Hah, kalau suka tu, cer tolong klik LIKE. Mekasih

Thursday, March 31, 2011

TIPS : LANDSCAPE

Ok, ada member tanya apa elemen penting untuk karang gambor Landscape.

Aku amalkan ni:-

1. Imej kena ada elemen Foreground, Middleground, Background.

Selalu kita ambik gambor ada dua elemen jer, middle ground dengan background. Foreground tak dak.

Imej yang kita snap tu memang 2 dimensi, so kalau nak 3 dimensikan gambor, masukkan elemen foreground. Tak kiralah tanah ke, batu jalan ke, padang rumput ke, belasah, janji ada elemen foreground. Selalunya aku rendahkan tripod selagi boleh atas permukaan. Lagi rendah lagi bagus.

2. Sabjek

Tengok keliling, apa yang boleh jadi sabjek utama? Pokok rendang sebatang? Tiang lampu? Batu besor? Orang? Kerusi malas atas pantai? Semua tu boleh jadi sabjek.

3. Rule of  Third

Guna Rule of Third ni seberapa kerap. Kat sini aku ada sembang pasal Rule of Third ni.

4. Leading Lines

Aku selalu jugak tengok benda yang jadi macam garisan. Barisan tiang lampu ke, tembok panjang ke, jalan ke. Melengkung lagi bagus. Ambik gambar ke arah horizon.

5. Shoot RAW

Penting gak ler, sebab senang nak enhance dengan software.

6. Test Shot Dulu

Sebelum karang gambor, test shot sekali. Peh tu tengok apa yang tak kena dengan gambor. Cuba masukkan semua elemen 1, 2, 3 dan 4 kalau ada la. Ada 3 dari 4 pun dah ok.

7. Tengok Keliling

Jangan cepat pacak tripod bila jumpa sampai satu tempat tu. Jalan dulu, perati dan tengok angle dan tempat yang terbaik. Kengkadang terlepas sebab kita maleh nak jalan sikit.

Lain-lain

8. Zoom Imej LCD

Jangan percaya dengan paparan LCD. Kengkadang nampak sharp, tapi tengok dalam PC, blur giler. Sebab LCD kecik, nampak sharp ler. Zoom LCD nak cek blur ke dak. Kalau blur ambik lagi. Jimat masa, sebab dah ada kat tempat tu. Tak ler menyesal tengok gambor blur kat PC and kena pergi sekali lagi. No point gambor blur, apa pun tak leh buat.

9. Tripod dan Cable/ Wireless Release/ Timer

Seriously, guna TRIPOD. Isk! Ni la yang paling penting sekali pada pendapat aku. And elakkan kamera dari bergoyang dengan pakai Cable/ Wireless Release/ Timer.

10. Wide Angle Lens (Lupa la semalam masa taip post ni).

Kalau ada duit lebih lepas bayar keter, duit rumah, belanja anak-anak, belanja dapur, invest beli satu wide angle lens. Aku pakai 17-35 mm ultra/ super wide angle lens untuk gambor-gambor landscape. Sebabnya lens macam ni akan tambahkan keluasan sudut pandangan (viewing angle) berbanding dengan standard zoom lens. Dan untuk landscape kita memang nak masukkan semua kalau boleh.

11. Abih Tu Tak Boleh Ke Ambik Imej Landscape Close up?

Isk, apa lak tak boleh. Boleh. Tak kena tangkap polis pun.

Concentrate tang bahagian yang menarik. Macam batu pantai ke. pokok kelapa ke, kayu hanyut ke, tebing ke. Semua boleh. Kita yang tentukan, dan kreativiti kita ikut suka kita ler..

Tuesday, March 29, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - 27 MAC 2011.

Ingat subuh yang aku lupa bawak bateri tu. Sabtu lepas.

Esoknya Ahad sesi balas dendam. So repeat balik tempat tu.

Kali ni aku bawak 2 bateri! Heheheh.

Lesson well learnt.

Imej besor sikit dengan setiing bagai kat LATIHAN AMALI FOTOGRAFO : LANDSCAPE tu ler.



Monday, March 28, 2011

SBDK : PRO VS TAK PRO

Adoi!

Elok aku betulkan tanggapan ni sebelum apa-apa pun.

