

Hehe ni buat marketing  la  ni.

Twitter aku : akulamatiau. 
FB : Akula Dua

Cari ler kalau rajin.

3. ANALISIS (Ala, biasa la, sekali sekala nak terasa mendasatkan diri).

Stock photo agensi ni aku rasa sesuai untuk amatur macam aku (tak la kata pro tak boleh plak, tapi itu citer lain) sebab:-

- Exposure - Pendedahan peringkat asas. Gambor kita tu boleh diterima ke dak? Ada potensi ke untuk jual?
-.Belajor teknik betul ambik gambor bila depa reject depa bagitau apa yang salah, yang tak kena. Yang siulnya, alasan ni, Tak de market untuk gambor tu, maknanya dari segi teknikal semua dah ok, tapi tak komersial langsung untuk dijual. Adoi!
- Belajor TAHAP TAHAN EMOSI SEBAB GAMBOR BANYAK KENA REJECT. Wei! Bigstock reject 176 keping, approved 45 jer yang aku submit.
- Konfiden dengan bela ego. Rasa best bila depa approved gambor, sale belum lagi. Kalau dapat sale, tambah x3 konfiden dengan ego.

4. PLAN AKU?

Aku nak letak setahun dua, sambil tu perfectkan teknik dan composition, peh tu blah la dari stok agency ni. Nak main rega Pro ler pulak bila dah ada Porfotlio baguih nanti. 

ANGAN dan AZAM nya lah. :)
.

Thursday, May 5, 2011

SBDK : PHOTO STOCK AGENCY : DEPOSITPHOTOS

Baru terima email dari Depositphoto.



Dah dekat 2 minggu a test upload, baru hari ni dapat keputusan. 6 submit, 6 approved. Sebab lama sangat masa dia review, aku memula maleh dah nak upload tambah lagi. Pikir-pikir lak, tak de rugi apa pun kalau upload lagi, So akan terus mengupload kat sini.

SBDK : LAIN-LAIN STOCK PHOTO AGENCY

Sambung post sebelum ni.

Lain-lain agensi yang aku test.

1. Can Stock Photo, approval cepat, tak strict sangat.




2. Dreamstime - Strict sikit, approval seminggu gak ler.

Royalty Free Images

4. Bigstockphoto - Strict giler, aprroval seminggu dua (berjanggut!)

Stock Photos, Royalty Free Stock Photography, Photo Search

SBDK : JUAL GAMBOR ONLINE

Ok, 

2-3 minggu ni aku test jual gambor online kat Stock Photo Agency.

Kesimpulannya, susah gak nak dapat sale sebab compete dengan ribu-ribuan jurugambor dari merata pelosok dunia.

1. Nak register tak susah sangat, ada site yang boleh masuk macam tu jer, ada yang nak review sample gambor kita, ada yang bagi kita test sebelum luluskan permohonan untuk upload dan seterusnya jual gambor.

2. Dah lepas peringkat ni, upload ler gambor.

3. Agensi ni semua ada tukang cek gambor yang diupload tu. Mana gambor yang tak menepati standard, depa reject teruih, takda mahap. Banyak gak gambor aku kena reject. Contoh nya satu site tu aku submit 241 gambor,  depa lulus cuma 155 gambor jer. Adoi! Tapi yang bestnya depa bagi ler sebab kenapa gambor tu kena reject dengan cadangan macam mana nak buat atau avoid mistake. So boleh kita ambik jadikan panduan, belajor bagi betoi.

4. Gambor-gambor yang dah approved depa bukak untuk dijual dalam site depa tu.

5. Masalahnya macam mana nak convincekan orang beli gambor. Yang bukak nengok banyak, yang beli tu sikit sangat. Sale tak berapa baguih sebab orang baru, porfotlio baru, tak established lagi, gambor kita bukan yang depa nak, tak mengancam, banyak ler sebab musabab dia. 

6. So boleh ke buat duit dengan cara ni?
 Aku konpiden boleh, tapi makan masa sebab nak built porfotlio bukan ambik masa kejap, setengah orang ambik masa bertahun. Cuma jangan give up. Establishkan porfotlio dulu, jangan berenti upload gambor berkualiti. Tips jangan select jual gambor eksklusif untuk satu agensi jer. Baca dan pahamkan perjanjian dengan syarat depa dulu. Tak boleh kalut buat benda ni.

7. Aku join dekat 10 site stock photo agency ni. Yang senang nak approve ada 2, Fotolia dengan 123RF.

Stock Photos from 123RF


8. Sale gambor yang memberangsangkan kat Fotolia, tapi yang banyak approved kat 123RF. Dua-dua ni bagi keputusan cepat, banding dengan agensi lain yang sampai sekarang pun tak de result  hapa pun.

Klik kat banner tu kalau nak try.