Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Wednesday, April 27, 2011

SBDK

Erkkkk!

Sorry, aku tak dapat buat post baru sebab aku tengah sibuk sangat test satu projek ni, Kalau dah siap aku akan share kat sini supaya kita semua boleh buat.

Watch this space!

Wednesday, April 20, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI: MENTIGADIMENSIKAN GAMBOR

Macam yang dah sembang dalam post sebelum ni, aku cuba praktikkan apa yang Encik pro ajor.

1. Compose guna Rule of Third
2. Mentigadimensikan gambor.

Member kat Fb aku banyak LIKE gambor dua ni.

Kira berjaya la kot tu ye.

Ye ler, udah banyak orang LIKE, (tak ler pulak kalau depa like sebab nak jaga hati kawan jer sebenornya!)

:)


Tuesday, April 19, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - REFLECTIONS

Ya, memang betoi, aku ada mentioned dalam post sebelum ni, ambik gambor Landscape kena ada foreground, middleground dengan background. Dan jangan bahagi dua gambor tu dengan horizon kat tengah-tengah imej.

Tapi Encik Pro ajor suruh break rules tu kalau ambik gambor landscape reflection. Kalau boleh bagi samarata sebab imej bayang sama dengan imej asal punca. Kalau terbalik kan gambor sama jer, tak tau mana satu bayang mana satu bukan bayang.

Of course, nak bagi lagi best, masukkan elemen foreground benda lain bior yang boleh bawak mata orang tengok ke dalam gambor.

Memang ler tak perfect lagi gambor-gambor ni, kena banyak praktis lagi, tapi ada la unsur-unsur yang Encik Pro ajor tu.

Bahan-bahan

1. Tripod
2. GND filter (aku guna bila matahari dah naik untuk underexposed kan belah langit dengan gunung bersalji tu) nak bagi exposure sama dengan foreground.
3. Wide angle lens

Tak pakai polarizing filter sebab nanti nampak pulak dasar tasik tu, yang memang kita tak nak sebab nak kan bayang tu ataih permukaan air.

Ni waktu subuh, so memang nak kena sampai tempat tu seawal boleh. Pagi yang ni aku dengan member aku sampai lewat sangat so tak sempat nak ambik waktu sebelum subuh yang biasanya langit tu kaler biru pekat. Lagi cun.

Ambik gambor sebelah pagi/ subuh sebab air tasik/kolam lagi tenang banding dengan waktu senja/ petang.

Setting kat page Landscape macam biasa.

 

Monday, April 18, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MAINAU, KONSTANZ, GERMANY

Minggu lepas, banyak giler Latihan Amali, merata tempat pergi. Dekat, jauh, ladang dekat dengan rumah, semua tempat belasah.

Cuti 3 hari, so ambik kesempatan la, praktis banyak sikit.

Ni gambor aku ambik kat Mainau, Konstanz, Germany. 3 jam setengah drive dari Geneva. Banyak ler gambor aku ambik tapi tak dapat nak upload semua.

Tempat lain nanti aku upload kemudian.
 
Encik Pro Ajor proses ambik gambor ni bermula dari start ambik gambor sampai, upload ke PC, develope pakai software, sampai la printing.  Bukan setakat ambik gambor jer. Dulu orang proses dalam dark room, sekarang depa sebut digital dark room. Maksudnya proses develope pakai software kat PC.

Langit masa aku ambik gambor ni gilernya kelabu, macam nak hujan dan tak emnarik langsung. So lepas proses dengan Lightroom, bagi nampak biru sikit, baru menarik. Tapi aku tak berapa pandai nak ajor pasal develope gambor dengan Lightroom.

Nanti lah, kalau aku dah terer aku sembang kat sini.

Shoot RAW, senang nak proses sebab file banyak detail.




AKSESORI : CUCI LENS

Yang ni penting wooo.

Video cara-cara nak cuci lens.

Friday, April 15, 2011

Tuesday, April 12, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI: LANDSCAPE DENGAN LENS MACRO

Aku ada baca somewhere (ke tengok video you tube ntah) Encik Pro kata lens makro elok ambik gambor potret. Sebab aku ni jenih suka ambik landscape aku nak tengok kalau ambik landscape apa jadi, elok ke dak. Bukan tak minat ambik potret, minat juga, tapi ni kira lebih minat arah mana. Potret tu nanti-nantilah dulu dengan makro lens.

Ni hasilnya.




Memang ler angle mackro lens ni tak seluas angle lens wide angle, tetapi kekadang gambor Landscape nampak lebih menarik kalau kita shoot tight, masuk dekat. Yang lainnya semua elemen composition dengan kreativiti kita jer.

Tips Encik Pro Ajor Aku : Cuba ambik gambor bunga tu dari ke arah cahaya matahari instead of membelakangkan matahari. Boleh nampak cahaya matahari terangkan urat-urat kelopak bunga macam kat gambor paling atas tu. Memang cool effect ni.

Setting kat page LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE.

Monday, April 11, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : TIPS AMBIK GAMBOR BUNGA

Sabtu lepas, aku pergi ambik gambor bunga tulips.