Aku belum capai tahap pro lagi. 

Pro tu maksudnya depa yang boleh carik makan dengan ambik gambor. Tangkap, jual gambor atau yang ambik upah tangkap gambor kat macam wedding ke, function ker etc. berbagailah.

Aku tak pun macam tu. Kerja kat opis, kerja makan gaji.

Amatur lagi tepat. .

Memang ada citer-citer nak tukar angin kalau dah terer nanti. Tapi tu ler, tak ler nampak lagi 2-3 tahun ni nak tukar kareer jadi jurugambor pro. Tak leh. Banyak komitmen lain.

So aku memang bukan seorang pro.

Tapi tu la, apa yang lebih penting, make sure develope skill sampai jadi dasat.

Macam skill pro.

;)

Sunday, March 27, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MACRO SHOTS - INDOORS

Ok, kali ni ambik gambor makro pakai cahaya tingkap. Tak pakai flash.

Bahan-bahan:

1. Tripod
2. Spray air (yang pakai untuk sembur air seterika baju, wife aku punya la)
3. Sejambak bunga beli kat kedai
4. Cermin muka kecik untuk balikkan cahaya matahari ke arah bunga.


Background
1. Baju Melayu Hitam
2. Manila Kad
3. Kain tebal a.k.a jersi ragbi All Black (yang kaler hitam gak kalau korang tak tau kaler jersi ragbi All Black tu kaler apa) untuk hadang cahaya dari berselerak/ spill over.
4. Letak penghadang dengan background dalam bentuk L shape.

Lens

1. Macro 100mm

Aksesori Tambahan

1. Extension tube (untuk dekatkan lagi jarak antara lens dengan sabjek)
2. Shutter release cable

Ha ah ler. Nak beli semua benda macam kat dalam studio gambor tu mana boleh beli sekali harung. Mahal nak mampus. So improvise ler.

Actually, aku try segala jenih benda yang terpikir untuk buat setting background dengan penghadang ni. Termasuk ler tudung saji, toto (berat sangat), memacam ler. Tujuan utama nak kan background gelap. Sebab pakai cahaya tingkap susah sikit nak dapat background betul-betul gelap, tapi dalam masa yang sama juga nak kan cukup cahaya tingkap jatuh atas bunga tu.

Sebab sebelah yang tak kena cahaya ada bayang, cermin muka kecik tu fungsi dia untuk fill in cahaya sebelah tu hilangkan bayang atau pun bagi kurangkan sikit hitam bayang. Bagi efek wrap around light.

Nak bagi efek fresh macam bartu lepas kena hujan, spraykan air ke bunga. Oit semua pro buat macam ni. Aku pun pro ler ajor. Senang tak yah tunggu hujan lebat baru nak keluar rumah petik bunga dengan titisan air hujan.

Sebab pakai lens macro depth of field dia tersangatlah shallownya, pakai aperture paling kecik, F22 ke, untuk dapatkan imej sharp dan in focus semua,

Kalau memang saja nak blurkan satu bahagian, pakai aperture besor, F4 ke.

Kengkadang auto focus tak dapat cari titik fokus sebab jarak lens dekat sangat dengan sabjek, so tukar pakai manual fokus and pusing ring pelan-pelan. Nampak sharp, tekan butang shutter.

Untuk elakkan kamera bergoyang masa tekan butang shutter, pakai time delay/ timer atau shutter release cable.

Memang tak senang dan banyak kerja nak buat untuk shots macam ni. Sabor jer lah. Jangan naik angin ribut taufan sepak kamera dengan lens dah. Sepak benda lain tak per. Kamera dengan lens mahai wei!

Last sekali shoot dalam RAW. Segala kekurangan boleh repair nanti dengan software.

Aku maleh nak upload kat Page Latihan Amali Fotografi Makro sebab banyak sangat.

Kekekekke.

15 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

6 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

3.2 saat, F6.3
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

1.3 saat, F4
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

 
2 saat, F6.3
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

3.2 saat, F8
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

 
25 saat, F32
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

20 saat, F32
Focal Lenght : 100 mm, ISO320

5 saat, F22
Focal Lenght : 100 mm, ISO 160

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE - 26 MAC 2011

Ha ah, iya. Aku tau.

Memang aku sembang dalam post sebelum ni aku jarang ambik gambar landscape waktu-waktu selain dari waktu matahari naik dengan waktu matahari terbenam.

Anyway, semalam aku pergi cari satu Geneva untuk ambik gambor Cherry Blossom/ Sakura. Memang aku tunggu tiap-tiap tahun sebab cantik. Tak ingat pasal apa, tapi tahun-tahun dulu selalu terlepas, ada jer sebab halang. So tahun ni tak nak terlepas lagi.

Dan sambil ambik gambor family aku, aku belasah ler ambik gambor LANDSCAPE jugak. 

Hehehhe.

Sila ke page LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE untuk gambor saiz besor dan settings ye.








Saturday, March 26, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : MACRO SHOTS DENGAN DIRECTIONAL FLASH

Malam tadi, try ambik gambor macro pakai flash.

Bahan-bahan:

1. Flash
2. Flash Cord
3. Tripod
4. Sepohon Lucky Bamboo (wife aku punya)
5. Entah apa ntah bahan hiasan ranting mati dilekat dengan kapas (wife aku punya gak)

Background

1. Baju Melayu Hitam
2. Manila Kad

Lens

1. Macro 100mm
2. Extension tube (untuk dekatkan lagi jarak antara lens dengan sabjek)

Aku tak de dedicated background. Pikir punya pikir, apa nak buat background hitam, aku ambik baju melayu hitam aku, sarungkan kat manila kad, letak atas sofa sebagai background. Jadi jugak.

Flash aku sambung dengan sync cord. Pegang dengan tangan halakan cahaya sesedap hati dari mana-mana arah yang terpikir, atas, bawah, sisi, try semua.

Ni le hasil usaha keras aku tu. Hehehe

Macam biasa, nak tengok setting kamera ngan gambor besor sikit, sila lah melawat page LATIHAN AMALI MACRO yek..





SBDK: MALANG WAKTU SUBUH

Semalam prepare semua kit untuk ambik gambor. Tempat pun dah riki, cantik pemandangan. Pagi ni pukul 5.00 pagi dah keluar rumah. Sampai tempat tu excited giler sebab matahari baru naik, dengan awan semua., PERFECT! Breathtaking view. 
Dah set tripod, kamera, tekan-tekan butang shutter, tak de apa kesan. 
YA, AKU LUPA BAWAK BATERI! CHISSSSSSSSSS! HAMPEH TUL!

AKSESORI : FLASH II

Sambung citer pasal flash hari tu.

BOUNCING LIGHT DARI FLASH

Katalah ambik gambor dalam bilik, daripada kita tuju kat sabjek kita, elok cuba bounce kan cahaya kat siling ke dinding ke. Sebab cahaya flash ni dari permukaan punca cahaya kecik. Permukaan kecik - cahaya terang benderang, permukaan besar - cahaya lembut.

Bila kita tujukan flash tu ke siling, sebab siling tu permukaan dia besor, cahaya dari dinding tu akan jadi lebih lembut dan tak ler terang sangat. Sabjek tu nanti takde lah nampak macam kena bubuh tepung gomak.

Kalau boleh jangan halakan flash straight ke sabjek.

Selain dari cahaya lembut lemah gemalai, lain-lain sebab hala bounce flash ni:-

1. Dijamin tak de Red Eye
2. Elakkan bayang gelap. Pakai flash yang tuju tepat kat sabjek hasilkan bayang gelap.

- Bounce dari siling - 45 darjah selalunya
- Bounce dari dinding - hasilkan directional light. Sabjek akan dicahayakan dari sisi. Efek cool.

Masalahnya pulak, kalau bila bounce cahaya flash ni, kalau dinding kuning, balikan cahaya tu pun kuning gak la. Tak pe la kalau memang kita nakkan hasil imej tu banyak cahaya kuning. Cahaya flash akan pick up kaler siling atau dinding tu.

FLASH DIFFUSER

Satu cara lagi nak lembutkan cahaya flash ialah dengan pakai diffuser. Ada macam-macam bentuk, macam mangkuk plastik pun ada. Basically fungsi dia untuk kurangkan kecerahan cahaya flash tu. Benda ni  tutup kepala flash tu.