Musim tulips ler pun kat sini dah. Cantik, kaler terang benderang, bermacam-macam bentuk, yang berbulu pun ada (TAK TIPU!)

Aku sembang satu trick cool kat sini. Ni sebab aku tak berlajor dengan sapa-sapa, pikior sendiri so kira hakcipta aku ler kot ye dak? Heheh

Gambor ni aku ambik masa tengahari rembang. Tengah baguihnya cerah. Hari takde awan.


BAHAN-BAHAN
1. Kamera

Ha ah, satu benda ni jer.

Tak bohong, serious!

Yelah, mesti ler dengan lens. Ni aku ambik pakai macro lens 100mm. Kalau tak de macro lens, pakai extension tube, sambung lens. Ambik meniarap. Bagi view sama paras dengan bunga.

Cari bunga (atau benda-benda lain ikut citarasa memasing) bawah sinaran matahari yang tembus celah-celah pokok ke, apa ke. Mesti bawah bayang. Kena cari la, bukan ada yang dah siap set punya. 

Pakai Exposure Compensation Value EV+/- underexposedkan sampai abis meter. Maksudnya, kalau correct esposure kan kat angka kosong, so tukar sampai -2, -3, ikut kamera memasing. 

Sebab underexposed, tinggal bahagian yang ada cahaya tu jer nampak terang, bahagian lain semua gelap.

Kalau nak lagi underexposed, adjust kat Lightroom ke, Photoshop ke.

Tu jer cara nak buat.

Setting kat page LATIHAN AMALI FOTOGRAFI: MACRO yek.

Kalau nak tengok lagi banyak gambor bunga emel aku kat tiau69@gmail.com.

SBDK : FIRST BERBAYOR ASSIGNMENT.

Sorry.

Aku sibuk sikit semenjak dua menjak ni. Tak dan langsung nak upload post baru.

Ok, perkembangan terbaru ada kawan suruh ambik gambor family dia. Dia bayor. Hehe.

Nervous, ketor kepala lutut?

Ada la sikit, sebab ni gambor dengan masa orang. Tapi aku sembang ngan dia, cam niler, aku ambik gambor, jadi cantik and pueh hati bayor ler, tak jadi, tak yah ler bayor. Ye ler, aku baru nak ambik assignment, tak boleh ler demand tinggi benor. Kang tak jadik kang, member mesti kutuk giler rapat kang.

Tak per macam tu. Built confidence dulu.Yang penting gambor dia pueh hati.


SBDK : FOLLOWER - MISS CHEWY

Follower SBDK bertambah dengan hadirnya Miss Cewy.

Timakasih Miss Cewy yek.

Tuesday, April 5, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LUMUT, BATU DAN AYOR SUNGEI, 3 APRIL 2011

Hari Ahad hari tu, memula ingat nak naik beskal, sebab cuaca dah elok sangat, panas nyaman.

Tapi kesian lak kat bebudak, dah lama tak bawak jalan, so kensel naik beskal, hangkut bebudak dengan mak budak, pergi main ayor sungai kat satu tempat ni nama Les Granges. pesen Hutan Lipor ler macam kat Malaysia.

Biasalah, bawak peralatan kamera bagai, in case ada tempat baguih, menarik perhatian jiwa kreatif, boleh gak la pacak tripod.

Aku dah pegi dah tempat ni tahun lepas. So tau ler sedikit sebanyak apa yang ada kat sana.

Tiba jer kat situ, tengok ada lumut hijau melata ataih batu. Laung kat bebudak dengan mak budak "Oi  bebudak! Abah nak pergi seberang tebing nun, kamu main ler ayor kat sini, lapor mintak sandwich kat mak kamu ye".

Hehe...

Riki tempat, pacak tripod. Ambik ler gambor-gambor ni.

Memang betoi pengamatan komer, aku ambik gambor dari tebing jer. Sebabnya ayer sungai sejuk. Bukan takat sejuk jer, tapi SEJUK GILER!. Udah try dah, bukak kasut, stokin, jejak jer kaki, kena ayor sungai mak oi, SEJUK! Kensel hajat murni nak ambik dari tengah-tengah sungai.

BAHAN-BAHAN

1. Tripod
2. Polarizing filter
3. ND filter
4. Wide angle lens

Aku gabungkan dua-dua filter tu, memula ND filter peh tu depan ND filter aku letak polarizing filter. Nak cut down F stop sebab masa ni waktu tengahari, cahaya terang.

Polarizing filter tu fungsinya untuk hilangkan kilauan dengan silauan mentari ataih permukaan air. Bagi nampak dasar sungai sikit.

Mode kamera aku guna Shutter Priority, set shutter speed dari 1 saat ke 3.2 saat, Aperture boh kat F22.





Gambor favourite 2 bawah ni.






NOTA : GAMBOR THE MAKING OF GAMBOR ATAS TU

Monday, April 4, 2011

SBDK: TAMBAH FOLLOWER

Terimakasih Encik Muharowang, kerana mengfollow SBDK ni.