Ada jugak aku tengok orang ambik kertas putih, peh tu ikat dengan getah kat flash. Tutup dengan tisu pun aku pernah tengok.

Tapi basic tujuan dia sama jer. Untuk diffusekan cahay dari flash tu.

Friday, March 25, 2011

CARA-CARA PEGANG KAMERA

Kengkadang, bila kita dah banyak ilmu, lupa pulak nak praktikkan benda-benda basic, contohnya macam mana nak pegang kamera.

Aku belajor dari video Joe Mc Nally ni teknik nak pegang kamera.


Of course yang ni teknik jer, tapi elok kita tau sikit sebanyak teknik, Kalau boleh praktikkan. Rasa sesuai  kita guna.

Yang lagi baguihnya kalau kita boleh develope style sendiri cara nak pegang kamera untuk pastikan imej gambor sharp.

Wednesday, March 23, 2011

SBDK : RAW KE JPEG?

RAW

1. Simpan lagi banyak data imej
2. Senang nak adjust dalam software.
3. Sebab simpan lagi banyak data imej, makan lagi banyak space dalam memori kad.
4. Kena buat post processing nak convert ke JPEG.
5. Uncompressed. Contohnya kamera 8 MB akan hasilkan file 8 MB Raw format gak
6. Macam negatif filem.

JPEG

1.Data imej tak sebanyak RAW
2. Sebab data tak banyak, tak boleh lawan RAW untuk dalam proses adjust imej.
3. Tak yah post processing, balik boleh teruih upload.
4. Makan space dalam memori kad sikit.
5. Compressed. Kamera 8 MB selalunya hasilkan 1-3 MB imej.

Actually kalau kita shoot dalam RAW, imej yang kita tengok dalam LCD screen kamera tu yang dah process punya gambor. Diproses oleh firmware kamera, converted RAW image. Tapi bila transfer ke PC, RAW format ni akan kekal.Kena ada software la nak tengok gambor dalam RAW format ni. Macam-macam jenis la. Aku prefer Lightroom atau Adobe Camera Raw. Bahan mentah tunggun nak process.

Kalau JPEG pulak, bila ambik gambor, kamera process siap compress data ke JPEG. Alih ke PC pun JPEG la jugak. Boleh pakai teruih, upload ke FB bagi kengkawan tengok. Tak yah process. Senang. Kualiti pun baguih.

Dulu aku ambik gambor dalam JPEG.

Sekarang, aku shoot dalam RAW. JPEG pun ada juga, bukan takde langsung, tengok ler kalau memori kad tinggal sikit dan aku lupa plak nak bawak spare!

VIDEO : KARL TAYLOR'S NATURAL LIGHT POTRAITURE TIPS

Tips Karl Taylor ambik gambor potrait dalam natural light.

Tuesday, March 22, 2011

AKSESORI : BEG KAMERA

Aku rekomen beg ni, Click Elite Probody Sport  Memang pueh hati.Dah try bermacam-macam beg sebelum yang ni, berkenan dengan beg buatan Click Elite ni la jugak.


Ada cukup ruang nak muatkan 2 lens dan satu kamera + lens. Peh tu ada ruang lagi nak bubuh segala macam apa ke benda baju extra ke, apa-apa lah. tempat letak memori kad ada jugak. Peh tu boleh bubuh tripod kecik sekali. Comfortable, tak sakit bahu. Boleh letak tempat air 7 liter (Tapi aku tak pernah pakai pun).


Yang ni pulak jenis sling. Tak payah nak letak atas lantai, pusingkan jer ke depan badan, boleh akses kamera dengan mudahnya.  

Jenis sling bag ni aku pernah try Lowerpro punya Slingshot 100 AW. Tapi bila banding dengan Click Elite ni, lagi better Click Elite.


Aku sambag kat B n H. Tak sure kat Malaysia ada jual ke dak. Anyone?

Beli beg kamera ni pun kengkadang masalah, banyak sangat. Tapi tulah, riki dulu, beli yang betul-betul sesuai dengan kehendak kita dan keperluan diri. Aku suka jenih ni sebab jenuh dah try beg kamera, tak de yang betul-betul sesuai dengan citarasa aku, sampai la aku pakai brand ni. Peh tu lak, tengok aktiviti kita jugak. Sebab aku selalu travel, senang pakai backpack, tak yah nak risau  lupa letak kat mana sebab lekat kat badan Aku pun selalu buat aktiviti macam naik beskal dengan hiking, so sesuai ler. 

Apa pun jenih beg, make sure ada cukup padding untuk protect kamera dengan lens. Kalau ada sekali dengan raincover lagi baguih. Tak yah cilok beg plastik kedai.


Monday, March 21, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : LANDSCAPE AND LOW LIGHT - 20 MARCH 2011

Pagi Ahad, macam biasala aku pergi buat Latihan Amali.
 .
Pukul 5.30 pagi dah keluor, and sebab aku ingat winter dah abis, aku tak bawak sarung tangan, pakai jaket ala kadar jer, and tak bawak beanie (yang tutup kepala tu dengan telinga tu). Jangkaan aku tentang suhu meleset sama sekali. Masa bawak keter, berenti kat satu traffic light, aku perasan pokok bergoyang ditiup angin kencang. ADOI! And sebab aku jenis tak suka patah balik, lagi la pulak nak kejor masa sunrise, aku pun teruskan jugak ler drive pergi tempat ni. Dalam hati dah pikir, ni sure sejuk giler ni.

Tempat ni kat tengah Tasik Geneva, ada jeti dengan jalan batu pegi rumah api tu. Lagi ler sejuk sebab kat tengah tasik. Dah ler suhu dalam single digit, siap angin kencang lagi, tambahkan wind chill factor jadi lagi sejuk ler. Dan pakaian aku setakat ala kadar jer.

So dekat sejam lebih ler tahan sejuk, sampai menggigil, ketar abis semua, kebas tangan, muka, mulut, mata berair. Jari-jari sejuk, tukar kaler merah, sakit macam tajam..

Dekat nak abis ambik gambor tu ada ler pulak mamat ni datang nak sembang. tengok dia pakai  semua complete, aku pulak dah menggigil-gigil. Cakap kat dia sorry, aku nak balik dah sebab sejuk giler!

Pack, teruih balik rumah, rendam kaki dengan air panas.

Bila upload gambor-gambor yang aku ambik pagi tu, ni ler hasil dia. 

Aku rasa berbaloi menggigil sejuk pun. Cuma next time, kena ingat untuk berpakaian tebal, dan ingat abih winter tu bukannya makna tak sejuk dah!

Tips: Make sure pakaian kita comfortable, tak kira la kat mana pun. Masa kat Malaysia kalau masuk hutan, ke kat beach ke, aku pakai hiking boot, banyak serangga berbisa dengan ular. Bawak air minum. Peh tu aku bawak plastik untuk cover beg kamera in case hari hujan.

CAHAYA

Waktu subuh biasala.Tapi awan banyak betoi, tutup abih langit. Ada le setempat dua yang nipis, nampak ler gak cahaya matahari. Peh tu ada merah-merah sikit kat kaki langit. Macam dah sembang elok benor untuk gambor landscape waktu macam ni.

MODE DAN SETTING

Manual sepenuhnya. Main compensate antara shutter speed, aperture dan ISO untuk dapatkan correct exposure. Selalunya dalam keadaan gelap macam ni, aku pakai setting aperture F8, shutter speed tengokler, kengkadang 10 saat, 15 saat. ISO try bagi 100. Tengok meter dalam viewfinder sebagai panduan. Tak boleh dapat gak, naikkan ISO atau besorkan aperture.

Bila hari dah semakin cerah, lagi senang nak dapatkan correct exposure sebab tak yah set shutter speed lama sangat.

LENS

Guna 3 lens. Wide angle 17- 40 mm, 24-105mm ngan 70-200mm. Tukar-tukar ler, saja nak tengok apa boleh buat dengan macam mana hasil imej tu.

TRIPOD

Low light so memang kena pakai tripod. Tak de pilihan.

SHUTTER CABLE RELEASE

Guna shutter cable release untuk minimakan camera shake. Boleh pakai timer kamera gak set untuk 2 ke 5 saat. Tapi sebab aku nak ambik gambor ombak, kena perfect timing, mata tengok ombak nak hempas ke batu, tangan pegang shutter cable release. Senang sikit nak agak timing .

IMAGE FORMAT

Shot dalam RAW.