LATIHAN AMALI FOTOGRAFi - 3 APRIL 2011

Pagi ni memang tak mo ambik gambar Landscape so keluar lambar sikit. Plannya nak ambik gambor SAKURA.

Tengah drive tengok-tengok MATAHARI NAIK, CIS, menarik lak.

Teruih drive laju giler nak cari tempat ambik gambor tepi tasik.

Lepas termiss nak terlanggar 3 benda ni sebab bawak laju takut tak sempat;

1. Divider jalan
2. Signpost
3. Tebing jalan

jumpa tempat best, park, sambag beg kamera dengan tripod, dengan adrenaline tengah meninggikan level dalam badan, lari kat tepi tasik, lompat tebing cari foreground kat batu-batu tu, pacak tripod, sambung shutter cable, tarik napas dalam-dalam untuk coolkan diri an kontrol pernapasan (sebab mengah ler!) sempat gak shoot gambar-gambar ni.

Luckynyer, 5 minit abih dah ke amazingan sunrise ni.

Lain cari, lain dapat.

Hehehe

Pengajaran citer: Sila sampai awal kat tempat nak ambik gambor!





And gambor favourite!

Sunday, April 3, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - 2 APRIL 2011

Memang dah lama teringin nak ambik gambor pekan Geneva dari ataih gunung Saleve.

Gunung dalam Perancis. Actually Geneva ni border je dengan Perancis, macam Bukit Kayu Hitam dengan Sadao lebih kurang jaraknya.

Anyway, bangun pukul 4.00 pagi pegi dengan member lagi 3 orang. Depa ler drive, aku gayat giler dengan tinggi.

Sampai lebih kurang pukul 5, gelap gelita ataih gunung tu. Tapi cantik giler sebab cahaya matahari dah nampak mula nak cerah. 

First shot jer tengok gambor dah cantik.

ISO aku set tinggi 2000 - 2500 sebab nak bagi sensor kamera sensitif sikit. Susah nak dapat correct exposure gelap pekat. Ingat jugak nak try bulb mode, tapi memandangkan cepat sangat cahaya berubah, tak jadi.

Shutter speed dok main dari 20-30 saat, bukak lama skit, bagi banyak cahaya masuk..

Aperture set kat F8-F9, sama la tujuan dia.

Dah cerah sikit, turunkan ISO ke 400, 250 etc.

Bahan-bahan

1. Wide angle lens
2. Tripod
3.  Cable untuk shutter release (elakkan camera shake)
4. Graduated ND filter  (pakai masa matahari dah naik) untuk samakan exposure langit dengan permukaan tanah. 
5. Satu flask besor Nescafe.


Nak tengok lagi klik sini ya.

Friday, April 1, 2011

SBDK : TIPS MEMORI KAD



1. BUAT 2 COPY IMEJ

Encik Pro ajor aku supaya buat 2 copy tiap-tiap imej supaya ada backup kalau PC kantoi. Carila satu External Hard Disk Drive. Satu copy simpan kat PC punya Hard Drive, satu lagi simpan kat External Hard Drive. Tapi aku buat 3 copy selalunya, satu copy lagi aku burn kat DVD. And aku pakai 2 External Hard Disk. Instead of simpan kat dalam Hard Drive PC, 1st copy dengan backup dua-dua pakai External Hard Drive, sebabnya nanti penuh giler Hard Disk, PC sure slow giler.

2. FORMAT BUKAN DELETE

Make sure kita ada 2 copy gambor yang kita ambik, then baru ler formatkan memori kad. Jangan delete dalam PC, sebab memori kad boleh jadi corrupt. Format memori kad dengan kamera.

3. KAPASITI MEMORI KAD

Pakai 8 gig atau 4 gig. Pakai kapasiti besor macam 16 gig boleh, tapi akan slowkan imej kat LCD kamera. Tak yah pakai yang laju punya, no point buang duit.

Aku pakai 4 gig sebab katalah kalau pergi ambik gambor pakai 8 atau 16 gig satu kad, buatnya memori kad corrupt abih semua hilang. Kalau pakai 2 atau 3 atau 4 memori 4 gig, kalau satu corrupt, at least ada 2 kad lagi yang ada gambor. Tak ler rasa menyesal sangat.

4. TINGGALKAN SIKIT SPACE DALAM MEMORI KAD

Pernah sekali aku (shoot RAW) tak boleh transfer semua imej aku sebab kad penuh. Tak tau ler pasal apa. Tapi lepas aku riki dalam Internet, Encik Pro advise tinggalkan space sikit dalam memori kad untuk elakkan masalah tu,. Tak jadi tak pe, kalau jadi menyesal.

5. DELETE GAMBOR BLUR DALAM KAMERA (AS YOU GO)

Serius! Kalau masa ambik gambor, tengok kat LCD kamera ada imej blur, delete jer. Kita tak akan pakainyer gambor blur tu. Nak simpan buat apa? Delete on the spot. Save space and boleh ambik gambor lain. Dulu aku suka sangat simpan gambor blur, sayang nak buang tapi tu ler, pikir, pikir nak buat apa pun simpan gambor blur. Sekarang ni ta dah, blur jer, delete teruih. Tak yah pikir.