Ni gambor favourite.



Nota: Sorry yek, tak boleh klik tengok gambor besor. Klik kat Lathan Amali Fotografi ataih sebelah kanan nu. Aku upload kat situ. Saja la nak korang buat lawatan kat page tu, Banyak sikit hit. Kalau belum ada lagi tu, aku belum upload ler.

POST PROCESSING: MENGADJUST GAMBOR

Sembang dengan Encik Pro, lama dah, , aku tanya ler dia, kenapa Pro ramai yang Photoshop gambor depa masa post processing. Dia tanya aku balik, pro mana yang tak buat post processing untuk enhance imej dia? Aku terdiam. Dia sambung lagi, sama ler macam dulu masa zaman filem. Gambor tu diorang enhance dalam dark room, proses ambik gambor ni actuallynya dari ambik gambor sampai ler printkan imej, termasuklah enhancing process tak kira la pakai apa pun. Aku setakat "Oooo ye ka?'.

Sekarang ni banyak dalam forum fotografi kat Internet debate benda ni. Ada yang kata tipu, enhance imej, ada yang kata pakai filter tu pun tipu gak, ada yang kata, kalau tipu, tak laku ler filter, dengan imaging software, semua tu part and parcel. Macam-macam ler.

Tu bukan tujuan post ni.

Aku cuma nak explore topik ni. Dalam masa yang sama, nak sembang, kita boleh repair and adjust gambor kita bagi menarik. Depa nak gaduh depa punya hal ler.


Gambor ni aku ambik lama dah, tahun lepas. Dull giler, tapi simpan dalam hard drive sebab maleh nak delete. Peh tu nak ingatkan kan diri sendiri untuk tengok balik apa mistake masa ambik gambor ni. Sebelum ni aku tak pernah concentrate sangat adjust gambor pakai software. Asal ambik gambor, upload kat FB udah. Macam aku sembang dalam post-post dulu. Maleh nak buang masa kat depan PC.

Tapi sejak belajor tengok video Karl Taylor, Scott Kelby dan lain-lain pro tu, tengok semua citer pasal Photoshop. Kalau depa pro giler pun guna, hmmm  aku pun terpaksa ler jugak kot. 

Tapi ada depa pesan suruh kita develope skill ambik gambor supaya kita tak payah buang banyak masa depan komputer. Elok gambor yang kita ambik, tak yah enhance imej dalam pc, less time depan komputer, lagi banyak masa pergi kita boleh spend untuk ambik gambor.

Memang ler kita cuba sedaya upaya untuk pikir ambik gambor menarik dengan segala skill yang ada, tapi kengkadang macam gambor kat ataih tu, semua tak kena. Langit kantoi, setting entah apa-apa, memacam lah.

So kalau jadi macam tu, ada cara lagi nak repair imej kita tu.


Gambor ataih ni aku repair pakai Adobe Lightroom 3.3.

Cara dia banyak wei, adjust exposure, fill in lights, clarity, memacam ler. Banyak sangat. Tapi ini ler hasil akhir dia, lagi menarik dari gambor yang kat ataih tu.

So tu ler.

Sunday, March 20, 2011

LATIHAN AMALI FOTOGRAFI : CARNAVAL VENITIEN D' ANNECY - 19 Mac 2011

Semalam, aku pergi ambik gambor orang pakai costume dengan topeng kat Annecy, France.


Tak ler jauh sangat dari tempat aku, lebih kurang 45 minit dah sampai. Tahun lepas aku miss sebab aku ada kat Malaysia masa tu.So tahun ni memang dah plan awal-awal nak pergi sana. Nama festibval ni Carnaval Venitien d' Annecy. Ni sebenornya cedok dari yang kat Venice punya. Sebab Venice tu jauh dari tempat aku, jadi ler tengok yang cedok punya pun. BELASAH!

Sampai pukul 9.00 pagi. Lepak punya lepak, patut start pukul 10.00 sampai pukul 11. lebih baru ler muncul. Sebab hujan lebat. Aku pun abih basah kuyup. Sejuk lak tu. Tak pe, nak ambik gambor punya pasal. 

TIPS: Jangan lupa cover kamera atau beg kamera masa hujan, Beg plastik ke, shower cap ke, belasah. Janji tak kena air.


Ni gambor-gambor semalam Aku pakai lens 70-200 mm. Aku pakai AV mode, giler tak dan pakai manual sebab nak kejor orang pakai costume ngan topeng tu.

Sebab aku tak berapa rajin a.k.a malas, setting tak taip untuk gambor-gambor ni.Tak de crop, tak de adjust. As shot.










 

Gambor bawah ni gambor favourite.


CAHAYA

Lupa pulak pasal cahaya. Sebab hari ambik gambor ni hujan, mendung. tak nampak matahari, so actually cahaya memang perfect untuk ambik gambor, tak de harsh sunlight.

Permukaan besar (awan)  = cahaya lembut (softlight). Awan dah diffused cahaya matahari.
Permukaan kecik (matahari) = harsh light (matahari tak dilindung awan)


LENS

Aku pakai 70-200 F4 lens, sebab nak ambik gambor close up. Depth of field okey la (bagi blur background), sebab lens ni bila wide open (aperture paling besor) F4 so memang ler tak boleh celen dengan lens yang bila wide open F2.8 (lagi besor aperture maksimum).

SHOOTING MODE DAN SETTING

Terlampau banyak aktiviti, bersaing dengan orang-orang lain yang jugak berebut nak ambik gambor ni. Memang tak dan pakai manual, jenuh, tambah kalau yang tak pro macam kita ni. So nak beat depa ni senang jer. Switch ke AV mode, set aperture, peh tu BELASAH! Cuma perlu ubah setting aperture jer. ISO aku maintain 100 untuk make sure gambor sharp, tak de noise.

Jangan tak caya, pro pun ambik advantage shooting dengan Mode aperture priority (AV) ni.

TRIPOD

Mana nak pakai, kena berlari sana-sini kejor orang bertopeng ni. Takde nya sempat nak pikir pakai setting apa yang sesuai. Hand held.

Tips Encik Pro Ajor Aku : Nak reduce camera shake, ambik napeh, tahan, tekan butang. And lengan cuba bagi rapat ke badan.atau dada. Kepit ler sikit untuk stabilkan tangan (tak de mengapanya kepit!).

Saturday, March 19, 2011

JAGA SENSOR KAMERA

Sensor kamera ni memangler cukup sensitif dengan habuk. Macam semut hurung gula.

Aku kena 2 kali dah.

Tengok kat gambor yang di ambik, macam ada benang atau rambut, elok jer melengkor dalam semua imej. Peh tu ada ler pulak titik hitam bagai.

JAGA SENSOR KAMERA

Tukar lens dalam tempat terlindung dari angin. Kalau tengah shooting kat pantai ler katakan, kalau boleh elakkan tukar lens kat situ sebab pasir halus banyak. Nanti dengan bahagianya pasir tu lekatkan diri kat sensor kamera masa tukor lens. Masuk dalam keter ke contohnya untuk tukar lens.

SELF CLEANING KAT KAMERA

Kalau belum activatekan, activate kan ler tanpa berlengah lagi. Masa switch on dengan switch off. Cara ni at least akan demagnetized habuk-habuk yang melekat kat sensor kamera tu. Tak ler baguih sangat, tapi ok ler untuk buangkan habuk melekat tu kecuali habuk degil.

MASA TUKAR LENS

Halakan kamera ke bawah. Sebab graviti, habuk semua melayang jatuh ke bawah. Kalau tukar lens hala ke atas, seronok le habuk-habuk ni merudum masuk dengan mudahnya dalam lubang lens.

TUKAR CEPAT-CEPAT

Minimakan dedah lubang lens. Tukor cepar-cepat. Elak ler keinginan nak jengok-jengok kot ada apa benda dalam lubang lens tu masa tukar lens.

TAU APA LENS NAK GUNA

Sebelum pegi ambik gambor tu, cuba pikir apa lens yang nak diguna. Pasang siap-siap sebelum keluar rumah. Logiknya, kalau dah tau apa lens nak dipakai, tak payah tukar selalu sangat dah. Minimakan dedah sensor kamera.

HANTAR KEDAI SERVIS

Jangan cuci sendiri, (lain ler kalau dah terer, tak per ler) hantor kedai untuk bersihkan sensor kamera. Sebab aku tak pandai cuci sensor kamera, aku hantor kat kedai . Kena la keluor duit sikit.

Tapi jangan taksub sangat pasal habuk melekat kat sensor kamera ni sampai phobia.. Habuk tu mesti dah, tak boleh elak punya. 

Apa yang boleh kita buat cuma minimakan risiko jer. 

Friday, March 18, 2011

SOFTWARE UNTUK ADJUST GAMBOR

Ambik gambor dengan elok cantiknya satu kerja. Nak paparkan imej atas kertas atau dalam pc atau dalam internet, satu kerja lain pulak.

Post processing ni kerja-kerja lepas ambik gambor.

Kalau tak nak susah, senang jer. Lepas ambik gambor hantor memory card kedai gambor bagi dia buat semua sekali senang, Kita goyang kaki jer lah, dah bayor, ambik. Abis citer

Masalahnya nanti, ada la pulak gambor-gambor kita tu yang bila tengok balik ropa tak semenggah.

Cara susahnya, upload ke PC, peh tu buat kerja processing sendiri. Orang banyak guna Adobe Photoshop, tapi memandangkan rega yang begitu memberangsangkan mahal nak mampus, sukar ler sikit nak beli. Photoshop Elements 9 pun ok, boleh ler mampu sikit. Adobe Lightroom 3 pun ok gak, Aku baru try dan amatlah berkenan sangat. Download untuk free trial selama 30 hari, fully function kat sini.

Aku guna Corel PaintShop Photo Pro X3. Ok ler, tapi tak sedasat CS5. Tapi boleh ler.

Pakai benda-benda ni untuk adjust exposure, hilangkan  benda-benda yang tak sewajarnya ada kat imej, adjust imej dan bermacam-macam lagi lah. Tak larat nak taip kat sini, banyak sangat gunanya. Aku pun bukan terer benor. Masih nak memahirkan diri.

Macam biasa, kena praktis gak la nak terer kerja-kerja post processing ni.
 
Kalau korang nak jugak CS5 yang pree punya, ni link dia. Muat turun pakai torrent client yang korang suka. Peh tu baca instruction, pasang kat PC ikut arahan tu betul-betul. Cilok sikit teruih tak jadi.

Ya, aku dah try. Memang jadi. Aku pakai benda ni ler sekarang pun.

Kena tangkap aku tak tau ye. :)

ENCIK PRO AJOR AKU: TIPS AMBIK GAMBOR BEBUDAK

Selalunya kita ambik gambor baby, anak-anak, budak-budak bila kita berdiri. Jadiler gambor tu macam pandangan dari ataih menara KLCC. Kepala besor, kaki kecik. 


Next time kalau ambik gambor depa ni, cuba rendahkan diri kita sendiri bagi sama paras eye level dengan ketinggian depa. Bertinggung ke, meniarap ke. Baru ler gambor budak tu menarik, hensem, kiut. Mak budak mesti kata "Oloh, oloh..................kiutnyer".

Encik Pro pun pesan ambik gambor macam ni pergi dekat, shoot tight. Less is more. Maksudnya, ambik gambor bagi rapat, dekat sikit. Bagi nampak semua detail. Baru elok katanya.


Ambik gambor bunga pun sama gak.

Elakkan dari ambik gambor dengan kita berdiri gagah perkasanya. Lagi manis kalau kita duduk kat paras sama tinggi dengan bunga tu. Contoh paling baik, gambor profile aku yang meniarap ambik gambor tu. Hehe (Masuk bakul jap!). 

Memang ler baju, seluar kotor abih. Nak buat camna, kita nak jadi terer kan? Bila nak jadi terer ni, kena ler keluar dari kepompong average, buat something different sikit. Malu ke dak orang tengok, kira belakang ler, sebab nanti, kita dapat ambik gambor cantik, silap-silap boleh jual lagi gambor tu, dapat duit, orang yang gelak tengok tu dapat gelak jer la.

SO ENCIK PRO AJOR AKU:

1. Eye level
2. Shoot tight, bagi rapat sikit.

Dah, dah. Abih dah. 

Pergi shoot gambor bebudak.

Nota: Gambor ataih tu kamera lama giler, compact Olympia IXUS, pakai filem, scanned. Gambor bawah pakai Nikon D70s.